ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Kentang Putar


Ena selalu buat kentang putar ala-ala KFC tapi dah guna macam-macam susu masih tak dapat sama rasa. Jadi kali ni resepi ena sharing menjadi rasanya hampir sama, InsyaAllah sedap di makan panas-panas asalkan tak di ubah acuannya..hehe. Tapi tak tahu lah tekak korang. Nak tahu sama ke tidak cubalah sendiri. Kalau mertua makan bertambah makna sedaplah kan.hahahaha..

Bahan

1. Kentang 5 - 8 biji (Kalau saiz kecil ambil 8 biji)
2. Buttercup
3. Susu segar HL
4. 1 biji bawang besar
5. 2 biji bawang putih
6. 2 sudu tepung gandum
7. Air masak 1 cawan
8. 1 Kiub pati ayam maggi
9. 2 sudu sos black pepper maggi
10. 1 sudu kicap manis


Kentang

1. Rebus kentang dalam air sampai tenggelam selama 15minit @ sampai empuk

2. Tos air, kemudian masukkan semula kentang dalam periuk dan lenyek ketika masih panas

3. Campur 3 sudu buttercup dan gaul rata. Kemudian letak susu HL dalam 1 cawan atau agak-agak lembutkan kentang 


Kuah blackpepper

1. Blend kering bawang besar dengan bawang putih. Blend sampai halus, jangan tumbuk @ hiris

2. Bancuh tepung gandum dengan air masak 1 cawan

3. Panaskan butter 2 sudu dalam periuk

4. Masukkan bawang blend dan tumis sampai kekuningan

5. Masukkan bancuhan tepung. Kalau pekat sangat boleh tambah air.

6. Masukkan 1 kiub pati ayam Maggie 

7. Masukkan 2 sudu sos blackpepper Maggie

8. Masukkan kicap 1 sudu untuk nampak color gelap. Kacau sehingga mendidih dan siap untuk dihidang

9 Chantiq Manis:

Cuya said...

wah nampak sedapp

Fadzil Ahmad said...

Dulu pernah kerja manhattan fishmarket tu. Buat kentang putar guna serbuk je. Jadi sedap jugak. Resipi asli ni mesti lagi sedap. Nk try buat, anak kecik suka betul mkn kentang

mamapp said...

Sedapnya. Mudah aje nak buat

Nina Mirza said...

Kat rumah kak nina,
atok kentang sentiasa ada sebab Suka jugak buat kentang putar. AnakAnak-anak suka makan kentang, menu santai kami pun berasaskan kentang, nak cepat goreng jer, rajin sikit baru buat kentang putar. Thanks resipi

AyuArjuna BiGoshh said...

Feveret anak. Sedap kalau makan oanas2. Buat oun xdela susah mana

Fanahalim said...

Haa jumpa pun resepi macam ni. Maleh nak mencari je. Hee~. Nak pi beli kentang lah kejap lagi!

Sis Lin said...

Haritu konon nak buat juga, sekali tak jadi, beriye beli kentang bagai..lastlast jadi fries hahahaha....senang je kann..nanti nak try juga..

Zharif Azis said...

mudah je kan sebenarnya nak buat kentang putar. tapi rasa malas betul nak bertukang dekat dapur tu. selalu beli kfc punya kentang putar je.lepas nie bolehlah try buat sendiri

Ruby said...

Fuhh ni pun dah lama akak tak buat. Padahal senang aje. Hahaha. Busy bebenor.