ツ Teman Tapi Mesra

Resepi sarapan pagi mudah guna Roti Putih

Resepi sarapan pagi mudah guna Roti Putih | PKP atau tidak memang rumah ena sentiasa ada bekalan roti. Keluarga kami jenis yang semua bangun pagi sarapan. Anak-anak akan bangun seawal 7 pagi. Jadi setiap pagi akan sediakan sarapan ringkas janji perut berisi. Kecuali kalau anak sekolah cikgu akan bagi anak murid makan jam 9 pagi baru lah ena tak bagi dia sarapan awal. Di rumah time PKP ni confirmlah ibu kena sediakan cepat. Ena jenis tak gemar makan nasi goreng waktu pagi sebab jenis yang nak cepat dan ringkas. Biasalah budak-budak kalau lambat tahu mengamuk je. Paling cepat pon kalau dah takde roti atau kemalasan ke dapur ena sediakan cereal dengan susu segar. Dah praktikkan mereka supaya pagi kena sarapan.

Roti bakar kaya ala Kopitiam

Roti bakar kaya ni tengok viral di Facebook milik Ziera Xiera jadi kita follow lah. Memang sedappppp bila panas-panas kita gigit tu meleleh je cairan butter tu. Berebut makan semua.

Bahan-bahan:
Roti
Sekaya (Sebarang jenama)
Mentega Buttercup 

Cara penyediaan:
1. Potong bahagian tepi roti
2. Sapukan sekaya (Lebihkan untuk lebih lazat)
3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (Pastikan mentega keras)
4. Susun mentega di atas roti
5. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan). Sedia untuk dinikmati!
**Kredit: Ziera Xiera

Roti bakar Scrambled Egg


Menu ni selalu buat sebab mengenyangkan. Letakkan scrambled egg dan sosej 1pcs di atas sekeping roti bakar. Tuang mayonis dan sos. Superbb!

Bahan-bahan:
3 biji telur
1/2 cawan susu fresh
1 sudu besar minyak jagung
Nak tambah garam pon boleh (Ena tak guna sebab telur dah cukup lemak dan sosej masin)

Cara penyediaan:
1. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan campurkan dengan susu
2. Pukul telur hingga kembang 
3. Panaskan kuali non-stick dan masukkan minyak
4. Masukkan adunan telur dan biarkan seketika. Kacau perlahan-lahan sehingga masak
5. Sedia dihidangkan bersama roti bakar dan sosej goreng

Roti telur


Jika ada kuah asam pedas lebih ena akan simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal hangat je kuahnya buat cecah roti telur. Kalau takde pon roti telur cecah sos cili sedap jugak.

Bahan-bahan:
Roti
2 biji telur
Minyak jagung

Cara penyediaan:
Pecahkan telur ke dalam pinggan dan pukul sehingga kembang
Masukkan sekeping roti dan adun depan belakang
Tuang minyak sedikit sahaja pada kuali non-stick dan letakkan roti setelah panas
Terbalikkan supaya dimasak rata. Siap dihidang

Roti gulung sosej crackers


Ena pernah kongsikan resepi secara details disini untuk melihat step gambar

Bahan-bahan:
Roti
Biskut Crackers (1keping biskut = 1keping roti)
Sosej Ramly ( boleh campur daging @ ayam) 
Bancuhan tepung
Sebiji telur

Cara penyediaan:
1. Leperkan roti menggunakan belakang sudu sehingga betul-betul nipis
2. Gulung 1pcs sosej dan lekatkan hujung roti dengan bancuhan tepung
3. Potong lebihan sosej di tepi roti supaya nampak ngam dan kemas
4. Potong roti kepada 2pcs
5. Salut roti dengan bancuhan telur. Tak perlu garam sebab sosej Ramly dah cukup masin
6. Hancurkan biskut crackers mengikut berapa keping roti. Kemudian golekkan roti tadi ke dalam serbuk crackers sambil tekan supaya melekat. Nak sedap bagi lekat crackers dengan tebal
7. Masak ke dalam minyak yang sudah panas dengan api yang kecil supaya sosej dalam masak dan luar tidak hangus. Siap dihidang

6 Chantiq Manis:

Sis Lin said...

Yang memang selalu buat roti sosej tu haa atau roti celup telur.. memang laku kras kalau buat hehehe

anamizu said...

hai sis ena. sy & keluarga pun memang terbiasa kena sarapan ringkas hehehe

Adinda Baizura Mazlan said...

Hidangan yang ringkas namun menyelerakan :)

Shida Radzuan said...

sedapnye ^_^ mkn berlebihan mau kenyg smpai ke tghri ni :)

Atie Zieya said...

idea utk breakfast esok :)

Wan Zawawi said...

Suka makan roti sosej tu , memang wajib ada sesekali