Dapat gaji pertama Blogger Google AdSense

Dapat gaji pertama Blogger Google AdSense | Syukur sangat apa yang kita target dapat capai pada 2020. Memang target mesti dapat USD100 sebelum tahun 2021. Bayangkan iklan Adsense ni dah lama ena dapat tapi ena tak ambil tahu pon. Biar je sebab menulis sekadar suka-suka tak terfikir nak jana income sehingga lah sifu blogger Ciktom yang guide ena cara nak dapat income melalui blog serta paid review. Tq Ciktom sudi ajar sampai berjaya cash out Adsense.

Tak sangka pada Disember 2020 total paid review dan Adsense dapat dalam RM1,100. Itu payment sahaja tak termasuk produk. Ena jarang ambil product review kalau sponsor semata-mata kecuali produk sponsor memang nak guna dan berbaloi. Produk yang paling mahal ena pernah dapat bernilai RM800 beserta payment RM200. 

Tak berani ambil banyak job dalam sebulan sebab kita bukan 24 jam mengadap blog saje, tapi kena siapkan job sebagai penulis upahan daripada client lain yang kadangkala memerlukan 4K - 5K patah perkataan dalam satu tugasan. Pecah kepala dibuatnya mengarang ayat tanpa copy paste! Tapi syukur sebab rezeki menulis tak pernah putus. Seronok jadi "Work at Home Mom".


Gaji Pertama daripada iklan Adsense. Cas dikenakan 2 kali dimana yang pertama tu asalnya USD102.15 tapi Adsense tolak USD6. Kemudian tolak lagi sekali RM5 untuk service charge. Ena menggunakan akaun CIMB nama suami sebab ramai blogger cadangkan CIMB kerana prosesnya cepat masuk pada 22hb berbanding bank lain. Ena ada akaun Maybank tapi prosesnya lambat masuk dan cas pon berbeza. Jadi takde masalah taw pakai akaun penama lain. Pagi dapat email daripada Adsense, petang duit dah masuk bank.

Cara transfer income AdSense ke akaun bank


Setelah baki minimum USD100 mencukupi masuk ke dashboard Adsense dan klik menu bar belah kiri "Payments"


Klik "UPDATE" dan tunggu running


Kemudian klik "ADD PAYMENT METHOD"


Pilih option "Add new wire transfer details" untuk terus masuk ke akaun bank dan "SAVE"


Beneficiary Id (Optional) : Tak isi pon takpe biarkan kosong

Name on bank account : Nama pemilik akaun bank. Macam ena tumpang akaun suami jadi masukkan nama suami

Bank name : Nama bank digunakan

SWIFT BIC : Swift kod untuk bank di Malaysia boleh rujuk di sini >> SWIFT KOD

Account number : Masukkan digit nombor akaun

Re-type Account number : Masukkan lagi sekali digit nombor akaun

Kemudian klik "Set as primary payment method" dan klik butang "SAVE"

Dah siap. Senang je kan. Tunggu je email daripada Adsense untuk pengesahan. Harap lepas ni dapat cash out lagi.

Post a Comment

10 Comments

nohas said…
Alhamdulillah..tahniah!
sitirohaida said…
alhamdulillah..tahniah ena..semoga lepas ni makin banyak gaji dari adsense
nona sani said…
Alhamdulillah,
Tahniah!!! Bestnya, entah bila turn sayaa..
Maybe 3/4 tahun lagik.Hahahaha~
usaha lebih keras, caiyukkk!
Cik Renex said…
Alhamdulillah tahniahh..
CR bulan ni x cukupp lagi nak cash out. Banyak lagi kena kumpul.
All the best utk next month :)
Sis Lin said…
Alhamdulilah Ena, tahniah..jom sama-sama naikkan gaji adsense.. bulan lepas Sis dah dpt claim, ni target bulan depan nak juga claim.. dapat selang bulan jadilah.. kena usaha keras.. jomm kita..
Ciktom said…
Alhamdulillah tahniah ena! Tak pro pun bab adsense...banyak kena study..huhu..pasni confirm lagi masyukk
Atie Zieya said…
bestnyaa..Alhamdulillah