ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Pak Choy Sos Tiram


Kalau teringin makan dah tak payah pergi The Chicken Rice Shop 😁 boleh buat sendiri. Senang ya amat. Ena follow resepi Mama Maszull. Thanks mama share resepi 😘. Kuah dia pula suka hati lah nak banyak mana kan. Tapi janganlah sampai banjir tenggelamkan sayur nanti tak kick rasanya. Sayur kena just nice makan krup krap gituuu...Kalau dah layu hilanglah rasa kesegaran sayur.
Bahan ( 2 orang makan) 

1. Sayur Pak Choy 
2. Bawang putih 2 ulas
3. Ikan bilis 
4. Sos tiram
5. Bawang goreng

Cara memasak

1. Leraikan setiap helai sayur dan basuh sehingga bersih 

2. Cincang halus bawang putih

3. Basuh bersih ikan bilis

4. Masukkan sedikit minyak dah tumis bawang putih dan ikan bilis sehingga garing

5. Masukkan sos tiram 4 sudu dan kacau rata

6. Masukkan sayur dan kacau. Tambah sedikit air untuk berkuah tetapi jangan cair. Tak perlu garam sebab dah masin. Jangan masak terlalu lama supaya tak layu

7. Hidang ke dalam pinggan dan taburkan bawang goreng

2 Chantiq Manis:

MShahrulnizam said...

Sedapnya... rajinya dan pandai awak masak....

mamapp said...

Ok ininsedap mama suka