ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Mudah Dengan Ayam Brand

Resepi Mudah Dengan Ayam Brand Ena ni jarang makan makanan dalam tin. Kebiasaannya beli yang segar terus dimasak. Kalau beli dalam tin pon sardin dan tuna untuk buat sandwich.hehe. Tapi ena jatuh cinta dengan pelbagai menu dalam tin daripada Ayam Brand ini. 


Ena bukan penggemar ikan Saba sebab pernah makan dalam tin jenama lain itu pon sebab suami salah beli jadi rasa dia tak berapa sedap. Tapi lepas cuba ikan Saba dalam tin jenama Ayam Brand ni ehh terus pula suka. Sebab ena suka makan ikan Tuna, jadi rasa dia lebih kurang je. Isinya lebih lembut dan lemak berbanding ena rasa daripada jenama lain.

Resepi masakan goreng Saba Mackerel Flakes dari Ayam Brand 


Jika korang suka makan ikan tuna, bolehlah mencuba  ikan Saba pula sebagai hidangan kegemaran selepas ini. Ena pon dah mula minat makan. Sebelum itu jom kita ketahui sumber ikan Saba

"Saba adalah perkataan Jepun yang bermakna Mackerel yang ditangkap dalam kawasan perairan Jepun di Laut Pasifik. Ia adalah makanan ruji masyarakat Jepun yang popular kerana khasiatnya, harga yang berpatutan dan keenakan rasanya. Mackerel saba kaya protein, vitamin, mineral, asid lemak omega-3 EPA dan DHA. Di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran Jepun."  - Sumber Harian Metro 

Nasi Goreng Bayam Brazil Chili Saba


Bahan (2 orang makan):

1. 2 ulas bawang putih
2. 1 biji bawang besar
3. 6 batang cili padi
4. Bayam Brazil
5. 1 tin Ayam Brand chili saba
6. Nasi sejuk

Cara memasak:

1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan cili padi
2. Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan Ayam Brand chili saba dan kacau rata
4. Masukkan nasi dan akhir sekali masukkan bayam brazil
5. Bubuh sedikit perasa dan kacau sehingga garing. Siap dihidang


Macaroni Goreng Saba


Bahan (2 orang makan):

1. 2 ulas bawang putih
2. 1 biji bawang besar
3. 6 batang cili padi
4. 1 tin Ayam Brand saba kepingan dalam minyak zaitun
5. Macaroni yang siap direbus

Cara memasak:

1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan cili padi
2. Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan Ayam Brand saba dan kacau rata sehingga garing. 
4. Masukkan macaroni dan kacau rata. 
5. Bubuh sedikit perasa dan kacau sehingga garing. Siap dihidang


Macaroni Goreng Tuna


Resepi ni simple je untuk anak makan tak pedas. Selalu buat sandwich tapi kali ni ena ubah resepi goreng macaroni.

Bahan (2 orang makan):

1. 2 ulas bawang putih
2. 1 biji bawang besar
3. 1 tin Ayam Brand tuna mayones
4. Macaroni yang siap direbus

Cara memasak:

1. Tumbuk lumat bawang putih dan bawang besar
2. Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk
3. Kemudian masukkan Ayam Brand tuna dan kacau rata sehingga garing. 
4. Masukkan macaroni dan kacau rata. 
5. Bubuh sedikit perasa dan kacau sehingga garing. Siap dihidang


Berselera anak dara ena makan.hehe. Kalau korang nak tahu sardin, tuna, dan saba Ayam Brand membekalkan Omega-3 dan nutrisi-nutrisi lain yang tinggi! Kajian telah mengatakan Omega-3 boleh membantu menaikkan fungsi otak, membantu dalam penglihatan, kurangkan tekanan darah tinggi, dan juga membantu individu kurangkan berat badan.

Kalau korang dah pening sangat takde idea nak masak apa, apa kata tengok pelbagai resepi dan unik sangat mudah je korang hanya klik di

13 Chantiq Manis:

Sis Lin said...

Ehhh ko sama macam anak Sis, suka masak Tuna ni dalam makaroni atau megi goreng... pelik nauu rasa hahahaha

Atie Zieya said...

yummynyaa tgk.. terliur

Wan Zawawi said...

Sedap kesemua menu tu

Huzaini Ismail said...

Memang sedap lah apa2 masakan kalau guna produk ayam brand ni...nampak makaroni tu sedap sis..boleh lah cuba nanti

Zharif Azis said...

Wahhh senang nak buat lah resepi nie. Nanti boleh cuba. Thanks for sharing ya. Mudah !

Farhana Jafri said...

baru tahu saba ni jenis ikan mackerel jugak. First time tahu pasal saba ni sebab selalunya beli tuna je dari ayam brand ni

Sunshine Kelly said...

Kat rumah pun kita ada stock-up makanan ayam brand ni, senang nak masak and sedap pulak tu.

AyuArjuna BiGoshh said...

Rajinnya dia. Btw
semua hidangan yg disediakan bersama bersama ayam brand

Izzati said...

Boleh bawak pergi pulau ni sebab biasanya pulau makanan mahal haha

Izzati said...

Good idea. Mungkin boleh bawa pergi pulau untuk save budget hehe

Mahamahu said...

Mudahnya resipi ini sangat berguna dan juga sedap kalau dapat rasa hehehe nak cuba juga lah yang penting kena gunakan Ayam Brand baru rasa sedapkan..

Fiza Aizzawa said...

duk mikir juga tak kan semua nk buat sandwich kan.. rupanya ade menu masakan..

ciktom said...

menarik semua resepi ena share ni..akak xpernah try lagi..biasa makan dgn orti jugak..hehe..nanti nak cubalah