ツ Teman Tapi Mesra

Cara Menjadikan Pemindahan Rumah Anda Lebih Mudah

Projek pindah rumah merupakan salah satu perkara yang boleh menimbulkan rasa stress kepada ramai orang.

Oleh itu, mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat lori sewa yang profesional dan boleh dipercayai di Kuala Lumpur adalah cara penyelesaian yang sangat berkesan untuk memastikan kerja pemindahan anda akan berjalan dengan lebih lancar pada hari pemindahan kediaman.

Apakah yang dapat anda lakukan untuk memudahkan kerja pemindahan pada hari sebelum dan selepas pemindahan?


Berikut merupakan beberapa tips pindah rumah berguna untuk membantu anda agar tidak berasa gelisah dan bimbang daripada proses pemindahan anda:

1. Mendapatkan bantuan professional untuk pembungkusan barangan anda

Kita selalunya akan memandang rendah tentang jumlah masa yang diperlukan untuk kerja packing barang pindah rumah. Bermula dari awal atau keadaan ini akan menjadikan anda merasa cemas dan anda akan cuba mengemaskan semua barangan secara terburu-buru sebelum pekerja pindah rumah tiba. 

Dapatkan perkhidmatan pembungkusan barang dari syarikat yang profesional akan meringankan tekanan anda. Pastikan pekerja pemindahan anda menggunakan kaedah dan teknik profesional dalam mengemaskan barang dengan jenis bahan pembungkusan yang sesuai, selamat dan betul. Oleh itu, dengan mendapatkan perkhidmatan pembungkusan barang dari syarikat professional, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga dapat mengurangkan risiko barang-barang mudah pecah menjadi rosak semasa pemindahan.

2. Menyediakan senarai kerja yang perlu dilakukan

Luangkan masa untuk membuat senarai untuk semua tugasan kecil atau besar yang perlu anda lakukan sebelum hari berpindah agar anda tidak akan melupakan sebarang perkara penting. Ini mungkin termasuk memaklumkan syarikat utiliti mengenai tarikh pemindahan, mengatur semula alamat untuk penghantaran pos dan membersihkan rumah lama anda. Sila mengaturkan senarai anda dengan masa yang realistik untuk agar anda dapat melakukan setiap kerja secara sistematik dengan masa yang mencukupi.

3. Dapatkan tidur yang mencukupi 

Tips ini mungkin dianggap tidak begitu penting, tetapi banyak orang selalunya sibuk dengan kerja pindah rumah sehingga mereka tidak mendapat tidur yang mencukupi. 

Sekiranya anda letih, anda adalah lebih cenderung untuk melupakan perkara dan melakukan kesilapan. Tambahan pula, masalah yang kecil mungkin akan membawa tekanan yang besar kepada anda akibat kekurangan tidur. Jadi, cuba tidur awal pada malam sebelum anda berpindah supaya anda mendapatkan rehat yang secukupnya agar dapat bersedia untuk berpindah ketika hari tersebut.

4. Tentukan susunan perabot di rumah baru

Setelah anda telah membuat keputusan untuk membeli atau berpindah ke tempat baru, anda harus mengambil ukuran kawasan kediaman dan memikirkan bagaimana anda ingin menyusunkan perabot di ruang rumah. 

Sekiranya anda sudah menentukan tempat perabot besar anda, anda akan mengelakkan kekeliruan semasa pemindahan dan juga mengelakkan kejadian bahawa anda perlu memindahkan perabot sekali lagi mengikut susunan terbaru selepas hari pemindahan.

5. Pastikan semua kotak di label

Proses pengemasan adalah jauh lebih mudah jika anda mengetahui dengan tepat tentang barangan yang ada di dalam setiap kotak dan juga tempat kotak tersebut yang perlu ditempatkan.

Sekiranya kotak anda dilabel dengan jelas, pekerja akan meletakkan kotak tersebut di ruangan yang betul. Ini akan menjadikan kerja pengemasan jauh lebih pantas dan senang. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan barangan penting daripada kotak terlebih dahulu dan mengemaskan kotak lain sebentar lagi. Senarai inventori tentang barangan yang dikemas di setiap kotak juga merupakan kaedah yang berguna untuk membantu anda mencari barang apabila anda memerlukan sesuatu barang tertentu. Dengan ini, anda tidak perlu membuka semua kotak terlebih dahulu untuk mengetahui isinya.

Kami mengesyorkan Syarikat Mover2U di KL untuk membimbing dan membantu anda di setiap peringkat pemindahan serta mengurangkan tekanan anda semasa pindah rumah. 

Sila telefon pasukan pemindahan untuk perkhidmatan lori sewa di mereka yang profesional dan boleh dipercayai hari ini untuk sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

Tips makeup dewy effect glowing glass skin ala Korea dengan ekstrak madu

Ena memang suka sangat makeup. Dalam masa yang sama nak kulit kekal sihat dapat perlindungan daripada sinar UV. Korang suka tak tengok cerita Korea? Haa ena kalau tengok kan dok zoom muka pelakon je. haha. Makeup natural tapi dia punya effect glowing tu memang mantul depan kaca TV.

Jadi nak makeup ekspress nampak glass skin ala Korea senang je. Ena gunakan Mary Kay Honey Glow Finisher menjadikan kulit anda berseri dengan kesan pencerahan bersinar

1.Rumusan bercirikan pantulan cahaya yang memberikan kesan pencerahan berpanjangan selepas produk makeup dipakai.
2.Tekstur krim lembut bagaikan madu yang mudah disapu.
3.Kulit berseri


Lihat perbezaan apabila disapu pada kulit nampak lebih glowing. Ena suka tekstur sangat ringan dan kulit selembut bayi. Setiap hari pakai di rumah pon cantik tanpa makeup.

Gandingan hebat jagaan kulit dengan makeup, Mary Kay Honey Glow Finisher menyerikan kulit dengan kesan pencerahan menawan setiap hari di samping memberikan pelbagai lagi manfaat untuk kulit. Dihasil menggunakan ekstrak madu dan bunga peony, kulit akan menjadi menawan dan berseri semanis madu.


• Memutih dan berseri secara semula jadi
• Mencerah
• Kesan berpanjangan
• Kemasan lembap
• Mengurangkan kedutan
• Perlindungan sinaran UV


Cara Penggunaan:

Sebagai langkah terakhir jagaan kulit, sapukan sebanyak yang perlu pada muka sebelum terdedah di bawah sinaran matahari.

Bahan Utama:

Ekstrak Madu:
Menyuburkan dan melembapkan kulit, serta menjadikan kulit berseri dan rapi.
Ekstrak Bunga Paeonia Lactiflora:
Menjadikan kulit kekal putih dan cerah serta tanpa cela.
Niacinamid:
Menjadikan warna kulit yang pudar menjadi cerah dan berseri.
Adenosina:
Mengurangkan kedutan pada kulit, melawan penuaan kulit serta menjadikan kulit lebih sihat dan kekal
berseri.

Ena | Beauty Consultant | 0123942251

Pilih Makeup Remover yang betul untuk mata sensitif

Ena cukup serik guna baby oil. Setahun kena hadap milia seed. Sejak dari itu ena guna makeup remover khas untuk penjagaan mata juga. Sebab ena sangat suka makeup. Jadi sudah tentu kawasan mata kena extra care bila nak cuci. Tak boleh tonyoh kasar-kasar. Sangat sensitif berbanding bahagian lain.

Apa itu milia seed? Jom baca jika nak tahu korang ada milia seed atau tidak.

eiuuuuu...seram tengok. Dulu ada lah 3 ketul. Sakit picit tapi tak keluar. Makan masa juga lah nak pecah kan. So dah faham kan kenapa kena berhati-hati dalam memilih makeup remover. Nampak macam ala kejap je cuci makeup ni tapi kesannya teruk pada masa akan datang. Kulit nampak tak cantik dipandang dari dekat. 

Sebab itu ena masih setia dengan Oil Free Eye Makeup Remover dari Mary Kay ni. Kalau pakai waterproof mascara sangat mudah nak cuci. Cuma dap-dap lama kemudian lap. Tak rasa berminyak. Mengandungi 80% air dan 20% silicone dan bebas alkohol.





Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi dibawah

Ena | Beauty Consultant | 0123942251

Bila waktu yang sesuai untuk post di Instagram? Ramai aktif masa bila?

Caranya sangat lah mudah. Bukan bergantung kepada Instagram orang lain tapi korang sendiri. Kalau korang biasa buat review produk, client biasa akan mintak lingkungan umur follower kan? Haa tak perlu hentam rate umur sebab dalam IG korang sendiri ada jawapan. Macam-macam info yang ada. Bagaimana caranya?


1. Periksa pada "Insights"


2. Setting time period
Ini terpulang samada nak kekal 7days atau ubah


3. Klik "Your Audience - Total Followers" 


4. Scroll down to "Age Range"


5. "Age Range"
Ni biasa client akan minta untuk tahu audience IG kita dalam linkungan umur berapa. Nak tahu jantina pon ada disertakan. So tak perlu hentam atau pakai agak-agak je bila client tanya.


6. Scroll down to "Most Active Times"
Haa disini korang boleh explore by hours atau per day.


7. Tap on blue colour to see a total view
Jumlah view ni kena klik manual baru terpapar. So mudah kan cara nak tahu bila masa sesuai korang nak upload di IG. Bagi yang ada bisness online kena ambil tahu untuk jaga engagement.


Resepi Tongkeng Ayam Madu super sedap macam kat pasar malam

Ena follow resepi utuber "Dapoor Merah" memang menjadi, senang dan sedap macam kat pasar malam. Cuma ena tak pakai pewarna merah. So masak tu warnanya bertukar keperangan je. Buat 50 ketul pon berebut makan dengan suami. Last-last tak makan nasi, Punya lah berselera kami makan. 



Selalu dapat rezeki tongkeng dan leher ayam dari tokey ayam jiran depan. Tapi ena selalu goreng tepung bestari je. Tiba-tiba pula jemu jadi cari lah resepi tongkeng ayam madu sebab dah lama tak makan kat pasar malam. MasyaAllah mudah je rupanya. Resepi ni paling senang tak banyak bahan. Perap 2 jam dan masak pon tak lama. Ena try buat leher ayam madu pon sedap. Korang try lah!

Tongkeng Ayam Madu

Bahan-bahan dikisar:
2 batang serai
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan:
Tongkeng 50 pcs
3-4 sudu madu
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan dikisar ke dalam bekas tongkeng ayam
2. Masukkan madu dan sos tiram
3. Masukkan garam. Kacau rata dan perap selama 2 jam
4. Sediakan 1 mangkuk kecil untuk letak kan minyak masak bersama madu dan 1 batang serai dititik untuk bakar (Boleh tengok video cara bakar) 
5. Lepas kuali dah panas masukkan sedikit minyak masak tadi dan letak tongkeng. 
6. Air perapan jangan buang tapi tuang pada tongkeng.
7. Bubuh minyak atas tongkeng dan biar masak. Terbalikkan dan bubuh minyak. Masak sehingga kuah kering. Siap!








Tengok video di bawah untuk cara memasak

Puas hati guna Deerma TM1000 Fiber Mop Spray, Wet & Dry murah tapi berkualiti

Walaupun baru 2 minggu ena guna mop best ni tapi puas hati lah. Belum lagi tunjuk tanda malas nak mop.haha. Bukan apa tahap malas tu 1 hari mop sekali je sebab penat nak perah nak jemur kat luar sampai kering. Kadang-kadang tu berhari-hari jemur tak ambil masuk dalam. Sekarang 1 hari 10 kali mop lah. Biasalah ada anak kecik ni makan jenis tak nak duduk diam sekejap je bersepah. Tu yang asyik nak mop je lantai. Eh anak pon pandai mop lah sebab ringan tapi lasak. So far ena cuci pakai berus banyak kali tak tertanggal bulu pada mop cloth.

 Deerma TM1000 Fiber Mop Spray, Wet & Dry Upgraded TB800


Syok naaa sekarang dah ada bibik di rumah 🙈 Deerma TM1000 Fiber Mop Spray, Wet & Dry Upgraded TB800 ni sumpah best sangat ena beli masa shocking sales RM39.90 je tapi macam tak percaya best dia macam harga RMXXX. Haa pastikan beli direct dengan @deroma.malaysia official store sebab seller lain jual murah tapi model lama taw. Dan produk terjamin tulen ada warranty. Terpengaruh sebab Nora Danish pakai 🤣 

Senang nak lap cermin almari, siling, dinding, kipas dan bersihkan sawang tak payah dah suruh suami panjat tangga. Rambut kat lantai pon melekat. Nak basuh pon ena just cuci kat sinki then perah. Kalau terlampau kotor guna berus kejap je tanggal kotoran.  Cepat kering, no baldi dan ringan ❤️ Ena bagi 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌤️


*Tak perlu la susah-susah nak perah mop, sakit pinggang, tangan perah sampai sakit serta kasar, lantai pun tak licin basah, just tembak-tembak terus mop lantai. 

*Pad microfiber dia pun senang ditanggal, cuci dan jemur. 

*Disamping tu ianya ringan dan mudah gosok diatas lantai dan anak-anak kecil pun boleh tolong kita bersihkan rumah.

*Mudah, Pantas, Jimat Masa & Tenaga

Dekat mana ena beli?
Korang add chart di bawah ini.
Tunggu shocking sales dan check out!

Full video pelbagai cara nak guna mop di rumah.


Mee bandung confirm sedap macam kat kedai Mee bandung Muar

Ena berani cakap sebab kaki makan mee bandung muo.haha. Nama pon dok muo. Macam-macam pes dah try. Suka makan kat kedai tapi PKP ni malas pulak nak keluar. Jadi tengok kawan ada jual teringin lah nak cuba. MasyaAllah dia punya sedap suami pon bertambah-tambah. Dia pon kata macam kat kedai. Pes ni pertama kali ena guna tapi dia jual kat kantin sekolah di Bakri. Yang penting korang tak payah letak garam atau perisa tambahan. Memang cukup rasa!

Ena cuma sediakan daging dengan air rebusan tapi kalau takde daging pon takpe sebab ena pernah masak guna udang tanpa daging. Pon sedap! Just guna air daripada udang tu. Nak letak 2 2 boleh..nak pilih udang saje pon boleh.

Untuk tambahan ena guna fishcake, sayur sawi dan telur.

Rupa bekas macam ni. So kalau tinggal berdekatan area muo boleh lah order dengan Abang Lan. Pes ni padat dan banyak. 1 bekas ni ena boleh masak 2 kali. Jadi separuh tu masak bersamaan dengan Numee Gardenia 450g boleh makan 5 orang.

Maksudnya kalau ramai korang masak lah 1 bekas ni untuk 10 orang makan = 2 paket Numee Gardenia.

Haaa. Isi rumah kami tak ramai. Kalau ena masak tengahari tu separuh bekas je tapi ena dan suami boleh makan 2 kali sampai dinner. Lagi separuh kasi frozen. Simpan sebulan pon masih tahan lagi.


Cara masak pon mudah (untuk 4-5 orang makan).

1. Panaskan minyak sedikit untuk tumis pes mee bandung.
2. Setelah kuali panas masukkan separuh pes dari bekas.
3. Tak perlu tumis lama, kemudian masukkan air rebusan daging dan daging sekali. Jika tiada masukkan udang 5 ekor yang siap direndam air lebih kurang 2 cawan atau ikut kepekatan.
4. Setelah kuah menggelegak, pecahkan telur 2 biji secara berasingan dan biarkan tanpa kacau.
5. Bila telur dah masak, masukkan fishcake 3pcs siap dipotong dan juga sayur sawi.
6. Siap untuk dihidang. 

Tak perlu tambah perisa. Dah cukup rasa bila makan. Korang kena pandai adjust kuah je janganlah cair. Kalau nak try boleh rojer terus Abang Lan di talian berikut. Bukan dia yang jual tapi dia tolong jualkan pes mee bandung kawan. Sebab ena pon tak kenal owner ni. Takde label pada bekas.

Encik Azlan @ Abang Lan : 017-7942116

Roti Telur Cracker simple tapi mengenyangkan

Jika sebelum ini ena ada share pelbagai resepi menggunakan roti putih, kali ni ena tambah lagi menu yang mudah juga bila makan krup krap macam keropok. 


Tersangatlah mudah guna 3 bahan je. 7 keping roti cukup kenyang makan untuk 2 orang dewasa dan 2 0rang kanak-kanak. Tu pon ada lebih. Sebab kandungan roti, telur dan cracker tu dah cukup buat perut kita kenyang pada waktu sarapan.



Bahan-bahan:

7 keping roti putih (1 keping belah 8pcs)
3 biji telur gred B (Pecahkan dan pukul rata sampai kembang)
10 keping biskut cracker dihancurkan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dengan kuantiti lebih kurang macam goreng ikan
2. Untuk kuali 24cm muat masak 8pcs roti. Jadi celup lah 8pcs dulu dengan telur yang sudah dipukul kembang.
3. Ambil 1 per 1 roti tadi dan gaul dengan biskut cracker. 
4. Bila kuali sudah panas boleh masukkan 8pcs yang siap digaul rata. Api sederhana sebab cepat masak. Terbalikkan dan setelah masak boleh angkat untuk dihidangkan. Sangat mudah....