ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Lemang Kukus Cawan


Kalau ada yang perasan, ena ada sharing banyak resepi makanan di INSTAGRAM cuma tak sempat nak abadikan dalam blog. Tak sangka "reach" di IG agak tinggi sebab orang suka cari resepi mudah. Ingat cari kat google dengan FB je.hehe..Resepi ni pon google je buat sama-sama mertua lepastu olah lah sendiri. 

Rindu lemang di kampung pon takde masalah, kita buat sendiri je 😆  Raya Haji kan dah nak dekat. Jadi jomlah cuba buat di rumah. Fuhhh sangat mudah, cepat dan sama sedap je. 🤤🤤

Bahan

1. 500g beras pulut 
2. 2 kotak santan KARA 200ml
3. Garam dan air untuk cairkan santan
4. 8 cawan kertas
5. 8 helai daun pisang
6. Pengukus

Cara memasak

1. Cuci dan rendam beras pulut selama 2 jam. Kemudian tos kan

2. Masukkan santan ke dalam jag air dan bancuh bersama sedikit garam dan air sehingga santan sedikit cair

3. Balut daun pisang keliling cawan lebih 1cm tinggi daripada cawan

4. Letak beras pulut dalam 4 sudu  @ 3/4 cawan

5. Tuangkan santan sehingga beras pulut tenggelam @ lebihkan 1cm daripada paras beras pulut asalkan tak penuh cawan

6. Kacau rata supaya sebati

7. Kukus selama 1jam 30 minit atau 2 jam ke dalam pengukus yang sudah dipanaskan



8. Sejukkan lemang dahulu. Boleh buang lebihan santan di bahagian atas

9. Ambil gunting dan potong tepi cawan sebab lemang melekat susah untuk tarik keluar. Siap dihidang


**Pesanan 👉 Kalau nak bagi kerak tepi boleh masuk ke dalam oven dan bakar sebentar sehingga garing di bahagian luar daun

12 Chantiq Manis:

Sis Lin said...

Waaa senangnyaa lahaii...biasa Sis beli lemang segera tu haaa.. ni nanti bolehlah cuba buat gini haaaa

Nhazla Fikri said...

lah... senang sangat rupanya. nak buat sikit2 pun boleh. biasa kena buat setalam. jenuh nak habiskan. comel je saiznya

Kak Fas said...

Dah dekat nak Hari Raya Haji ni bole la cuba buat lemang sendiri..

Ruby said...

Ruby pun buat macam ni. Cuma guna tin nescafe, milo yang yang tinggi tu. Kalau masak macam ni, dijamin masak dan semua bahagian masak rata. Kalau bakar tu, tepi lemang berkerak tu ruby tak suka. Hehe

Fadima Mooneira said...

Yum......sedap nyer Lemang kukus cawan nie. Thank you for sharing your recipe.

Qaseh Dalia said...

Tak pernah try lagi masak lemang cara ni, biasa beli haha boleh cuba nanti

Mimie said...

Eh boleh try la buat lemang sendiri lepas ni. Sellau beli dekat orang je. Kadang dapat lemang keras sakit plak hati bila makan. Buat sendiri lahi puas hati kan

Mat Drat said...

senangnya sekarang nak makan lemang...

macam kena try juga ni, tertarik juga sbnrnya nak try

Farhana Jafri said...

raya haritu tak sempat nak try masak sendiri guna cara kukus ni. Tengok ramai yang share resipi pastu cakap sama je sedapnya dengan bakar guna api.

halimah muhiden said...

Wah.. Rajinnya ena masak nanti kak pun nak cuba sbb mudah jer buatnya

Tengkubutang said...

wahh .. nanti nak cuba lahh.. hubby suka sangat lemang.. boleh la try buat nanti.. Nampak sedap ni..

mamapp said...

Viral aritu tapi mama X buat pun hihij