Lega Kad Sihat Johor diteruskan tahun 2021 & cara mohon online

Lega Kad Sihat Johor diteruskan tahun 2021 & cara mohon online | Sebagai pengguna Kad Sihat Johor ni dari 2020 lagi sudah tentu nak tahu keputusan kerajaan samada diteruskan atau tidak kerana peralihan kerajaan. Tapi tahun ni boleh tarik nafas lega sebab dalam penggulungan Belanjawan Johor 2021, kerajaan Johor telah memaklumkan bahawa program Kad Sihat Johor terus dilaksanakan pada tahun 2021. Memang jimat sejak buat rawatan menggunakan kad ini.


Pada tahun lepas ena dan suami mengalami alahan kulit dan mendapatkan rawatan di salah satu klinik panel Muar iaitu di Klinik Asia Muar. Di Muar ada 24 panel klinik. Ia bergantung kepada kawasan. Contohnya total checkup ena bernilai RM60 jadi ena cuma bayar RM10 sahaja sebab dapat subsidi RM50 untuk 1kali rawatan. Bila next appointment sama jugak akan dapat subsidi RM50 setiap rawatan. Ini kategori 'keluarga'.

Manfaat Kad Sihat Johor


Manfaat Kad Sihat Johor ini untuk golongan berpendapatan B40 bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan dengan nilai rawatan sehingga RM200 bagi individu dan RM500 bagi seisi keluarga untuk dirawat di klinik swasta terpilih.

Kriteria / Kelayakan


Jika anda memenuhi kriteria di atas boleh lah memohon secara online.

Cara buat permohonan online Kad Sihat Johor 2021


Permohonan secara online boleh terus ke Laman Web Sihat Johor http://www.sihatjohor.com.my/ atau hadir ke Pejabat Daerah, DUN dan Penyelarasan DUN. Pastikan menyediakan segala dokumen di atas untuk upload atas talian. Apabila permohonan sudah diluluskan, wakil Ketua Kampung kawasan akan telefon untuk minta mengambil kad yang sudah siap. Kad kami ni ikutkan guna start bulan 4/2020 tapi dapat lambat bulan 7/2020 mungkin sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Untuk melihat senarai panel klinik boleh klik disini >>> http://www.sihatjohor.com.my/sjmpanelclinics.aspx

Kemudian buat semakan status permohonan untuk tahu keputusannya disini >>> http://www.sihatjohor.com.my/RegStatus.aspx

Semoga Berjaya :)

Post a Comment

7 Comments

Atie Zieya said…
kebajikan penduduk johor terjamin
Farrah MF said…
Alhamdulillah. Ringan sikit kos perubatan andai kurang sihat.
mamapp said…
Ena citer pasal muo teringat pada muo rindunya.. kalau mama kat muo pun selalu pegi klinik asia mmg bagus klinik tu. baru tau pasal kad sihat johor ni
mamapp said…
ok mama dah share dgn adik2 kt muo. tq ena for sharing
Sis Lin said…
Alhamdulilah, adik ada juga bagitau.. moga bermanfaat buat semua kann...
Fiza Aizzawa said…
Untung org johor yer.. baru tahu pasal kad nie