ツ Teman Tapi Mesra

Jimat masa order ikan segar delivery ke rumah dengan Muar Food Runner

Jimat masa order ikan segar delivery ke rumah dengan Muar Food Runner | Bersyukur sangat sebab sepanjang PKP dari tahun lepas banyak runner kat Muo ni boleh hantar. Yang paling best tu tokey ayam jiran depan rumah. kalau nak seafood dan ikan fresh boleh rojer je terus datang ke rumah. Ena start order ikan secara delivery ni pada July 2020 dengan Encik Rohaizad aka Abg Ijat sebab masa tu ena terkandas lama di kampung berpantang time PKP 1.0. Otak ni mula fikir camne lah nak beli barang time PKP ni. Lagi ada baby kat rumah. Nak suruh suami keje shift pula. Ikan mestilah nak fresh waktu pagi. Akhirnya ada servis delivery ikan ke rumah sekitar Muo. Sampai sekarang ena aktif order sebab ikan banyak pilihan dan delivery buat setiap 2 hari sekali. Cas pula ikut seikhlas hati. Ikut standard kawasan bandar RM2 - RM5.

Jadi keluar ke kedai jika nak cari makanan kering je tu pon supermarket dekat je dalam taman tak perlu keluar jalan besar. Senang cerita musim PKP ni takde masalah nak beli barang. Semua hujung jari cuma part stok kering ena suka keluar cari sendiri. Masa tu je 'Me Time' keluar sorang.hahahahhaha. Husband no hal jaga anak. Malas suruh dia nanti pesan A beli jenama B. Lepastu pesan 2 item betul-betul dia beli 2 item je.kahkahkah. Memang jujur betul tak beli jajan lebih. Berbeza dengan ena cakap nak beli 3 item je bang tapi balik berpuluh item :) Nampak tak permainan? 

Laku habis dalam masa 2 jam

Abg Ijat akan start post ke status whatsapp jam 9.00 pagi. Jadi memang standby tengok dan pilih nak lauk apa. Kena cepat sebab 10.30 pagi dah full booked. Biasa ena buat stok seminggu. Kalau ada time terhad tu grab jugak macam ketam kan susah dapat. Bab harga tak berkira sangat janji fresh dan cepat hantar.

Antara stok ikan yang ada ialah siakap, kembung, cencaru, kerisi, tenggiri, ikan merah, bawal dan pari. Seafood yang dibekalkan udang dan ketam. Daging fresh baru sembelih pon ada taw. Kena tempah awal sebelum habis.

Berbaloi grab masa lelong

Kalau nak ambil ikut budget pon boleh contoh ena ambil pakej RM50 dapat siakap seekor + pari sekilo + ketam sekilo. Harga asal dekat RM70

Kalau jadi pelanggan tetap ni lagi best boleh dapat harga lelong bila lauk dah tinggal sedikit.

Harga lelong RM35 ketam sekilo + kerisi sekilo. Harga asal RM49

Udang setengah kilo RM17.  Sekilo RM35

Untuk udang putih kecil 600 gram RM10. sedap masak mee goreng.

Siakap seekor RM13 siap siang

Ketam sekilo RM32 dapat dalam 6-7 ekor.  Pernah dapat harga lelong RM20 tapi tetap nampak fresh

Isi padat puas hati makan

Senarai harga ikan lain :

Kerisi RM12
Ikan kembung sekilo RM10 dapat 12-15 ekor
Cencaru sekilo RM12. Time lelong RM10
Ikan pari sekilo RM20. Time lelong RM15
Bawal seekor RM13. Boleh potong 4 bahagian
Ikan merah seekor RM30
Tenggiri setengah kilo RM15
Daging fresh sekilo RM30

ena memang tak pakar bab harga ni murah ke mahal tapi kalau korang nak bandingkan harga boleh berpandukan disini >>> http://mbb.fama.gov.my/bm/price


Antara menu masakan sayur campur udang ni bubuh perencah kari. Mantap rasanya.


Cencaru sumbat sambal


Sambal ketam pecah telur


Sambal ikan kembung


Asam pedas ikan pari

Untuk membuat tempahan delivery ikan terus ke rumah boleh contact nombor di bawah :

Encik Rohaizad 010 - 712 7747


4 Chantiq Manis:

Atie Zieya said...

semuanya nampak freshhhh

Sis Lin said...

Waaa senang ada servis belian barang basah gini.. nampak segar semuanya..
Sis pun nasib baik jiran belakang rumah ada servis gini gak, siang amik order, malam amik ikannya di rumahnya.. betul belakang rumah..

PeRdU cINta said...

Alhamdulllah mudahkan.

Mar Mansor said...

memang berbaloi kalau dapat beli dengan harga lelong