ツ Teman Tapi Mesra

Tawaran Hebat PG Mall Mega 8.8 Pre Sales

PG MALL PLATFORM E-COMMERCE NO. 1 DI MALAYSIA


PG Mall nampaknya semakin rancak menawarkan peluang yang hebat dan berbaloi untuk kepuasaan pelanggan. Ia merupakan platform beli belah atas talian yang satu-satunya e-commerce tempatan. Bagi yang belum tahu, PG Mall menawarkan semua barang keperluan di bawah satu bumbung dan menjadi medan membeli TOP 3 paling dikunjungi secara atas talian mengikut iPriceinsight. Bukan itu saje, PG Mall menerima ke semua jenis e-wallet dan juga pemindahan perbankan. 


Untuk pengetahuan korang, PG Mall merupakan pusat beli belah online tempatan Malaysia dibawah syarikat emas terbesar Malaysia iaitu Kumpulan Public Gold.

Dengan Pusat Perniagaan Global yang terletak di Pulau Pinang, PG Mall dikendalikan oleh pasukan tenaga kerja untuk memastikan prestasi terbaik di platform, baik untuk peniaga dalam mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian, atau kepada pembeli bagi memastikan pengalaman mereka bersama kami adalah satu Kebahagiaan. Setiap produk di rak Dipilih dan Diluluskan dengan teliti untuk memastikan kualiti terbaik apabila tiba di tangan pembeli. Membeli-belah yang boleh dipercayai dan selamat.

"Di PG Mall, kebolehpercayaan dan keselamatan pengalaman membeli-belah oleh pembeli adalah kepentingan utama kami. Dalam persekitaran yang selamat dan terjamin, kami menyediakan pelbagai pilihan pembayaran yang selamat termasuk pemindahan perbankan dalam talian segera dari semua bank utama di Malaysia".

TAWARAN HEBAT MEGA 8.8 PRE-SALES 3 - 7/8/2020


From 3rd– 7th August 2020
Daily Flash Deals As Low As RM8
RM 5 off with minimum purchase spending RM38 applicable for new user only
Rm15 off with minimum purchase spending RM 88 for all users (existing & new users)

MEGA 8.8


Daily Flash deal serendah RM8 
Diskaun sehingga RM88
Minimum purchase spending off RM 188
RM5 dengan minimum perbelanjaan sebanyak RM38 (Untuk pendaftaran baharu @ New Shopper ) 
RM 15 dengan minimum perbelanjaan sebanyak RM88 (Pelanggan sedia ada @ Existing Shopper )

Maybank QRPay 



Enjoy penjimatan secara eksklusif dengan Maybank QRPay 
Dapatkan RM5 OFF bila membuat pembelian dengan PGMall atau MAE hari ini sehingga 31  July 2020 
Gunakan promo kod : "FLASH" 

Wooowww. Menarik juga tawaran dan promosi hebat yang diberikan kepada pelanggan? Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk nikmati semua tawaran ini sempena Mega 8.8. Jom terjah website PG Mall


Untuk ketahui info lanjut boleh layari :

Resepi Jagung Kukus Manis atau Cupcorn


Resepi jagung ni amat mudah tidak memerlukan banyak bahan dan tidak menggunakan kos yang mahal. Kalau di kedai nak tambah susu lebih pon kena cas. Lagi berbaloi buat je sendiri. Tambahan pula jagung mempunyai pelbagai Vitamin yang baik untuk tubuh badan. Jom buat sendiri Jagung Kukus Manis
.
Bahan

1. Jagung
2. Susu pekat @ cair
3. Marjerin
4. Garam


Cara hidangan

1. Letak isi jagung yang siap dipotong kecik tanpa batang dan letak dalam bekas plastik. Beli yang frozen lagi senang

2. Kukus jagung dalam 15 minit.  Jangan rebus dalam rendaman air nanti hilang kemanisan jagung

3. Dah siap masak, ambil satu senduk jagung dan masukkan ke dalam cawan

4. Letakkan marjerin 1 sudu dan kacau

5. Kalau takde susu cair boleh pakai susu pekat. Ambil 2 sudu susu pekat dan tambah air panas 1 sudu sahaja.

6. Garam tabur sedikit sahaja dan gaul rata. Siap untuk dimakan 😋

Resepi Pak Choy Sos Tiram


Kalau teringin makan dah tak payah pergi The Chicken Rice Shop 😁 boleh buat sendiri. Senang ya amat. Ena follow resepi Mama Maszull. Thanks mama share resepi 😘. Kuah dia pula suka hati lah nak banyak mana kan. Tapi janganlah sampai banjir tenggelamkan sayur nanti tak kick rasanya. Sayur kena just nice makan krup krap gituuu...Kalau dah layu hilanglah rasa kesegaran sayur.
Bahan ( 2 orang makan) 

1. Sayur Pak Choy 
2. Bawang putih 2 ulas
3. Ikan bilis 
4. Sos tiram
5. Bawang goreng

Cara memasak

1. Leraikan setiap helai sayur dan basuh sehingga bersih 

2. Cincang halus bawang putih

3. Basuh bersih ikan bilis

4. Masukkan sedikit minyak dah tumis bawang putih dan ikan bilis sehingga garing

5. Masukkan sos tiram 4 sudu dan kacau rata

6. Masukkan sayur dan kacau. Tambah sedikit air untuk berkuah tetapi jangan cair. Tak perlu garam sebab dah masin. Jangan masak terlalu lama supaya tak layu

7. Hidang ke dalam pinggan dan taburkan bawang goreng

Resepi Kentang Putar


Ena selalu buat kentang putar ala-ala KFC tapi dah guna macam-macam susu masih tak dapat sama rasa. Jadi kali ni resepi ena sharing menjadi rasanya hampir sama, InsyaAllah sedap di makan panas-panas asalkan tak di ubah acuannya..hehe. Tapi tak tahu lah tekak korang. Nak tahu sama ke tidak cubalah sendiri. Kalau mertua makan bertambah makna sedaplah kan.hahahaha..

Bahan

1. Kentang 5 - 8 biji (Kalau saiz kecil ambil 8 biji)
2. Buttercup
3. Susu segar HL
4. 1 biji bawang besar
5. 2 biji bawang putih
6. 2 sudu tepung gandum
7. Air masak 1 cawan
8. 1 Kiub pati ayam maggi
9. 2 sudu sos black pepper maggi
10. 1 sudu kicap manis


Kentang

1. Rebus kentang dalam air sampai tenggelam selama 15minit @ sampai empuk

2. Tos air, kemudian masukkan semula kentang dalam periuk dan lenyek ketika masih panas

3. Campur 3 sudu buttercup dan gaul rata. Kemudian letak susu HL dalam 1 cawan atau agak-agak lembutkan kentang 


Kuah blackpepper

1. Blend kering bawang besar dengan bawang putih. Blend sampai halus, jangan tumbuk @ hiris

2. Bancuh tepung gandum dengan air masak 1 cawan

3. Panaskan butter 2 sudu dalam periuk

4. Masukkan bawang blend dan tumis sampai kekuningan

5. Masukkan bancuhan tepung. Kalau pekat sangat boleh tambah air.

6. Masukkan 1 kiub pati ayam Maggie 

7. Masukkan 2 sudu sos blackpepper Maggie

8. Masukkan kicap 1 sudu untuk nampak color gelap. Kacau sehingga mendidih dan siap untuk dihidang

Resepi Roti Gulung Sosej Crackers


Kalau dah takde idea nak buat kuih untuk sarapan pagi ataupon minum petang, cuba lah buat Roti Gulung Sosej Crackers. Agak mengenyangkan jugak. Disebabkan rumah ena kena sentiasa ada roti sebab anak sulung tak makan nasi, kadang tu kering idea nak buat apa dengan roti ni. Takkan asyik nak sapu jem kan.

Kalau ena memang suka luar crunchy menggunakan biskut crackers berbanding salutan serbuk roti. Rasa lemak je. Dan tak perlu pon nak tambah garam dalam bancuhan telur.

Bahan

1. Roti Gardenia
2. Biskut Crackers (1keping biskut = 1keping roti)
3. Sosej Ramly ( boleh campur daging @ ayam) 
4. Bancuhan tepung
5. Sebiji telur

Cara memasak

1. Leperkan roti menggunakan belakang sudu sehingga betul2 nipis

2. Gulung 1pcs sosej dan lekatkan hujung roti dengan bancuhan tepung.

3. Potong lebihan sosej di tepi roti supaya nampak ngam dan kemas

4. Potong roti kepada 2pcs

5. Salut roti dengan bancuhan telur. Tak perlu garam sebab sosej Ramly dah cukup masin


6. Hancurkan biskut crackers mengikut berapa keping roti. Kemudian golekkan roti tadi ke dalam serbuk crackers sambil tekan supaya melekat. Nak sedap bagi lekat crackers dengan tebal


7. Masak ke dalam minyak yang sudah panas dengan api yang kecil supaya sosej dalam masak dan luar tidak hangus. Siap dihidang

Resepi Lemang Kukus Cawan


Kalau ada yang perasan, ena ada sharing banyak resepi makanan di INSTAGRAM cuma tak sempat nak abadikan dalam blog. Tak sangka "reach" di IG agak tinggi sebab orang suka cari resepi mudah. Ingat cari kat google dengan FB je.hehe..Resepi ni pon google je buat sama-sama mertua lepastu olah lah sendiri. 

Rindu lemang di kampung pon takde masalah, kita buat sendiri je 😆  Raya Haji kan dah nak dekat. Jadi jomlah cuba buat di rumah. Fuhhh sangat mudah, cepat dan sama sedap je. 🤤🤤

Bahan

1. 500g beras pulut 
2. 2 kotak santan KARA 200ml
3. Garam dan air untuk cairkan santan
4. 8 cawan kertas
5. 8 helai daun pisang
6. Pengukus

Cara memasak

1. Cuci dan rendam beras pulut selama 2 jam. Kemudian tos kan

2. Masukkan santan ke dalam jag air dan bancuh bersama sedikit garam dan air sehingga santan sedikit cair

3. Balut daun pisang keliling cawan lebih 1cm tinggi daripada cawan

4. Letak beras pulut dalam 4 sudu  @ 3/4 cawan

5. Tuangkan santan sehingga beras pulut tenggelam @ lebihkan 1cm daripada paras beras pulut asalkan tak penuh cawan

6. Kacau rata supaya sebati

7. Kukus selama 1jam 30 minit atau 2 jam ke dalam pengukus yang sudah dipanaskan



8. Sejukkan lemang dahulu. Boleh buang lebihan santan di bahagian atas

9. Ambil gunting dan potong tepi cawan sebab lemang melekat susah untuk tarik keluar. Siap dihidang


**Pesanan 👉 Kalau nak bagi kerak tepi boleh masuk ke dalam oven dan bakar sebentar sehingga garing di bahagian luar daun

Tips menggunakan Oil-free Eye Makeup Remover

Pernah pakai makeup remover dari oil? Jangan tau, sangat bahaya!

Sebelum ni ena ada share entri Asas Penjagaan Mata sebab pernah kena Milia Seed seperti gambar di bawah..eeuuuyyyy so scary.. Tapi lepas jaga betul-betul selama 2 tahun ni Alhamdulillah dah tak pernah naik lagi milia @ oil seed ni. Dia nampak cacat kalau ada ibarat jerawat. Bila picit lepastu bulan depan tumbuh lagi. Sampai ke sudah sehingga lah ena amalkan penjagaan rapi.


Area mata kita hanya ada kulit semata sahaja. Tiada lapisan lain yang back up so sangat lembut tau kulit di area mata tu. Cuba korang cek :

👉 Area mata banyak garisan halus
👉 Area mata sembap
👉 Area mata mempunyai oil seed

Kalau korang ada semua yang diatas ni, maknanya korang dah salah pakai produk. Macam ena lah terlampau bijak pakai Baby Oil. Kan dah menyesal. Nasib baik boleh baik semula.

OIL FREE EYE MAKE UP REMOVER ni mengandungi 80% AIR dan 20% SILICONE

Nak share juga kebanyakan yang dah cuba pakai MARY KAY OIL FREE EYE MAKE UP REMOVER ni result oil seed beransur hilang. Kalau ikut logik nak get rid of oil biasanya memang pakai air kan. Bila pakai OIL FREE EYE MAKE UP REMOVER ni automatik mata akan cengkang sebab adanya silicone. Kita pon biasa dengar "Makeup Remover" jerr.. Tap Mary Kay panggil "Eye Makeup Remover" sebab khusus penjagaan mata sekali. Special taw.

Tahu tak lapisan tisu kulit di kawasan mata adalah 3 kali lebih lembut dan sensitif dari kawasan lain. Begitu juga bibir. Jadinya letak sedikit OIL FREE EYE MAKE UP REMOVER pada kapas muka dan bersihkan bahagian mata diikuti bibir. Kemudian barulah kawasan yang lain.

Kenapa ada2 lapisan?
🍀Lapisan ekstrak silikon adalah untuk buang makeup yang kalis air (waterproof) 

🍀manakala lapisan air adalah untuk tanggalkan makeup yang tidak kalis air (non waterproof) 

***Jadi pastikan goncang terlebih dahulu, baru boleh digunakan.

Kenapa Mary Kay Oil Free Eye Make Up Remover BEST?


1. Bebas minyak
2. Mencuci dan melembapkan
3. Ada ekstrak SILIKON... (merawat, menegang dan menganjal kulit)
4. Tanggalkan kotoran makeup 'Water Proof' dengan satu cucian sahaja
5. Merawat wajah dan kulit dari kusam akibat pemakaian makeup yang terlalu lama 
6. Selamat digunakan untuk mencuci bibir
7. Menanggalkan dalam cara yang lembut, ringan dan nyaman pada kulit wajah
8. Menyelesaikan masalah oil seed (bintik putih di kawasan muka)

Tengok macam-mana mudahnya menanggalkan makeup wajah dan Mascara Waterproof. Langsung tidak memedihkan bahagian mata. Ena sangat suka pakai mascara. Memang memerlukan makeup remover yang terbaik.


Tips menggunakan Oil-free Eye Makeup Remover






Mary Kay Oil Free Eye Make Up Remover Deluxe Mini

Sekarang best lahh dah ada travel kit punya boleh selit dalam handbag. 1 botol besar 110ml boleh tahan 8 bulan kalau jarang makeup. Harganya murah cuma RM64.00. Jadi sebulan baru spend RM8! Itu pon pakai time keluar rumah je. Kalau kerap pakai mungkin ketahanan 6 bulan. 

Untuk saiz mini 29ml ni takde jual. Dapat freegift time promosi. Haa beruntung jadi ahli terus. Ena memang pantang ada offer best. Mudah nak solat di luar tak bawa pencuci pon tak ape sebab mudah tanggalkan makeup menggunakan Oil-free Eye Makeup Remover.

Jatuh cinta dengan Set Pencerahan Mary Kay LUMIVIE Brightening System

2 tahun setia menggunakan rangkaian skincare Mary Kay

Ena sudah menggunakan skincare daripada Marykay sejak Februari 2018. Bermakna 2 tahun setia dan baru terbuka nak sharing sebab dah yakin guna lama.hehe.. So far tak pernah lagi tukar ke jenama lain sebab in loveee dan sebenarnya memang jimat taw. Kebanyakan orang tak tahu nilai pakainya dengan wang ringgit mesti kata mahal. Tapi bila dah pakai tersangatlah jimat setahun beli 1 set cuma 2 kali sahaja! Kena percaya sebab ena dah pakai 3 jenis skincare Mary Kay. 

Sebelum itu, ena pakai SK II tapi sebab rasa dah tak mampu nak beli ena mula pakai campur-campur produk dan muka jadi breakout. Lepastu ena try dulu sample Mary Kay. Kalau korang nak tahu Mary Kay ada sample taw. So boleh cuba dulu kalau was-was nak beli 1 set.


Selain dari sebab harga orang takut nak cuba, adalah trademark Mary Kay "BURUK DAHULU, CANTIK KEMUDIAN". Yeeee awakk. Kalau takde keyakinan dan kesabaran yang tinggi, confirm takkan teruskan sebab tempoh pemulihan kulit agak lama bergantung kepada sejarah skincare terdahulu. Walaupun ena bukan pakai produk timbang kilo, tapi 3- 6 bulan pertama muka ena buruk! Kulit kusam, gelap, kasar, banyak keluar jerawat pasir. Haaaaaa... memang stress tak nak tengok cermin. Tula suka tukar-tukar kan...

Sebab itu kalau nampak Beauty Consultant muka cantik tu, bermakna dia orang penyabar.hahahah. Macam ena lah :) Bahan semulajadi membuatkan proses pemulihan lama tetapi tidak merosakkan kulit muka. Ia hanya sementara untuk nyahtoksin daripada produk lama. Ada orang dia asal pakai produk kualiti, bila pakai Mary Kay langsung takde masalah macam mak ena. Terus ok je. Sebab kesetiaan dia pakai Fair & Lovely berpuluh tahun tak pernah tukar. Eh bayangkan kesetiaan dia berpuluh tahun curang jugak ke Mary Kay.hahahaha. Mak pon dah hampir setahun guna.


Ena dan Mak pengguna setia Mary Kay. Umur mak ena dah berusia 57 tahun. Dia cakap best sangat skincare Mary Kay. Lepastu die perli "Siapa suruh ajar mak pakai. Kan susah kena belikan". Haha..Adik je belum terhasut nak pakai.

Skincare Lumivie fokus untuk mencerahkan kembali wajah

Usia mary Kay hampir 57 tahun pada 13/9/1963. Nampak tak sebaya mak ena kan. Kilang Mary Kay Inc. terletak di Dallas, Texas USA dan telah menerima hampir 30 anugerah untuk inovasi produk, pengawasan korporat dan kecemerlangan tempat kerja di pasaran Asia Pasifik mereka dari tahun 2018 hingga 2019. Sebagai satu daripada penjual langsung yang terkemuka di dunia bagi penjagaan kulit dan kosmetik warna, anugerah itu mengiktiraf Mary Kay dalam pelbagai kategori merentasi rantau Asia Pasifik. Pasaran di Malaysia selama 20 tahun sejak tahun 2000.

Di Malaysia takda kilang tau, sebab produk Mary Kay ni exclusive import dari USA. Siap ada saintis lagi. Dia bukan "saintis jadian", dia saintis yang di iktiraf antarabangsa. Sebabtu taknak tukar lain. 


Terdapat 5 items dalam satu set. Tapi ena hanya menggunakan 4 sahaja sebab black sheet mask sama fungsi dengan serum. So itu bonus tambahan kalau mampu beli. 1 set LUMIVIE ni ena pakai baru 5 bulan kiranya upgrade selepas Botanical Effect dan Timewise 3D. Lumivie ni special tak boleh lompat pakai dalam Mary Kay. Kena start basic Botanical Effect atau Timewise dulu sebab kena lalui proses pemulihan baru cepat berkesan guna Lumivie. Senang cerita BEBAS JERAWAT dahulu ! FUhhhhh ni set idaman taw. Lama ena tunggu nak pakai. Kenapa guna Lumivie??? Sebab ena nak fokus pudarkan bintik hitam dan jeragat pula.

1. Lumivie Foaming Cleanser
2. Lumivie Essence Water
3. Lumivie Intensive Serum
4. Lumivie Moisturizing Cream
5. Lumivie Black Sheet Mask


Senarai masalah yang sesuai menggunakan Lumive :
👉🏼 jeragat
👉🏼 parut gelap
👉🏼 tona kulit tak sekata
👉🏼 kulit kusam

Menggunakan bahan mutiara hitam yang paling berharga


Ia menggunakan bahan mutiara hitam yang paling berharga untuk membantu menyelesaikan bintik-bintik gelap, pemendakan melanin, kulit kusam, dan mengembalikan wajah anda ke kulit putih dan merah!

 ✅ Menarik bintik-bintik, melindungi melanin
 ✅ Meningkatkan tona kulit yang tidak sekata
 ✅ Melawan kulit yang kusam dan mencerahkan kulit
 ✅ Meningkatkan dan menguatkan tenaga kulit



Harga memang nampak mahal tapi tahan lama. Macam ena tak beli semua serentak. Ambil pencuci dulu, lepastu upgrade beli lain sampai cukup semua. Contoh pencuci saje ketahanan sampai 7 -8 bulan. Sebabtu berbaloi pakai.

Diformulasikan dari bahan yang bernilai tinggi dan kemajuan teknologi yang memberi kesan berseri sekaligus meningkatkan daya kekuatan, kecerahan, dan kelembapan kulit. Lihat kulit anda semakin berseri serta menyerlah dari sehari demi sehari. 
.
Nak tau tak apa PRECIOUS INGREDIENTS IN LUMIVIE :-
.
❄ BLACK PEARL (HYDROLYZED PEARL)
Membantu untuk meningkatkan daya kekuatan kulit bagi membantu kulit menjadi lebih pulih dan meningkatkan ketahanan kulit. 
.
❄ OPTI-BRIGHT COMPLEX
Dengan campuran bahan yang berpotensi untuk menghalang proses kulit menjadi kusam dan tona kulit yang tidak sekata. Lumivie Intensive Serum dan Moisturizing Cream mengandungi Opti-Bright kompleks yang menunjukkan kebolehan meningkatkan kecerahan kulit dan memulihkan tona kulit secara sekata seperti keputusan dalam kajian klinikal.
.
❄ SAMPHIRE
Merupakan salah satu bahan dalam penjagaan kulit, samphire mempunyai kebolehan unik yang meningkatkan pemuliharaan dan kelembapan kulit.

Dibawah ini set yang ena pakai sebelum upgrade ke Lumivie. Botanical Effect sesuai untuk usia remaja sehingga 25 tahun. Manakala Timewise 3D usia 25 tahun ke atas. 

Set ni dipanggil set Starter. Sebabtu tak boleh lompat ke Lumivie ni. Katakan kulit korang "Oily" memang kena pakai starter kit. Lumivie tidak sesuai untuk kulit berminyak dan berpeluh.




Lumivie Foaming Cleanser


Membersihkan wajah agar kulit tampak lebih bersih dan segar. Secara efektif menanggalkan kotoran dan solekan di wajah. Wajah tersedia untuk menerima manfaat keseluruhan daripada set penjagaan kulit Lumivie


Hanya picit sedikit untuk pembersihan 1 muka. Memang jimat pakai Mary Kay ni sebab tak perlu tuang banyak. Tekstur yang pekat dan tak banyak buih.



Nampak kan buihnya tidak ketara tapi memang pekat.

Lumivie Essence Water


Membantu meningkatkan kadar kecerahan kulit anda. Formulasinya mencerah, melembap dan menganjalkan kulit serta mengembalikan keremajaan kulit wajah.


Selepas mencuci muka, gunakan essence water bersama kapas muka untuk double cleansing dan double absorption. Bayangkan lepas cuci muka pon masih ada kotoran melekat. Ena memang jatuh cinta dengan essence water ni. Kulit jauh lebih lembut berbanding tidak menggunakannya. Wajib pakai sebelum serum supaya serapan serum lebih cepat dan lebih lembap.

Lumivie Intensive Serum

💕Sesuai utk semua jenis kulit
💕Non-comedogenic (tidak menutup liang pori)
💕Sesuai utk kulit sensitif
💕Sesuai untuk wanita berumur 25-45 tahun
💕Kesan penggunaan seawal 2 minggu

Secara kesimpulannya, bagi wanita yang inginkan kulit wajah berasa licin,cerah, glowing terutamanya yang ada masalah kulit kusam,bintik hitam dan jeragat tu, Sangat rekemen pemilihan serum ini. Ia juga membuatkan kulit terasa lembut,tona sekata, kulit nampak lebih bermaya dan berseri-seri.


LumiVie Intensive Serum untuk merawat masalah kulit kusam dan jeragat. Katakan korang pakai set lain kan seperti Botanical Effect atau Timewise 3D, boleh je pakai serum Lumivie ni sekali selagi muka tak banyak jerawat sebab serum ni akan buat rasa pedih kalau ada jerawat. 

So dinasihatkan rawat dulu masalah yang ada baru lah fokus pencerahan. Dah 3 botol ena guna. Pon jatuh cintaaaa. Serum ni botol kecik je tahan 4 bulan jika gunakan 2 kali sehari. Seeloknya pakai malam sahaja sebab siang kita akan pakai sunscreen yang ada SPF. Better elakkan combination.

Lumivie Moisturizing Cream


Rasakan kelembapan kulit yang luar biasa apabila pelembap ini mula menyerap ke dalam kulit agar kulit muka hidrat sepanjang hari. Tekstur dan lapisan kulit akan bertambah cerah sekata.


Selepas 8 minggu penggunaan, ia mampu meingkat kadar kelembapan kulit, kecerahan kulit dan tona kulit lebih sekata. Pon guna banyak ni jer. Dah kata jimat kan???

Lumivie Black Sheet Mask


Mary Kay lumivie black sheet mask ini di hasilkan di Korea (Mary Kay juga punyai kilang di Korea juga tau selain di US). Arang Binchotan adalah serat kayu arang dari pokok oat ubame dari Wilayah Wakayama, Jepun. Ujian membuktikan masker ini menyerap lebih 700% keberatan dalam bentuk air.

Bayangkan, biasanya 30ML serum kita habiskan dalam tempoh 4-5 bulan, tapi kita pakai kekuatan 30ml serum pada 1 MALAM?😱 tentulah hasilnya lebih wowwww bukan? 😉 Siapa ada masalah jeragat , parut jerawat, kusam, gelap .. wajib pakai black mask ni'

REVIEW

Sejujurnya masa awal penggunaan Botanical Effect, ena dah mula give up takut tak dapat capai hasil yang ena nak. Tapi atas nasihat Beauty Consultant untuk bersabar, ena teruskan jugak ternyata berbaloi. Kesan paling ketara ena nampak bila ena berjemur bawah sinaran matahari lama, kulit tak berbelang atau gelap. Sedangkan dulu ena ni tak boleh berpanas kejap confirm muka kemerahan dan berbelang. Ehh puas hati lah... Itu lah beza yang ena nampak. 

Keduanya tak perlu makeup tebal terutama foundation. Kalau dulu ena perlu guna foundation jenis compact tapi sekarang ena gunakan jenis liquid tidak bercapuk langsung dan tidak merekah. Percayalah ia berbaloi untuk dimiliki.

Perasan tak dari awal sampai akhir asyik ulang ayat sama "melembapkan"? Itulah kata kunci untuk pudar jeragat. Punca jeragat disebabkan kulit kering. Dulu kulit ena kering sampai tahap tepi hidung selalu mengelupas. Jadi gali ilmu baru lah decide nak guna apa. 


Jika korang nak cuba sample dulu, takde masalah boleh je contact nombor di bawah sebab ena merupakan Beauty Consultant berdaftar sejak 2018. 



Jom sokong Projek #sidekicks Mengurangkan Risiko Stillbirth, Kematian Bayi Dalam Kandungan

Pengalaman kehilangan Bayi dalam kandungan sebanyak 2 kali

Ini merupakan gambar throwback kehamilan untuk berkongsi kisah yang ena lalui sendiri kehilangan bayi dikandungkan. Sejujurnya ia memberi kebimbangan yang tinggi di dalam diri semasa hamil kali ke-tiga dan ke-empat sebab trauma yang dilalui sebelum itu. Jadi doktor memberi suntikan "Duphaston" untuk kuatkan rahim. 

Setiap kali kandungan mencecah usia 15 minggu mesti ena susah tidur malam sebab pada usia itulah ena keguguran. Jadi amat penting buat para ibu untuk sentiasa alert setiap gerakan baby dan jika merasa tidak sedap hati, terus saje ke Hospital buat pemeriksaan perut. Ena tak dapat bayangkan perasaan ibu yang kehilangan anak baru dilahirkan. Sangat perit untuk terima hakikat.


Oleh itu, apabila ada kempen terbaharu iaitu #ProjectSidekicks sudah tentu ena sangat sokong kerana ena ingin semua ibu-ibu mempunyai kehamilan yang selamat dan sihat. Projek Sidekicks bertujuan untuk mengurangkan risiko 'stillbirth' untuk ibu bapa dengan menyokong kepentingan kesihatan mental yang baik di samping langkah-langkah yang perlu diambil, seperti posisi tidur di sebelah kiri dan mengira tendangan. 

"Stillbirth adalah bilamana bayi baru sahaja meninggal dalam kandungan termasuklah ketika dalam proses kelahiran bayi tersebut"

Projek #sidekicks dilancarkan pada 15 Julai 2020


Pada tahun 2018, sebanyak 105,000 kes kelahiran mati telah dicatatkan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini bermakna, setiap hari dalam 286 keluarga telah menerima berita buruk tentang kelahiran bayi mereka yang cukup bulan tidak dapat diselamatkan. Sedangkan, sebahagian daripada kematian itu dapat dielakkan.

Kerana itulah theAsianparent melancarkan Project Sidekicks. Kami ingin mengurangkan kadar kelahiran mati di Asia Tenggara sebanyak 10% dengan meningkatkan kesedaran dalam mengira pergerakan bayi, tidur mengiring ketika hamil, berhenti merokok, dan pentingnya mempunyai sistem sokongan kepada bakal ibu juga kepada ibu bapa yang pernah mengalami keguguran kandungan. 

Bantu ibu bapa dan bakal ibu bapa dengan memberi sokongan, berkongsi pengalaman dan menggalakkan 3 langkah penting ini untuk semua bakal ibu!

1. Tidur mengiring 
2. Kira pergerakan bayi 
3. Tidak merokok

Roshni Mahtani, Group CEO, theAsianparent

"Kesihatan mental sering diabaikan dan merupakan aspek yang penting untuk mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat, Di samping langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Bantu untuk meningkatkan kesedaran kempen ini dengan mempromosi dan berkongsi pengalaman anda"

Ketahui lebih lanjut di https://www.project-sidekicks.com/my/

GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena dan Menjaga Kesihatan

Pelaburan berbaloi miliki GETHA 100% Natural Latex Pillow 


Ena nak sharing jenama bantal yang membuatkan tidur selesa sepanjang malam. Haa.. Pasal bantal pon nak cerita ke??? Mesti lah nak sharing sebab banyak benefit bantal ni. Apa yang special bantal daripada GETHA 100% Natural Latex ni korang boleh pilih ikut keperluan badan sendiri, bukan suka-suka beli sebab promosi atau cantik je. Contohnya ada pilihan untuk kulit awet muda, aktif bersukan, alahan dan banyak lagi ! Memang rambang mata nak beli. Sebelum ena cerita lebih lanjut bantal apa ena gunakan, jom kita perhatikan korang jenis tidur yang mana.

Pemilihan bantal harus tepat dengan keperluan badan


Bila dah tahu apa jenis masalah tidur tak lena, baru lah kita boleh pilih bantal yang sesuai untuk kekal sihat.

Disebabkan ena menyusukan anak mengiring pada waktu malam, sudah tentu akan mudah lenguh di bahagian leher sehingga bahu. Kadang sampai double pillow sebab asyik meleper je. Pagi-pagi kena tepuk balik bantal bagi tegang. Lepastu mula lah salahkan bantal bila sakit kepala. Oleh itu, ena memerlukan bantal yang boleh memberikan sokongan sempurna untuk tulang belakang, kepala dan leher. Lagi-lagi ena ni jenis side sleepers (Tidur Sisi). 

GETHA 2 Zone Latex Pillow

Menggunakan rekabentuk eksklusif 2 Zon untuk memaksimumkan sokongan pada bahagian kepala, leher dan bahu. Disarankan untuk golongan remaja sehingga dewasa, GETHA 2 Zone Latex Pillow adalah pilihan yang sesuai untuk tidur telentang dan tidur sisi. Ia juga sesuai untuk tubuh kecil molek macam ena ni. Ditambah pula selalu sakit belakang.
Lihat pada saiz memang puas hati, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Saiz medium ngam untuk ena. Sumayyah pon boleh baring sebelah. Harga asal RM289.00 tapi ada diskaun 10% cuma RM260.10

GETHA 100% Natural Latex Windy Pillow


Mempunyai pengaliran udara poket takungan berbilang untuk mendapatkan rehat yang nyaman dan segar ketika tidur. Ruang udara didalamnya tidak mudah menangkap debu bagi memastikan persekitaran tidur yang sihat. Kepala tidak berasa hangat sangat sesuai jika bekerja di bawah tekanan seperti suami ena di bawah PDRM.



Sesuai untuk semua peringkat umur, tidur telentang dan lebih suka bantal yang sangat lembut. Saiz lebih besar dan tebal. Tapi walaupun pada pandangan nampak macam tebal, bila baring tersangatlah lembut dan tidak akan menggeleber ke bawah. Memang sesuai untuk suami. Tambahan pula ada resdung. Kena lah pakai bantal berkualiti dan sihat. Harga asal RM339.00 tapi ada diskaun 24% hanya RM259.00

Ciri dan Kelebihan GETHA 100% Natural Latex:

• Beratus-ratus lubang dicipta untuk sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar secara berterusan. Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur, berasa nyaman dan memberikan kesegaran.


• Tahan lama dan direka untuk keselesaan tertinggi, produk GETHA 100% Natural Latex tidak akan melekuk, tidak akan menggeleber dan mengekalkan bentuknya selama bertahun-tahun dengan sokongan yang berterusan.


• Dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan. GETHA 100% Natural Latex tahan terhadap kulat. Ia juga mempunyai sifat Antimikroba semula jadi yang menentang hama debu dan alergen lain yang memberi kesan alahan dan kerengsaan kulit serta gatal-gatal hidung seperti tungau dan kutu katil. 

• Diuji dan diluluskan terhadap bahan berbahaya mengikut keperluan ECO Eropah. Ia tidak beracun,  hypoallergenic semula jadi dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma.

• Sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang. Sokongan melembutkan titik tekanan dan secara keseluruhan dapat mengurangkan gangguan tidur.


• Direka dan dibentuk khas, GETHA 100% Natural Latex diketuk langsung dari sumber semula jadi bumi - pokok getah, dan dihasilkan mengikut standard yang tepat. Ia mesra alam dan tidak membahayakan alam sekitar


5 years in a row winning the world branding award at Kensington Palace


"Memberikan sokongan yang sempurna untuk tulang belakang, kepala dan leher anda, untuk pengalaman tidur yang sungguh santai! Tambahan pula, produk kami yang direka untuk 5 pancaindera termasuk minyak pati, lilin, penutup mata, dan banyak lagi, yang direka khas untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena. Pusat Terapi Tidur Getha kami juga dirancang dengan bahagian 5 deria untuk membimbing anda dalam mewujudkan tempat perlindungan tidur yang sempurna. Dengan hanya beberapa perubahan ringkas, bilik tidur anda akan berubah menjadi syurga malam yang tenang!"

Toxic Free, Luxury & Eco Friendly


Percayalah. walaupun agak pricey tapi ia berbaloi sesuai dengan kualiti bahan semulajadi buatan Malaysia. Tapi perasaan seperti di peringkat Antarabangsa ! Selepas membuat pembelian, jangan lupa untuk daftar warranty produk secara online dan akan terima lagi kupon percuma RM10 untuk pembelian seterusnya.

Layari online store GETHA :

100% Natural Latex VS Polyurethane Foam

Lihat video di bawah perbezaan menggunakan bantal daripada jenama lain.



A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on