ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Mi Bandung Mudah guna Pes Ekspress Mi Bandung Warisan Tok Ayah

Mi Bandung Warisan Tok Ayah | Sepanjang ena duduk di Muar ni dah macam-macam pes cuba. Lepastu kalau ada Rumah Terbuka Hari Raya tu kalau satu hari jejak 6 rumah mesti akan ada 2 - 3 rumah buat Mi Bandung. So mane yang sedap ena akan tanya pakai pes apa. Meriah kau Rumah Terbuka di Muar ni. Sebulan raya tu ada je jemputan makan-makan ni. Cuma tahun ni je takde. Nanti ena share favourite pes ena. Tapi kali ni ena saje nak share menggunakan pes lain. Ini first time guna pes Warisan Tok Ayah. Daging Qurban pula banyak jadi terfikir nak buat Mi Bandung.hehe. So kite test try lah pes ni. Sedap ke idok??


Ena follow step resepi yang ada pada pes ini. Jadi bahan tu ikut sukalah nak tambah apa. Ena takde stok udang jadi just pakai daging. 1 paket boleh 4 - 6 orang makan tapi ena masak banyak guna 2 paket terus.

Resepi Penyediaan (8 orang makan)

1. Numee Gardenia 450g (Celur selama 10 saat dengan air panas dan tapis)
2. Daging (Siap direbus dan dihiris melawan urat)
3. Pes Mi Bandung Warisan Tok ayah 300g x 2 paket
4. Fishcake
5. Sayur sawi
6. Telur 2 biji (Pecahkan tanpa di kacau)
7. Sos cili
8. Sos tomato
9. Garam @ perisa tambahan
10. Hiasan seperti daun sup, lada dan bawang goreng


Cara Hidangan :

1. Masukkan air rebusan daging 6-10 cawan bergantung kepada kepekatan

2. Masukkan 2 paket terus pes mi bandung dan tunggu mendidih
3. Masukkan fishcake dan daging
4. Masukkan telur 2 biji secara berasingan dan biarkan tanpa dikacau
5. Masukkan sawi
6. Tambah sos tomato dan sos cili (Ini ena saje tambah untuk nampak kuah pekat)
7. Tambah perisa tambahan
8. Tuang atas mi yang telah dicelur, hiasan bersama daun sup, lada dan bawang goreng
9. Sedia untuk dihidangkan

Ini contoh daging yang siap direbus. Ena biasa masukkan daging besar seketul bersama air + garam + halia. Rebus selama 1 jam atau shingga empuk.


Kemudian hiris melawan urat untuk daging tidak liat dimakan





Cara pecahkan telur dan masukkan tengah mendidih. Jangan korang kacau pula untuk elak hancur


Jadilah seketul macam ni




Taraaa... Siap sudah

Bagi ena boleh tahanlah tapi still tak kick mungkin sebab ena tak cukup bahan juga. Ataupon mungkin dah biasa makan pes lain..hehe. So far ena bagi 3.5/5 bintang untuk pes ini. Lain tekak lain pendapatnya. Tunggu next entri ena share kuih sedap di Muar. Stay tuned....

Kebaikan Menggunakan Mamaway Baby Sling

Kebaikan Menggunakan Mamaway Baby Sling | Sebenarnya dah lama nak beli Baby Sling ni daripada hamil lagi tapi asyik tangguh je sampai dah bersalin.  Bukan takde Baby Carrier tapi besar dan tebal selepas digunakan tak boleh nak lipat kecil. Terus stop pakai masa anak pertama.

Berkenan tengok kawan share pakai mudah nak dukung anak kemana-mana. Masa mula-mula tu tak rasa penting sangat sebab anak first Sumayyah dah biasa duduk dalam Stroller kalau berjalan, tak pon ayah dia selalu dukung tapi bila masuk anak dua ni, dia punya penat lagi terasa sebab nak layan kerenah dua anak ni lain macam. Haha. 

Kakak pulak tangan nak dipegang je berjalan, ada adik ni lagi dia kuat cemburu. Mana nak pegang adik sebelah tangan lagi, jadi lenguh dibuatnya bila Safiyyah ni dah 7KG pada usia 6 bulan. Nak bawa stroller lagi lah malas sebab musim Covid-19 ni mana ada nak pergi shopping mall bawa anak. Setakat pergi pasaraya dan klinik untuk checkup. Jadi malas nak bawa stroller besar-besar masuk kereta dan keluar kereta. Banyak keje! Itulah luahan ena yang baru ada anak dua.hahahaha. 

Finally... ena jumpa Baby Sling yang sangat selesa dipakai. Sangat mudah dipasang, praktikal digunakan pelbagai cara dan sesuai digunakan kemana sahaja. Rambang mata betul tengok design, semua colour cantik-cantik. Tapi ena ni suka pakai color selamat boleh matching dengan semua baju.

Mamaway Baby Sling Perfect Baby Carrier from newborn to toddler


Apa yang ena suka adalah "HANDS FREE" Yeahh itulah yang ena suka tentang baby sling daripada Mamaway. Kain selendang yang panjang fit untuk semua saiz badan ibu-ibu. Sampaikan ada nurse tegur "ehh senyap pulak anak awak ye duduk dalam tu?" hehe...dia sukalah pandang muka ibu dia :) Takdelah tudung ena ni senget benget dikerjakan anak. Ia juga nampak bergaya sesuai dengan design yang kemas dan menarik.

Kenapa kena gunakan Mamaway Baby Sling?

1. N66 Double Rings
Tidak akan berpusing, membengkok, meregang, merubah bentuk atau mengalirkan haba kerana "Break test" telah dilakukan terhadap Ujian SGS dengan nombor report:  SGS-TW1186350 membuktikan yang kekuatan "Ring" mampu menahan beban sehingga 50 kg kerana "Ring" diperbuat dari 100% Nylon 6.6 bahan yang digunakan pada payung terjun yang lebih selamat.

2. Premium combed cotton 
Fabrik 100% kapas bernafas dan menyerap dimana ia lembut dan selamat pada kulit. 

3. Rekabentuk lebih selamat
Direka berdasarkan teori Spread Squat position (M&J) yang memberi manfaat besar untuk perkembangan pinggul dan kaki semula jadi bayi kerana ia juga diluluskan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk (Hip-Healthy) sihat pinggul.


M-Positon dengan peha tidak boleh dibiarkan tergantung di luar pembawa


Jockey Position dengan pinggul bayi dibengkokkan dan lutut sedikit lebih tinggi daripada punggung.


Logo Mamaway pada bahu dengan ciri reka bentuk keselamatan yang penting untuk memastikan pembawakan mudah.


4. Easy to pack & carry 
Reka bentuk poket simpanan tersembunyi mudah alih dan senang dibungkus. Logo yang korang nampak di bahagian hadapan manakala poket tersembunyi ini di bahagian belakang.  Cantik macam handbag. Dah selesai memakainya, just gulungkan semula dan masukkan ke dalam ruangan poket. Lepastu ena gantung di belakang pintu. Rasa nak pakai pon mudah je nak buka semula. Tidak perlukan banyak ruang untuk disimpan.


Jahitan sangat kemas, lihatlah kain selendang ini dijahit dengan lipatan ke dalam supaya bila ena pakai tidak nampak serabai atau bergulung. Senang cerita tak nampak pon renyuk ! Jadi ena nak bergaya pon takde masalah.

Masa ena pakai bawa Safiyyah cucuk 6 bulan sangat mudah dan selesa untuk berdiri atau duduk. Nampak tak muka Safiyyah selesa jerr dapat dakap ibu dia.hehe.. Ada 18 design yang menarik termasuk "Disney Collection". Confirm korang rambang mata tengok sebab lama juga ena nak pilih.haha. Ena memilih "Gingham Chunky Baby Ring Sling". Untuk melihat lebih banyak lagi design boleh klik link di bawah :


Jika korang berminat nak dapatkan barang kelengkapan ibu dan anak, boleh gunakan promo code ini "MAMABLOG-TINYNA" untuk enjoy RM15 diskaun bagi pembelian RM150 ke atas sah sehingga 30 November 2020.

MAMAWAY OFFICIAL MALAYSIA


Resepi Mudah Dengan Ayam Brand

Resepi Mudah Dengan Ayam Brand Ena ni jarang makan makanan dalam tin. Kebiasaannya beli yang segar terus dimasak. Kalau beli dalam tin pon sardin dan tuna untuk buat sandwich.hehe. Tapi ena jatuh cinta dengan pelbagai menu dalam tin daripada Ayam Brand ini. 


Ena bukan penggemar ikan Saba sebab pernah makan dalam tin jenama lain itu pon sebab suami salah beli jadi rasa dia tak berapa sedap. Tapi lepas cuba ikan Saba dalam tin jenama Ayam Brand ni ehh terus pula suka. Sebab ena suka makan ikan Tuna, jadi rasa dia lebih kurang je. Isinya lebih lembut dan lemak berbanding ena rasa daripada jenama lain.

Resepi masakan goreng Saba Mackerel Flakes dari Ayam Brand 


Jika korang suka makan ikan tuna, bolehlah mencuba  ikan Saba pula sebagai hidangan kegemaran selepas ini. Ena pon dah mula minat makan. Sebelum itu jom kita ketahui sumber ikan Saba

"Saba adalah perkataan Jepun yang bermakna Mackerel yang ditangkap dalam kawasan perairan Jepun di Laut Pasifik. Ia adalah makanan ruji masyarakat Jepun yang popular kerana khasiatnya, harga yang berpatutan dan keenakan rasanya. Mackerel saba kaya protein, vitamin, mineral, asid lemak omega-3 EPA dan DHA. Di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran Jepun."  - Sumber Harian Metro 

Nasi Goreng Bayam Brazil Chili Saba


Bahan (2 orang makan):

1. 2 ulas bawang putih
2. 1 biji bawang besar
3. 6 batang cili padi
4. Bayam Brazil
5. 1 tin Ayam Brand chili saba
6. Nasi sejuk

Cara memasak:

1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan cili padi
2. Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan Ayam Brand chili saba dan kacau rata
4. Masukkan nasi dan akhir sekali masukkan bayam brazil
5. Bubuh sedikit perasa dan kacau sehingga garing. Siap dihidang


Macaroni Goreng Saba


Bahan (2 orang makan):

1. 2 ulas bawang putih
2. 1 biji bawang besar
3. 6 batang cili padi
4. 1 tin Ayam Brand saba kepingan dalam minyak zaitun
5. Macaroni yang siap direbus

Cara memasak:

1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan cili padi
2. Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan Ayam Brand saba dan kacau rata sehingga garing. 
4. Masukkan macaroni dan kacau rata. 
5. Bubuh sedikit perasa dan kacau sehingga garing. Siap dihidang


Macaroni Goreng Tuna


Resepi ni simple je untuk anak makan tak pedas. Selalu buat sandwich tapi kali ni ena ubah resepi goreng macaroni.

Bahan (2 orang makan):

1. 2 ulas bawang putih
2. 1 biji bawang besar
3. 1 tin Ayam Brand tuna mayones
4. Macaroni yang siap direbus

Cara memasak:

1. Tumbuk lumat bawang putih dan bawang besar
2. Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan Ayam Brand tuna dan kacau rata sehingga garing. 
4. Masukkan macaroni dan kacau rata. 
5. Bubuh sedikit perasa dan kacau sehingga garing. Siap dihidang


Berselera anak dara ena makan.hehe. Kalau korang nak tahu sardin, tuna, dan saba Ayam Brand membekalkan Omega-3 dan nutrisi-nutrisi lain yang tinggi! Kajian telah mengatakan Omega-3 boleh membantu menaikkan fungsi otak, membantu dalam penglihatan, kurangkan tekanan darah tinggi, dan juga membantu individu kurangkan berat badan.

Kalau korang dah pening sangat takde idea nak masak apa, apa kata tengok pelbagai resepi dan unik sangat mudah je korang hanya klik di

ForAnjo Membelai Kulit Seperti Spa di Rumah

ForAnjo Membelai Kulit Seperti Spa di Rumah Setiap wanita mengimpikan kulit yang bersinar seperti wanita korea, selembut kulit bayi dan nampak muda ibarat bidadari. Itu lah yang cuba disampaikan oleh ForAnjo dalam misinya membuat anda berasa cantik dan muda. Sebutan "For Anjo" bermaksud "For Angle" di dalam bahasa Portugis Angle adalah Anjo. Mula-mula pelik juga dengar nama ni tapi unik didengar. 

Rangkaian Produk dari ForAnjo

Diformulasikan di Switzerland dan pembuatan di Hongkong, China ini mempunyai 5 produk iaitu:

1. ForAnjo - Revival EX Hyaluronic Acid Anti-Aging Serum RM108.00

2. ForAnjo - Revival Hyaluronic Acid Brightening Serum RM68.00

3. ForAnjo - Time Reversal Anti-aging Essense RM258.00

4. ForAnjo-Extreme Repairing Hydration Hand Glove RM198.00

5. ForAnjo- Extreme Repairing Hydration Foot Sock RM198.00

Harga produk ini memang agak pricey tapi nama pon dibelai manja seperti bidadari, ibarat kita buat rawatan Spa dirumah. Ia berbaloi digunakan. Korang pernah dengar Masker tangan dan kaki?? Eh.. ena first time dengar taw. agak teruja nak mencubanya.


Sesuai untuk dijadikan surprise gift kepada yang tersayang kerana ia didatangkan dengan kotak yang eksklusif. Hati berbunga semsa menerimanya. Rasa betul-betul dihargai ForAnjo. Thank You ForAnjo buat ena rasa disayangi.

Rawatan wajah


ForAnjo - Time Reversal Anti-aging Essense

Bahan utamanya adalah hydrolyzed collagen zinc, sodium hyaluronate, hexapeptide-1 dan SYN-AKE selamat digunakan ke dalam kulit kita melalui teknologi nano. Dengan itu mencapai kesan anti-penuaan dan pencerahan.

Manfaatnya adalah:
• Menyegarkan dan mudah diserap.
• Menegangkan kulit dan menghilangkan kedutan.
• Mengisi semula kolagen kulit untuk menjadikan kulit penuh keanjalan.
• Melembapkan kulit.
• Mengurangkan garisan halus dengan berkesan dan melambatkan penuaan.
• Lembut pada kulit dan liang pori bebas bernafas.

Gunakan selepas pencuci, penyegar dan pelembab muka anda, kemudian titiskan 2-3 essence dan sapukan keseluruh wajah dan leher.




ForAnjo - Revival Hyaluronic Acid Brightening Serum (Siang)

Manfaat daripada kekuatan 3 saiz Asid Hyaluronik yang membantu menguatkan kulit, mengatur kelembapan, melindungi kulit dari faktor luaran dan melembutkan garis halus dengan segera. 

ForAnjo Revival Hyaluronic Acid Brightening Serum berkesan membantu penghidratan kulit, pencerahan dan pengurangan kedutan. Memberi kulit awet muda dan cerah.


ForAnjo - Revival EX Hyaluronic Acid Anti-Aging Serum (Malam)

Kekuatan Hyaluronic Acid dan SYN-AKE yang membantu menguatkan kulit, mengawal kelembapan dan melindungi kulit dari faktor luaran. Sifat pembaharuan SYN-AKE anti-penuaan Hyaluronic Acid membantu melembapkan dan melembutkan garis halus dengan segera. 

ForAnjo Revival EX Hyaluronic Acid Anti-Aging Serum berkesan membantu penghidratan kulit, pencerahan dan pengurangan kedutan. Memberi kulit awet muda dan cerah.

Digunakan selepas ForAnjo - Time Reversal Anti-aging Essense

ForAnjo juga membelai tangan dan kaki

Part ni memang ena teringin nak cuba sebab biasa guna masker muka je.  Lepastu malam ena cuma pakai lotion untuk sapu pada tangan dan kaki sebelum tidur. Yang bagusnya ia tidak buatkan korang buang masa begitu saje! Boleh buat kerja lain dalam satu masa tanpa menggangu proses spa kulit korang.

ForAnjo-Extreme Repairing Hydration Hand Glove & ForAnjo- Extreme Repairing Hydration Foot Sock

Dapat menambah penghidratan dan kelembapan kulit yang mendalam dengan berkesan. Ia mengandungi 3 jenis asid hyaluronik termasuk Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid dan Sodium Acetylated Hyaluronate dengan lembut memperbaiki kulit tangan & kaki yang kering dan rosak, kekeringan, kekasaran, alahan dan membuatkan kulit lembut yang cerah.


Ia nampak seperti sarung tangan biasa tapi didalamnya berisi cecair


Yang bagusnya boleh buka hujung jari untuk mudahkan ena sentuh skrin handphone tanpa basah

Selepas memakai selama 10 hingga 20 minit, tanggalkan sarung dan buat urutan supaya lebihan cecair akan meresap pada kulit

Lihatkan perbezaan selepas menggunakannya. Kulit tangan jadi lebih lembut. Maklumlah di siang hari asyik basuh botol susu anak dan kerap sabun tangan, confirm mudah kering. Bestnya dapat rawatan Spa hanya di rumah. Boleh digunakan 2-3 kali seminggu untuk dapatkan result yang lebih baik. 

Jadi jika korang berminat untuk merasakan set Spa di rumah boleh lah dapatkan harga promosi di https://www.foranjo.com/ dengan menggunakan kod "TINYNASWEET8" dan penghantaran percuma!

ForAnjo Contact :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM


Skincare Tutorial

View this post on Instagram

@foranjo_deservetobeangel Membelai Kulit Seperti Spa di Rumah Sebutan "For Anjo" bermaksud "For Angle" di dalam bahasa Portugis Angle adalah Anjo yang diformulasikan di Switzerland dan pembuatan di Hongkong, China ini merangkumi 3 produk wajah iaitu: 1. ForAnjo - Time Reversal Anti-aging Essense Bahan utamanya adalah hydrolyzed collagen zinc, sodium hyaluronate, hexapeptide-1, dan SYN-AKE selamat digunakan ke dalam kulit kita melalui teknologi nano mencapai kesan anti-penuaan dan pencerahan 2. ForAnjo Revival Hyaluronic Acid Brightening Serum (Siang) 3. ForAnjo - Revival EX Hyaluronic Acid Anti-Aging Serum (Malam) Kedua-duanya berkesan membantu penghidratan kulit, pencerahan dan pengurangan kedutan. Memberi kulit awet muda dan cerah Product detail please visit http://Foranjo.com #Foranjo #DeserveToBeAngel #Angelproject #skincare #hyaluronicacid #Revival #EX #beautyblogger #bloggerjohor #bloggermalaysia #jdtblogger #vlogger #vlogtinynasweet

A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

JDT Blogger Meraikan #WeGetTogether JDTB 2020

Sambutan JDT Blogger We Get Together 2020 


Pada 8/8/2020 yang lalu, kami team JDT Blogger telah mengadakan sambutan meraikan event JDT Blogger di GBW Hotel, Johor Bahru dengan bertemakan #WeGetTogether #JDTblogger2020

- Tema Event : Merah Biru Putih (Belon), Gold Hitam (Alas Meja Kursi)
- Tema Pakaian : BEBAS SOPAN
- Sabtu 8/8/2020 Jam 12 - 3pm

ATURCARA

Sabtu 8.8.2020 GBW Hotel 12-3pm 

1200 Kehadiran tetamu
1215 Majlis bermula
1217 Alu-aluan Presiden JDTB Sis Lin
1225 Makan 
1240 Persembahan
1255 Cabutan Bertuah 1 
0105 Game Time
0135 Cabutan Bertuah 2
0145 Tukar-tukar Hadiah
0215 Perkongsian dari Cik Lily Putih
0225 Cabutan Bertuah 3
0235 Upacara Potong Kek
0240 Bergambar
0300 Bersurai

Alhamdulillah majlis kami berjalan dengan lancar. Walaupun ramai team blogger johor yang tidak dapat hadir bersama tetapi majlis tetap meriah dengan kehadiran seramai 11 ahli JDT Blogger. Untuk melihat senarai ahli boleh rujuk di SENARAI AHLI JDT BLOGGER


Terbaiklah Presiden Sislin yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan semangat kepada kami. Tanpa sislin mungkin kami takkan dapat gathering bersama.


Majlis takkan lengkap tanpa Emcee Kak Ajan. Kami terhibur.






Game time. Pecah perut tengok gelagat masing-masing. Pehh habis mascara ena kena biskut.hahahaha




Dapat hadiah bekas pasu bunga :)


Seterusnya kami bertukar-tukar hadiah bersama team. Kak Sunah Sakura yang bertuah


Ena pula dapat hadiah daripada Leya. Thank you leya dapat set jug minuman dan cawan.


Tetamu undangan Blogger Cik Lily Putih. First time jumpa dan happy dapat dengar tips daripada beliau. Menulislah sebab minat bukan sebab nak kejar income.gituuu...


Yeahh menang lucky draw "English 3-tier Hi-Tea set for 2" daripada Thistle Johor Bahru

Tadaaa... rezeki set di atas tapi ena hadiahkan baucer kepada mentua yang akan sambut anniversary bulan ni.


Havoc kan kami. Sampai sekarang tak boleh lupakan moment indah ini.


Cik Lily putih very humble. Sentiasa senyum dan ramah


Teruja jugak sebab first time dapat jumpa blogger otai Kak Mia Liana. hehe.. Gila tak minat dan follow.



1/2 cake of the day percuma dalam pakej menu

Acara akhir sebelum bersurai kami memotong kek bersama


Korang mesti tertanya di mana kami buat event kan. Ena sangat berpuas hati sebab makanan banyak sangat tapi harga RM30 sahaja satu kepala. 

Korang boleh juga booking untuk majlis lain di GBW Hotel Johor Bahru untuk Pakej Majlis Sambutan seperti
📌 Hari Ulang Tahun
📌 Perjumpaan
📌 Perpisahan
📌 Majlis Graduasi, dan lain - lain

✅Harga Dewasa RM30.00nett sahaja.
✅Harga Kanak-kanak RM15.00nett (4-10tahun).
✒️(Minima 10 orang dewasa)

Pakej merangkumi:
⭐Percuma Hiasan Asas
⭐Percuma 1⁄2 KG Kek
⭐Penggunaan sistem PA secara percuma
⭐Minuman kordial percuma
⭐Menu Tempatan & Antarabangsa

Apa set makan dapat dengan harga RM30??? Berbaloi atau tidak


Kami sepakat memilih Set menu A daripada 3 pakej diberikan

Appetizer


Prawn avocado sald with Buffalo Mozzarella Cheese assorted finger sandwich


Hidangan pertama


Sardine puff


Chicken boxing with chili dip dan Homemade mini beef burger. Burger ni sumpah sedap dok ulang makan tak pandang lain dah.. Roti sangat lembut dan lemak, Isi daging pon lemak juicy.

Hidangan kedua


Pasta Carbonara


Nasi goreng kampung

Hidangan ketiga


Bubur cha cha


Cream of wild mushroom soup served with soft roll and butter

Dessert


Assorted tart eggs and fruit, durian cream puffs


Assorted cut fruits


Mini muffins and cupcakes



Media tag rasmi JDT Blogger tapi nama blog salah plak.hahaha... redha jelah.


Cantik sangat mug ni. 


Senarai TERKINI semua hadiah/goodies/tajaan

Terima kasih juga kepada para penaja cabutan bertuah dan goodies bag:

Cake & Pulut Kuning GBW Hotel
Florentine Cookies by mama DD Lyea Dieya
Pes Mi Bandung Muar Original Warisan Tok Ayah Siti Suziana Mustakim
Mask Extender by Cahaya Medini
Lychee Juice by Helmi Julia
Bekas kaca from Farahuda Hud



Sumayyah pon dapat goodies kids. Alhamdulillah banyak rezeki sponsorship pada hari kejadian #WeGetTogether.

InsyaAllah.. jika ada rezeki kita jumpa di #DayTripJdtBlogger & #JelajahJohorJDTB