ツ Teman Tapi Mesra

Tips menulis tajuk di blog & senarai entri berjaya di Top 5 carian Google

Tips menulis tajuk di blog & senarai entri berjaya di Top 5 carian Google | Sebelum itu,  mohon maaf sebab ena bukan pakar SEO. Jadi ena hanya sharing berdasarkan pembelajaran sendiri. Main explore dan cuba faham apa kehendak pembaca. Pada mulanya menulis dari 2012 sekadar suka-suka share tips dan petua sebab dibesarkan dalam keluarga Jawa memang banyak petua dari nenek. Mula serious jadi full time blogger dari 2019. Di blog ena banyak petua, tips, tutorial berkaitan teknikal. Kurang minat cerita berkaitan drama atau muzik. Mungkin sebab dari sekolah Sains Tulen, kemudian sambung bidang IT Sistem keje nya dok bedah komputer jadi suka menulis ke arah itu. Nampak lembut tapi tangan ni dah biasa pegang skru driver.hahahaha...


Senarai Top 5 di carian Google

Ena cuma senaraikan mengikut performance Desember 2020 sahaja


Pengalaman operation dan susah mendapatkan info testimoni, jadi entri ni hits. Yelah siapa nak cerita bab memalukan?? Tapi niat nak kongsi petua je.


Pembaca suka menyoal. Jadi guna tips ni.

Ya @ tidak?
Selamat @ tidak?
Cantik @ tidak?
Apa itu GBS?
Apa itu i-Sinar?


Apabila korang berkongsi perkara yang baik berdasarkan pengalaman cuba gunakan perkataan terbaik, termurah, tercantik dan sebagainya


Kos rawatan, kos ubahsuai, kos diy, kos dekorasi antara yang pembaca suka cari untuk pengiraan budget


Entri kehamilan sangat tinggi carian di google seperti HB, trimester, alahan, mabuk, bersalin, keguguran dan berpantang. Semua pengalaman mengandung ena share di blog


Cari perkara viral di Malaysia yang sentiasa diperkatakan di sosial media


anniversary, honeymoon, pre wedding, post wedding, hantaran sentiasa hits


Pengalaman antara keyword yang sering pembaca nak tahu


Muo macam takde blogger aktif. Jadi ena yang menguasainya.hahahahhaha. Korang kena up apa yang best di area kediaman korang. nak tahu pasal Muo sila ke blog ena.




Sebagai blogger, ena akan cek 'keyword' yang selalu menyumbang trafik ke blog. Kalau tak sempat harian tapi cek secara berkala supaya ena belajar dan terus belajar memahami apa pembaca suka taip di carian google. Tapi kerja ena lagi mudah bila ada Google Search Console ni. Dari sini lah korang boleh cek keyword yang hits menyumbang ke blog. Sebab itu tajuk permulaan dah penting tak boleh semberono menaip.

Google Search Console (GSC) December Performance


Blog ena hits cerita berkaitan 'Muar'. Sebab itu suka menulis apa sahaja berkaitan Muar. Muar kan antara daerah famous di Johor.  Cari kekuatan blog korang

Ini merupakan result performance blog ena pada December 2020 melalui GSC. GSC adalah tool yang disediakan oleh Google untuk pemilik blog mengenalpasti 'referring domain' yang melawat ke laman web dan membantu meningkatkan prestasi trafik ke blog. Secara ringkasnya GSC sebagai monitor blog. Kenapa blogger kena ambil tahu? Sebab GSC memberi manfaat dan memperbaiki Search Engine Optimization (SEO) supaya lebih mudah mendapatkan trafik tinggi di hasil carian Google. Trafik blog ena takdelah tinggi macam blogger otai lain. Sebulan purata 20,000 pageview. Tapi ena sudah boleh capai gaji melalui Adsense. 

Tutorial melihat keyword melalui analisis Performance Blog

Tujuan report performance ini kepada blogger :

1. Mengetahui keyword popular di blog
2. Kenalpasti entri yang paling popular
3. Boleh mengenalpasti device atau peranti yang digunakan untuk berkunjung ke blog seperti Desktop dan mobile
4. Kenalpasti backlink dan text yang banyak singgah ke blog
5. Memeriksa broken link


Melalui email yang diberikan akan ada link untuk melihat report. Selepas klik akan terpapar view ni. Klik pada menu 'date' di atas jika korang nak tengok monthly


Klik 'Custom' dan set bulan Desember atau bulan lepas untuk blogger menganalisis tajuk @ keyword. Kemudian klik 'Apply'

Report terpapar seperti ini dan korang kena scroll down untuk melihat jadual


Di tab menu 'Queries' lah secara details keyword yang menyumbang trafik ke blog korang. Hanya test taip di carian google dan korang boleh cek blog korang di ranking keberapa. 


Boleh beralih ke tab menu 'Pages' dan seterusnya untuk melihat lebih details mengenai blog korang. Mudah saje kan? Kalau blogger pemula boleh belajar melalui GSC ni. Semoga Berjaya :)

14 Chantiq Manis:

Sis Lin said...

Tahniah Ena.. keep writing and happy blogging ya...

ctsuzie said...

Tahniah ena..semoga terus sukses dlm dunia blogger...nnt boleh la share ilmu lagi..hehe

Fieza Sani said...

tq ena sharing. tapi nak tnya sikit, kat mana nk klik tgk queries tu. tak jumpa..

Cik Puan Ena said...

Ena ada tulis tu kt email die bg link. Klik je kt bawah

Atie Zieya said...

nak buat juga mcm ni,tapi tatau cara.. thank you sbb share cara nak buat!! :)

Huda Halid said...

tahniah. orang rajin yang hebat. semoga selalu murah rezeki

Nadia Johari said...

Mantap entry dia..

Aku Pakar Blogger said...

Wow dah faham tentang penulisan SEO... tahniah, keep writing...

mamapp said...

mama blur2 baca. dulu selalu gak guna google keyword tu tapi skrg dah malas haha.. alahai bila la mama nak pandai main SEO ni

nona sani said...

Yeahhhh. Nice info! Happy Blogging!!!!
Moga sentiasa menjadi blog yang berguna untuk semuaaaa.. hehe

Snapbackpacker said...

terbaik tutorial...semoga sama sama blogger boleh maju ke hadapan

Azlinda said...

Tahniah Ena

TEHOKAW.COM said...

Terbaik perkobgsian yang sangat bermanfaat

Mamaleesyamiro said...

Good info ena. Nanti nak buat tajuk yang ada soalan la