Resepi Jagung Kukus Manis atau Cupcorn


Resepi jagung ni amat mudah tidak memerlukan banyak bahan dan tidak menggunakan kos yang mahal. Kalau di kedai nak tambah susu lebih pon kena cas. Lagi berbaloi buat je sendiri. Tambahan pula jagung mempunyai pelbagai Vitamin yang baik untuk tubuh badan. Jom buat sendiri Jagung Kukus Manis
.
Bahan

1. Jagung
2. Susu pekat @ cair
3. Marjerin
4. Garam


Cara hidangan

1. Letak isi jagung yang siap dipotong kecik tanpa batang dan letak dalam bekas plastik. Beli yang frozen lagi senang

2. Kukus jagung dalam 15 minit.  Jangan rebus dalam rendaman air nanti hilang kemanisan jagung

3. Dah siap masak, ambil satu senduk jagung dan masukkan ke dalam cawan

4. Letakkan marjerin 1 sudu dan kacau

5. Kalau takde susu cair boleh pakai susu pekat. Ambil 2 sudu susu pekat dan tambah air panas 1 sudu sahaja.

6. Garam tabur sedikit sahaja dan gaul rata. Siap untuk dimakan 😋

Post a Comment

6 Comments

Cuya said…
wah sedapnya....jemput singgah :)
Anonymous said…
Sedapnya...
mamapp said…
Sedapnya.. kebetulan Ada jagung bolehlah buat
Padin said…
kalau beli tu, sekejap sangat rasa makan dalam cup tu,
kalau buat sendiri.. nah ikutlah sukatang selera masing2 hahah