ツ Teman Tapi Mesra

Resepi sarapan pagi mudah guna Roti Putih

Resepi sarapan pagi mudah guna Roti Putih | PKP atau tidak memang rumah ena sentiasa ada bekalan roti. Keluarga kami jenis yang semua bangun pagi sarapan. Anak-anak akan bangun seawal 7 pagi. Jadi setiap pagi akan sediakan sarapan ringkas janji perut berisi. Kecuali kalau anak sekolah cikgu akan bagi anak murid makan jam 9 pagi baru lah ena tak bagi dia sarapan awal. Di rumah time PKP ni confirmlah ibu kena sediakan cepat. Ena jenis tak gemar makan nasi goreng waktu pagi sebab jenis yang nak cepat dan ringkas. Biasalah budak-budak kalau lambat tahu mengamuk je. Paling cepat pon kalau dah takde roti atau kemalasan ke dapur ena sediakan cereal dengan susu segar. Dah praktikkan mereka supaya pagi kena sarapan.

Roti bakar kaya ala Kopitiam

Roti bakar kaya ni tengok viral di Facebook milik Ziera Xiera jadi kita follow lah. Memang sedappppp bila panas-panas kita gigit tu meleleh je cairan butter tu. Berebut makan semua.

Bahan-bahan:
Roti
Sekaya (Sebarang jenama)
Mentega Buttercup 

Cara penyediaan:
1. Potong bahagian tepi roti
2. Sapukan sekaya (Lebihkan untuk lebih lazat)
3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (Pastikan mentega keras)
4. Susun mentega di atas roti
5. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan). Sedia untuk dinikmati!
**Kredit: Ziera Xiera

Roti bakar Scrambled Egg


Menu ni selalu buat sebab mengenyangkan. Letakkan scrambled egg dan sosej 1pcs di atas sekeping roti bakar. Tuang mayonis dan sos. Superbb!

Bahan-bahan:
3 biji telur
1/2 cawan susu fresh
1 sudu besar minyak jagung
Nak tambah garam pon boleh (Ena tak guna sebab telur dah cukup lemak dan sosej masin)

Cara penyediaan:
1. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan campurkan dengan susu
2. Pukul telur hingga kembang 
3. Panaskan kuali non-stick dan masukkan minyak
4. Masukkan adunan telur dan biarkan seketika. Kacau perlahan-lahan sehingga masak
5. Sedia dihidangkan bersama roti bakar dan sosej goreng

Roti telur


Jika ada kuah asam pedas lebih ena akan simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal hangat je kuahnya buat cecah roti telur. Kalau takde pon roti telur cecah sos cili sedap jugak.

Bahan-bahan:
Roti
2 biji telur
Minyak jagung

Cara penyediaan:
Pecahkan telur ke dalam pinggan dan pukul sehingga kembang
Masukkan sekeping roti dan adun depan belakang
Tuang minyak sedikit sahaja pada kuali non-stick dan letakkan roti setelah panas
Terbalikkan supaya dimasak rata. Siap dihidang

Roti gulung sosej crackers


Ena pernah kongsikan resepi secara details disini untuk melihat step gambar

Bahan-bahan:
Roti
Biskut Crackers (1keping biskut = 1keping roti)
Sosej Ramly ( boleh campur daging @ ayam) 
Bancuhan tepung
Sebiji telur

Cara penyediaan:
1. Leperkan roti menggunakan belakang sudu sehingga betul-betul nipis
2. Gulung 1pcs sosej dan lekatkan hujung roti dengan bancuhan tepung
3. Potong lebihan sosej di tepi roti supaya nampak ngam dan kemas
4. Potong roti kepada 2pcs
5. Salut roti dengan bancuhan telur. Tak perlu garam sebab sosej Ramly dah cukup masin
6. Hancurkan biskut crackers mengikut berapa keping roti. Kemudian golekkan roti tadi ke dalam serbuk crackers sambil tekan supaya melekat. Nak sedap bagi lekat crackers dengan tebal
7. Masak ke dalam minyak yang sudah panas dengan api yang kecil supaya sosej dalam masak dan luar tidak hangus. Siap dihidang

Dapat gaji pertama Blogger Google AdSense

Dapat gaji pertama Blogger Google AdSense | Syukur sangat apa yang kita target dapat capai pada 2020. Memang target mesti dapat USD100 sebelum tahun 2021. Bayangkan iklan Adsense ni dah lama ena dapat tapi ena tak ambil tahu pon. Biar je sebab menulis sekadar suka-suka tak terfikir nak jana income sehingga lah sifu blogger Ciktom yang guide ena cara nak dapat income melalui blog serta paid review. Tq Ciktom sudi ajar sampai berjaya cash out Adsense.

Tak sangka pada Disember 2020 total paid review dan Adsense dapat dalam RM1,100. Itu payment sahaja tak termasuk produk. Ena jarang ambil product review kalau sponsor semata-mata kecuali produk sponsor memang nak guna dan berbaloi. Produk yang paling mahal ena pernah dapat bernilai RM800 beserta payment RM200. 

Tak berani ambil banyak job dalam sebulan sebab kita bukan 24 jam mengadap blog saje, tapi kena siapkan job sebagai penulis upahan daripada client lain yang kadangkala memerlukan 4K - 5K patah perkataan dalam satu tugasan. Pecah kepala dibuatnya mengarang ayat tanpa copy paste! Tapi syukur sebab rezeki menulis tak pernah putus. Seronok jadi "Work at Home Mom".


Gaji Pertama daripada iklan Adsense. Cas dikenakan 2 kali dimana yang pertama tu asalnya USD102.15 tapi Adsense tolak USD6. Kemudian tolak lagi sekali RM5 untuk service charge. Ena menggunakan akaun CIMB nama suami sebab ramai blogger cadangkan CIMB kerana prosesnya cepat masuk pada 22hb berbanding bank lain. Ena ada akaun Maybank tapi prosesnya lambat masuk dan cas pon berbeza. Jadi takde masalah taw pakai akaun penama lain. Pagi dapat email daripada Adsense, petang duit dah masuk bank.

Cara transfer income AdSense ke akaun bank


Setelah baki minimum USD100 mencukupi masuk ke dashboard Adsense dan klik menu bar belah kiri "Payments"


Klik "UPDATE" dan tunggu running


Kemudian klik "ADD PAYMENT METHOD"


Pilih option "Add new wire transfer details" untuk terus masuk ke akaun bank dan "SAVE"


Beneficiary Id (Optional) : Tak isi pon takpe biarkan kosong

Name on bank account : Nama pemilik akaun bank. Macam ena tumpang akaun suami jadi masukkan nama suami

Bank name : Nama bank digunakan

SWIFT BIC : Swift kod untuk bank di Malaysia boleh rujuk di sini >> SWIFT KOD

Account number : Masukkan digit nombor akaun

Re-type Account number : Masukkan lagi sekali digit nombor akaun

Kemudian klik "Set as primary payment method" dan klik butang "SAVE"

Dah siap. Senang je kan. Tunggu je email daripada Adsense untuk pengesahan. Harap lepas ni dapat cash out lagi.

Memperkenalkan Cetaphil Bright Healthy Radiance, rangkaian penjagaan kulit direka khas untuk kulit orang Asia

Memperkenalkan Cetaphil Bright Healthy Radiance, rangkaian penjagaan kulit direka khas untuk kulit orang Asia | Cetaphil mempunyai rekod yang cukup dikenali dalam menyediakan solusi penjagaan kulit dengan asas perubatan dan dermatologi secara turun-temurun. Memberikan hanya yang terbaik kepada pengguna, Cetaphil adalah jenama yang dipercayai selama tujuh dekad memperkenalkan Bright Healthy Radiance, iaitu rangkaian penjagaan kulit pertama oleh syarikat yang direka untuk direka untuk mencerahkan kulit tanpa membahayakan kulit.


Cetaphil merupakan jenama yang memahami cara penjagaan kulit yang hebat akan menjadikan kulit cerah, cantik dan sihat. Kulit yang sihat sangat penting untuk menjalani kehidupan yang sihat. Rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance baharu akan membersihkan kulit secara lembut dan memberi hidrasi supaya kulit sentiasa lembut. Diformulasikan untuk mencerah dan meratakan tona kulit, ia mampu menjadikan kulit lebih cerah dan berseri sepanjang hari di samping memperbaiki kulit wajah pada waktu malam.

CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!


Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance menggunakan Gentle Bright Technology, kombinasi Sea Daffodil, iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi yang terbukti dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan, untuk mencerahkan dan mengurangkan saiz bintik hitam. Niacinamide pula merupakan Antioksidan yang lembut tetapi berkesan mengawal pemindahan melanin ke permukaan kulit, supaya tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna tanpa iritasi dalam empat minggu. Rangkaian produk buatan Korea ini merupakan cara sihat untuk cerah dan berseri.



Tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit, pembersih lembut ini membersihkan kulit kusam dan ia merupakan langkah pertama dalam rutin pencerahan. Diikuti dengan penyegar penyempurnaan kulit yang mencerah dan menghidrat kulit agar kelihatan cerah, halus dan lembut secara serta-merta. Selepas empat minggu, tona kulit akan kelihatan lebih sekata dan kekusaman hilang, sekaligus menjadikan kulit kelihatan berseri.



Dengan SPF15 untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya, Brightening Day Cream Protection dapat mencerah dan meratakan tona kulit. Pada masa yang sama, Brightening Night Comfort Cream meneruskan proses pencerahan ketika anda tidur untuk menjadikan kulit kelihatan segar dan cerah pada waktu pagi. Bintik hitam kurang dan menjadikan tona kulit lebih sekata dan cerah berseri selepas penggunaan sebanyak sehari sekali dalam selama empat minggu.

Matlamat rangkaian produk ini adalah untuk meraikan semua jenis kulit buat wanita Malaysia yang menginginkan kulit yang cerah berseri sambil mempertimbangkan tentang apa penting dan selamat dalam dunia pada hari ini.

“Di Cetaphil, kami sentiasa melakukan inovasi produk yang sesuai dengan kehendak pengguna dan sangat teruja melihat visi mengenai Rangkaian Bright Healthy Radiance membuahkan hasil. Pelancaran ini menandakan komitmen kami untuk menjangkaui lebih banyak pengguna dengan menawarkan produk kepada rakyat Malaysia yang menginginkan kulit yang sihat, cerah dan berseri. Dengan rangkaian produk Bright Healthy Radiance, kami yakin dapat memberi solusi kecerahan tanpa kerisauan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif,” kata Jessica Chan, Pengurus Jenama Kanan di Galderma Malaysia.

“Kulit yang kelihatan sihat adalah kulit yang cerah, berseri, sekata dan halus,” kata Dr. Kartini Farah Rahim, Perunding Dermatologi. Beliau menjelaskan lagi bahawa rangkaian ini menyeimbangkan warisan dermatologi dan aspek kecantikan dalam penjagaan kulit. Terbukti secara klinikal walaupun untuk kulit sensitif, Bright Healthy Radiance mencerahkan kulit secara lembut. Kesan matahari, hiperpigmentasi akibat jerawat, tompok coklat yang bertambah - wanita Malaysia boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan penggunaan rangkaian produk ini.

Duta Jenama, Lisa Surihani, ikon rakyat Malaysia, ibu, isteri, pelakon, model, dan hos televisyen menyatakan bahawa rangkaian produk ini adalah sesuatu yang hebat, “Saya sangat suka dengan produk penjagaan kulit ini, setelah menggunakan rangkaian produk ini selama empat minggu saya dapat lihat yang tona kulit saya makin sekata, kusam dan bintik hitam pun hilang. Rangkaian produk ini memang menakjubkan. Saya berharap produk ini datang lebih awal dan kita semua tahu bahawa orang Korea pandai menjaga kulit mereka.”


Lisa juga kongsi yang dia berasa tenang apabila mengamalkan rutin penjagaan kulit pada waktu pagi dan petang dengan mengamalkan rejim penjagaan kulitnya. Ia sangat menyenangkan dengan memulakan rutin dengan urutan pembersih muka, diikuti sapuan serum dengan teliti, , sapu lembut toner pada alas kapas, dan penggunaan krim hidrasi yang tepat sebagai tanda meditasi dan kesungguhan.

Di samping itu, Lizz Chloe, penyampai radio untuk MYFM, model dan pempengaruh media sosial berkata tentang penjagaan kulit, “Tujuan saya adalah nak menjaga kulit pada waktu siang dan memperbaiki sebarang kerosakan pada siang, membersih dan tidak mengeringkan kulit dari minyak yang diperlukan. Saya boleh nampak perubahan kulit dalam empat minggu dan tidak kasar seperti produk pencerah biasa. Dipercayai pakar dermatologi, hipoalergenik, bebas pewangi dan terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit walaupun kulit sensitif."

Apa yang anda perlukan adalah Rangkaian Bright Healthy Radiance jenama ini terdiri daripada Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser (RM 39.00), Cetaphil Brightness Refresh Toner (RM 59.00), Cetaphil Brightening Day Protection Cream (RM 113.00), dan Cetaphil Brightening Night Comfort Cream (RM 113.00).

Semua produk dalam siri Bright Healthy Radiance sesuai untuk jenis kulit kering dan juga kulit normal, termasuk kulit sensitif.

Rangkaian Bright Healthy Radiance boleh didapati secara asing dan juga boleh didapati sebagai set eksklusif dari semua farmasi di Malaysia. Dapatkan sekarang dari LazadaShopee, dan Hermo. Untuk maklumat lanjut tentang Cetaphil, ikuti @CetaphilMY di Instagram.

Jimat masa order ikan segar delivery ke rumah dengan Muar Food Runner

Jimat masa order ikan segar delivery ke rumah dengan Muar Food Runner | Bersyukur sangat sebab sepanjang PKP dari tahun lepas banyak runner kat Muo ni boleh hantar. Yang paling best tu tokey ayam jiran depan rumah. kalau nak seafood dan ikan fresh boleh rojer je terus datang ke rumah. Ena start order ikan secara delivery ni pada July 2020 dengan Encik Rohaizad aka Abg Ijat sebab masa tu ena terkandas lama di kampung berpantang time PKP 1.0. Otak ni mula fikir camne lah nak beli barang time PKP ni. Lagi ada baby kat rumah. Nak suruh suami keje shift pula. Ikan mestilah nak fresh waktu pagi. Akhirnya ada servis delivery ikan ke rumah sekitar Muo. Sampai sekarang ena aktif order sebab ikan banyak pilihan dan delivery buat setiap 2 hari sekali. Cas pula ikut seikhlas hati. Ikut standard kawasan bandar RM2 - RM5.

Jadi keluar ke kedai jika nak cari makanan kering je tu pon supermarket dekat je dalam taman tak perlu keluar jalan besar. Senang cerita musim PKP ni takde masalah nak beli barang. Semua hujung jari cuma part stok kering ena suka keluar cari sendiri. Masa tu je 'Me Time' keluar sorang.hahahahhaha. Husband no hal jaga anak. Malas suruh dia nanti pesan A beli jenama B. Lepastu pesan 2 item betul-betul dia beli 2 item je.kahkahkah. Memang jujur betul tak beli jajan lebih. Berbeza dengan ena cakap nak beli 3 item je bang tapi balik berpuluh item :) Nampak tak permainan? 

Laku habis dalam masa 2 jam

Abg Ijat akan start post ke status whatsapp jam 9.00 pagi. Jadi memang standby tengok dan pilih nak lauk apa. Kena cepat sebab 10.30 pagi dah full booked. Biasa ena buat stok seminggu. Kalau ada time terhad tu grab jugak macam ketam kan susah dapat. Bab harga tak berkira sangat janji fresh dan cepat hantar.

Antara stok ikan yang ada ialah siakap, kembung, cencaru, kerisi, tenggiri, ikan merah, bawal dan pari. Seafood yang dibekalkan udang dan ketam. Daging fresh baru sembelih pon ada taw. Kena tempah awal sebelum habis.

Berbaloi grab masa lelong

Kalau nak ambil ikut budget pon boleh contoh ena ambil pakej RM50 dapat siakap seekor + pari sekilo + ketam sekilo. Harga asal dekat RM70

Kalau jadi pelanggan tetap ni lagi best boleh dapat harga lelong bila lauk dah tinggal sedikit.

Harga lelong RM35 ketam sekilo + kerisi sekilo. Harga asal RM49

Udang setengah kilo RM17.  Sekilo RM35

Untuk udang putih kecil 600 gram RM10. sedap masak mee goreng.

Siakap seekor RM13 siap siang

Ketam sekilo RM32 dapat dalam 6-7 ekor.  Pernah dapat harga lelong RM20 tapi tetap nampak fresh

Isi padat puas hati makan

Senarai harga ikan lain :

Kerisi RM12
Ikan kembung sekilo RM10 dapat 12-15 ekor
Cencaru sekilo RM12. Time lelong RM10
Ikan pari sekilo RM20. Time lelong RM15
Bawal seekor RM13. Boleh potong 4 bahagian
Ikan merah seekor RM30
Tenggiri setengah kilo RM15
Daging fresh sekilo RM30

ena memang tak pakar bab harga ni murah ke mahal tapi kalau korang nak bandingkan harga boleh berpandukan disini >>> http://mbb.fama.gov.my/bm/price


Antara menu masakan sayur campur udang ni bubuh perencah kari. Mantap rasanya.


Cencaru sumbat sambal


Sambal ketam pecah telur


Sambal ikan kembung


Asam pedas ikan pari

Untuk membuat tempahan delivery ikan terus ke rumah boleh contact nombor di bawah :

Encik Rohaizad 010 - 712 7747


Senarai Blogger Johor 2021

Senarai Blogger Johor 2021 | Mungkin ada yang sudah mengenali senarai blogger di Johor secara dekat ataupun secara alam maya. Di sini ena senaraikan ahli yang aktif di dalam JDT Blogger iaitu 29 orang berasal atau menetap di Johor setakat ini. Puan Presiden yang havoc lagi meletop ialah Sis Lin. Ena join pada November 2018. Kira takde lah lama berbanding senior yang lain sejak 2016 lagi. Asal menulis blog sekadar sharing tips dan petua kemudian serious mengambil product review sejak 2019 sehingga kini. Sekarang fulltime blogger.

Sebelum itu saje nak coret kisah ena sendiri bermula dari 2010 tapi 2012 tukar ke blog baru "TINY - NA - SWEET" oleh suami. Dia blogger pencen. Hahahaha. Kalau 2010 dulu dia memang aktif. Haa kalau nampak posting Myperoduaclub dan gaming tu suami ena tumpang entri di blog ini sebab dia aktif Youtuber dan Streamer sahaja.

TINY - BERMAKSUD KECIL MOLEK. SO JANGAN PANGGIL TINY :)
NA - TUAN PUNYA BLOG 'ENA @ INAH'
SWEET - SUAMI LETAK. BUKAN SAYA YE...BUKAN SYOK SENDIRI. HAHAHA


Kenangan first header 2013. Siapa ada buat header cun-cun please pm. Kesian kita header atas dah lapang takde banner.hehe

Senarai JDT Blogger 2021

Berikut senarai ahli JDT Blogger mengikut turutan senior join terawal dan nama pena di blog masing-masing :

1. Life with Love | www.nonasani.com

2. Herneenazir.com | herneenazir.com

3. Kisahsidairy.com | www.kisahsidairy.com

4. Mama Maszull | maszull.blogspot.my

5. Kasih Juju | www.kasihjuju.com

6. Cerita Mak | www.ceritamak.com

7. Mia Liana | www.mialiana.com

8. Faizah Amir | www.faizzahamir.com

9. Alam Sari di Tanah Jauhar | sariyusa.blogspot.com

10. Wanzawawidotnet | www.wanzawawi.net

11. Ceritera Ibu | www.ceriteraibu.com

12. Onlajer | onlajer.com

13. Aku Sis Lin | www.sislin76.com

14. Mselim3 | mselim3.blogspot.com

15. Aku Ain Kau Siapa | akuainkausiapa.blogspot.my

16. Ciktom | www.ciktom.com

17. Sunah Suka Sakura | www.sunahsukasakura.com

18. Farahuda | www.byfarahh.com

19. Siti Suziana | www.sitisuziana.com

20. Faradidi's Blog | www.faradidi.com

21. Tinynasweet | www.tinynasweet.com

22. Journey Of Iman | journeyofiman.blogspot.com

23. AimieDarmia | aimiedarmia.blogspot.com

24. Nota Afzani Tual | afzani.wordpress.com

25. DeCamellia | www.decamellia.com

26. Aku Pakar Blogger | akupakarblog.blogspot.com

27. Apakata Mommy | www.apakatamommy.com

28. Lin Liena Story | www.linliena.com

29. Aienie | www.aienienka.com


Entri lain >>> Sambutan majlis JDT Blogger 2020


Lega Kad Sihat Johor diteruskan tahun 2021 & cara mohon online

Lega Kad Sihat Johor diteruskan tahun 2021 & cara mohon online | Sebagai pengguna Kad Sihat Johor ni dari 2020 lagi sudah tentu nak tahu keputusan kerajaan samada diteruskan atau tidak kerana peralihan kerajaan. Tapi tahun ni boleh tarik nafas lega sebab dalam penggulungan Belanjawan Johor 2021, kerajaan Johor telah memaklumkan bahawa program Kad Sihat Johor terus dilaksanakan pada tahun 2021. Memang jimat sejak buat rawatan menggunakan kad ini.


Pada tahun lepas ena dan suami mengalami alahan kulit dan mendapatkan rawatan di salah satu klinik panel Muar iaitu di Klinik Asia Muar. Di Muar ada 24 panel klinik. Ia bergantung kepada kawasan. Contohnya total checkup ena bernilai RM60 jadi ena cuma bayar RM10 sahaja sebab dapat subsidi RM50 untuk 1kali rawatan. Bila next appointment sama jugak akan dapat subsidi RM50 setiap rawatan. Ini kategori 'keluarga'.

Manfaat Kad Sihat Johor


Manfaat Kad Sihat Johor ini untuk golongan berpendapatan B40 bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan dengan nilai rawatan sehingga RM200 bagi individu dan RM500 bagi seisi keluarga untuk dirawat di klinik swasta terpilih.

Kriteria / Kelayakan


Jika anda memenuhi kriteria di atas boleh lah memohon secara online.

Cara buat permohonan online Kad Sihat Johor 2021


Permohonan secara online boleh terus ke Laman Web Sihat Johor http://www.sihatjohor.com.my/ atau hadir ke Pejabat Daerah, DUN dan Penyelarasan DUN. Pastikan menyediakan segala dokumen di atas untuk upload atas talian. Apabila permohonan sudah diluluskan, wakil Ketua Kampung kawasan akan telefon untuk minta mengambil kad yang sudah siap. Kad kami ni ikutkan guna start bulan 4/2020 tapi dapat lambat bulan 7/2020 mungkin sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Untuk melihat senarai panel klinik boleh klik disini >>> http://www.sihatjohor.com.my/sjmpanelclinics.aspx

Kemudian buat semakan status permohonan untuk tahu keputusannya disini >>> http://www.sihatjohor.com.my/RegStatus.aspx

Semoga Berjaya :)

Tips menulis tajuk di blog & senarai entri berjaya di Top 5 carian Google

Tips menulis tajuk di blog & senarai entri berjaya di Top 5 carian Google | Sebelum itu,  mohon maaf sebab ena bukan pakar SEO. Jadi ena hanya sharing berdasarkan pembelajaran sendiri. Main explore dan cuba faham apa kehendak pembaca. Pada mulanya menulis dari 2012 sekadar suka-suka share tips dan petua sebab dibesarkan dalam keluarga Jawa memang banyak petua dari nenek. Mula serious jadi full time blogger dari 2019. Di blog ena banyak petua, tips, tutorial berkaitan teknikal. Kurang minat cerita berkaitan drama atau muzik. Mungkin sebab dari sekolah Sains Tulen, kemudian sambung bidang IT Sistem keje nya dok bedah komputer jadi suka menulis ke arah itu. Nampak lembut tapi tangan ni dah biasa pegang skru driver.hahahaha...


Senarai Top 5 di carian Google

Ena cuma senaraikan mengikut performance Desember 2020 sahaja


Pengalaman operation dan susah mendapatkan info testimoni, jadi entri ni hits. Yelah siapa nak cerita bab memalukan?? Tapi niat nak kongsi petua je.


Pembaca suka menyoal. Jadi guna tips ni.

Ya @ tidak?
Selamat @ tidak?
Cantik @ tidak?
Apa itu GBS?
Apa itu i-Sinar?


Apabila korang berkongsi perkara yang baik berdasarkan pengalaman cuba gunakan perkataan terbaik, termurah, tercantik dan sebagainya


Kos rawatan, kos ubahsuai, kos diy, kos dekorasi antara yang pembaca suka cari untuk pengiraan budget


Entri kehamilan sangat tinggi carian di google seperti HB, trimester, alahan, mabuk, bersalin, keguguran dan berpantang. Semua pengalaman mengandung ena share di blog


Cari perkara viral di Malaysia yang sentiasa diperkatakan di sosial media


anniversary, honeymoon, pre wedding, post wedding, hantaran sentiasa hits


Pengalaman antara keyword yang sering pembaca nak tahu


Muo macam takde blogger aktif. Jadi ena yang menguasainya.hahahahhaha. Korang kena up apa yang best di area kediaman korang. nak tahu pasal Muo sila ke blog ena.




Sebagai blogger, ena akan cek 'keyword' yang selalu menyumbang trafik ke blog. Kalau tak sempat harian tapi cek secara berkala supaya ena belajar dan terus belajar memahami apa pembaca suka taip di carian google. Tapi kerja ena lagi mudah bila ada Google Search Console ni. Dari sini lah korang boleh cek keyword yang hits menyumbang ke blog. Sebab itu tajuk permulaan dah penting tak boleh semberono menaip.

Google Search Console (GSC) December Performance


Blog ena hits cerita berkaitan 'Muar'. Sebab itu suka menulis apa sahaja berkaitan Muar. Muar kan antara daerah famous di Johor.  Cari kekuatan blog korang

Ini merupakan result performance blog ena pada December 2020 melalui GSC. GSC adalah tool yang disediakan oleh Google untuk pemilik blog mengenalpasti 'referring domain' yang melawat ke laman web dan membantu meningkatkan prestasi trafik ke blog. Secara ringkasnya GSC sebagai monitor blog. Kenapa blogger kena ambil tahu? Sebab GSC memberi manfaat dan memperbaiki Search Engine Optimization (SEO) supaya lebih mudah mendapatkan trafik tinggi di hasil carian Google. Trafik blog ena takdelah tinggi macam blogger otai lain. Sebulan purata 20,000 pageview. Tapi ena sudah boleh capai gaji melalui Adsense. 

Tutorial melihat keyword melalui analisis Performance Blog

Tujuan report performance ini kepada blogger :

1. Mengetahui keyword popular di blog
2. Kenalpasti entri yang paling popular
3. Boleh mengenalpasti device atau peranti yang digunakan untuk berkunjung ke blog seperti Desktop dan mobile
4. Kenalpasti backlink dan text yang banyak singgah ke blog
5. Memeriksa broken link


Melalui email yang diberikan akan ada link untuk melihat report. Selepas klik akan terpapar view ni. Klik pada menu 'date' di atas jika korang nak tengok monthly


Klik 'Custom' dan set bulan Desember atau bulan lepas untuk blogger menganalisis tajuk @ keyword. Kemudian klik 'Apply'

Report terpapar seperti ini dan korang kena scroll down untuk melihat jadual


Di tab menu 'Queries' lah secara details keyword yang menyumbang trafik ke blog korang. Hanya test taip di carian google dan korang boleh cek blog korang di ranking keberapa. 


Boleh beralih ke tab menu 'Pages' dan seterusnya untuk melihat lebih details mengenai blog korang. Mudah saje kan? Kalau blogger pemula boleh belajar melalui GSC ni. Semoga Berjaya :)