Puas hati guna Deerma TM1000 Fiber Mop Spray, Wet & Dry murah tapi berkualiti

Walaupun baru 2 minggu ena guna mop best ni tapi puas hati lah. Belum lagi tunjuk tanda malas nak mop.haha. Bukan apa tahap malas tu 1 hari mop sekali je sebab penat nak perah nak jemur kat luar sampai kering. Kadang-kadang tu berhari-hari jemur tak ambil masuk dalam. Sekarang 1 hari 10 kali mop lah. Biasalah ada anak kecik ni makan jenis tak nak duduk diam sekejap je bersepah. Tu yang asyik nak mop je lantai. Eh anak pon pandai mop lah sebab ringan tapi lasak. So far ena cuci pakai berus banyak kali tak tertanggal bulu pada mop cloth.

 Deerma TM1000 Fiber Mop Spray, Wet & Dry Upgraded TB800


Syok naaa sekarang dah ada bibik di rumah 🙈 Deerma TM1000 Fiber Mop Spray, Wet & Dry Upgraded TB800 ni sumpah best sangat ena beli masa shocking sales RM39.90 je tapi macam tak percaya best dia macam harga RMXXX. Haa pastikan beli direct dengan @deroma.malaysia official store sebab seller lain jual murah tapi model lama taw. Dan produk terjamin tulen ada warranty. Terpengaruh sebab Nora Danish pakai 🤣 

Senang nak lap cermin almari, siling, dinding, kipas dan bersihkan sawang tak payah dah suruh suami panjat tangga. Rambut kat lantai pon melekat. Nak basuh pon ena just cuci kat sinki then perah. Kalau terlampau kotor guna berus kejap je tanggal kotoran.  Cepat kering, no baldi dan ringan ❤️ Ena bagi 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌤️


*Tak perlu la susah-susah nak perah mop, sakit pinggang, tangan perah sampai sakit serta kasar, lantai pun tak licin basah, just tembak-tembak terus mop lantai. 

*Pad microfiber dia pun senang ditanggal, cuci dan jemur. 

*Disamping tu ianya ringan dan mudah gosok diatas lantai dan anak-anak kecil pun boleh tolong kita bersihkan rumah.

*Mudah, Pantas, Jimat Masa & Tenaga

Dekat mana ena beli?
Korang add chart di bawah ini.
Tunggu shocking sales dan check out!

Full video pelbagai cara nak guna mop di rumah.


Post a Comment

0 Comments