ツ Teman Tapi Mesra

Mee bandung confirm sedap macam kat kedai Mee bandung Muar

Ena berani cakap sebab kaki makan mee bandung muo.haha. Nama pon dok muo. Macam-macam pes dah try. Suka makan kat kedai tapi PKP ni malas pulak nak keluar. Jadi tengok kawan ada jual teringin lah nak cuba. MasyaAllah dia punya sedap suami pon bertambah-tambah. Dia pon kata macam kat kedai. Pes ni pertama kali ena guna tapi dia jual kat kantin sekolah di Bakri. Yang penting korang tak payah letak garam atau perisa tambahan. Memang cukup rasa!

Ena cuma sediakan daging dengan air rebusan tapi kalau takde daging pon takpe sebab ena pernah masak guna udang tanpa daging. Pon sedap! Just guna air daripada udang tu. Nak letak 2 2 boleh..nak pilih udang saje pon boleh.

Untuk tambahan ena guna fishcake, sayur sawi dan telur.

Rupa bekas macam ni. So kalau tinggal berdekatan area muo boleh lah order dengan Abang Lan. Pes ni padat dan banyak. 1 bekas ni ena boleh masak 2 kali. Jadi separuh tu masak bersamaan dengan Numee Gardenia 450g boleh makan 5 orang.

Maksudnya kalau ramai korang masak lah 1 bekas ni untuk 10 orang makan = 2 paket Numee Gardenia.

Haaa. Isi rumah kami tak ramai. Kalau ena masak tengahari tu separuh bekas je tapi ena dan suami boleh makan 2 kali sampai dinner. Lagi separuh kasi frozen. Simpan sebulan pon masih tahan lagi.


Cara masak pon mudah (untuk 4-5 orang makan).

1. Panaskan minyak sedikit untuk tumis pes mee bandung.
2. Setelah kuali panas masukkan separuh pes dari bekas.
3. Tak perlu tumis lama, kemudian masukkan air rebusan daging dan daging sekali. Jika tiada masukkan udang 5 ekor yang siap direndam air lebih kurang 2 cawan atau ikut kepekatan.
4. Setelah kuah menggelegak, pecahkan telur 2 biji secara berasingan dan biarkan tanpa kacau.
5. Bila telur dah masak, masukkan fishcake 3pcs siap dipotong dan juga sayur sawi.
6. Siap untuk dihidang. 

Tak perlu tambah perisa. Dah cukup rasa bila makan. Korang kena pandai adjust kuah je janganlah cair. Kalau nak try boleh rojer terus Abang Lan di talian berikut. Bukan dia yang jual tapi dia tolong jualkan pes mee bandung kawan. Sebab ena pon tak kenal owner ni. Takde label pada bekas.

Encik Azlan @ Abang Lan : 017-7942116

1 Chantiq Manis:

nona sani said...

Aduhhh, auto lapo tengok memalam...
Haishhh!!!