ツ Teman Tapi Mesra

Tips makeup dewy effect glowing glass skin ala Korea dengan ekstrak madu

Ena memang suka sangat makeup. Dalam masa yang sama nak kulit kekal sihat dapat perlindungan daripada sinar UV. Korang suka tak tengok cerita Korea? Haa ena kalau tengok kan dok zoom muka pelakon je. haha. Makeup natural tapi dia punya effect glowing tu memang mantul depan kaca TV.

Jadi nak makeup ekspress nampak glass skin ala Korea senang je. Ena gunakan Mary Kay Honey Glow Finisher menjadikan kulit anda berseri dengan kesan pencerahan bersinar

1.Rumusan bercirikan pantulan cahaya yang memberikan kesan pencerahan berpanjangan selepas produk makeup dipakai.
2.Tekstur krim lembut bagaikan madu yang mudah disapu.
3.Kulit berseri


Lihat perbezaan apabila disapu pada kulit nampak lebih glowing. Ena suka tekstur sangat ringan dan kulit selembut bayi. Setiap hari pakai di rumah pon cantik tanpa makeup.

Gandingan hebat jagaan kulit dengan makeup, Mary Kay Honey Glow Finisher menyerikan kulit dengan kesan pencerahan menawan setiap hari di samping memberikan pelbagai lagi manfaat untuk kulit. Dihasil menggunakan ekstrak madu dan bunga peony, kulit akan menjadi menawan dan berseri semanis madu.


• Memutih dan berseri secara semula jadi
• Mencerah
• Kesan berpanjangan
• Kemasan lembap
• Mengurangkan kedutan
• Perlindungan sinaran UV


Cara Penggunaan:

Sebagai langkah terakhir jagaan kulit, sapukan sebanyak yang perlu pada muka sebelum terdedah di bawah sinaran matahari.

Bahan Utama:

Ekstrak Madu:
Menyuburkan dan melembapkan kulit, serta menjadikan kulit berseri dan rapi.
Ekstrak Bunga Paeonia Lactiflora:
Menjadikan kulit kekal putih dan cerah serta tanpa cela.
Niacinamid:
Menjadikan warna kulit yang pudar menjadi cerah dan berseri.
Adenosina:
Mengurangkan kedutan pada kulit, melawan penuaan kulit serta menjadikan kulit lebih sihat dan kekal
berseri.

Ena | Beauty Consultant | 0123942251

1 Chantiq Manis:

Shida Radzuan said...

cantik hasilnya...tp kulit awak mmg cantik..haluss je :)