ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Mi Bandung Mudah guna Pes Ekspress Mi Bandung Warisan Tok Ayah

Mi Bandung Warisan Tok Ayah | Sepanjang ena duduk di Muar ni dah macam-macam pes cuba. Lepastu kalau ada Rumah Terbuka Hari Raya tu kalau satu hari jejak 6 rumah mesti akan ada 2 - 3 rumah buat Mi Bandung. So mane yang sedap ena akan tanya pakai pes apa. Meriah kau Rumah Terbuka di Muar ni. Sebulan raya tu ada je jemputan makan-makan ni. Cuma tahun ni je takde. Nanti ena share favourite pes ena. Tapi kali ni ena saje nak share menggunakan pes lain. Ini first time guna pes Warisan Tok Ayah. Daging Qurban pula banyak jadi terfikir nak buat Mi Bandung.hehe. So kite test try lah pes ni. Sedap ke idok??


Ena follow step resepi yang ada pada pes ini. Jadi bahan tu ikut sukalah nak tambah apa. Ena takde stok udang jadi just pakai daging. 1 paket boleh 4 - 6 orang makan tapi ena masak banyak guna 2 paket terus.

Resepi Penyediaan (8 orang makan)

1. Numee Gardenia 450g (Celur selama 10 saat dengan air panas dan tapis)
2. Daging (Siap direbus dan dihiris melawan urat)
3. Pes Mi Bandung Warisan Tok ayah 300g x 2 paket
4. Fishcake
5. Sayur sawi
6. Telur 2 biji (Pecahkan tanpa di kacau)
7. Sos cili
8. Sos tomato
9. Garam @ perisa tambahan
10. Hiasan seperti daun sup, lada dan bawang goreng


Cara Hidangan :

1. Masukkan air rebusan daging 6-10 cawan bergantung kepada kepekatan

2. Masukkan 2 paket terus pes mi bandung dan tunggu mendidih
3. Masukkan fishcake dan daging
4. Masukkan telur 2 biji secara berasingan dan biarkan tanpa dikacau
5. Masukkan sawi
6. Tambah sos tomato dan sos cili (Ini ena saje tambah untuk nampak kuah pekat)
7. Tambah perisa tambahan
8. Tuang atas mi yang telah dicelur, hiasan bersama daun sup, lada dan bawang goreng
9. Sedia untuk dihidangkan

Ini contoh daging yang siap direbus. Ena biasa masukkan daging besar seketul bersama air + garam + halia. Rebus selama 1 jam atau shingga empuk.


Kemudian hiris melawan urat untuk daging tidak liat dimakan





Cara pecahkan telur dan masukkan tengah mendidih. Jangan korang kacau pula untuk elak hancur


Jadilah seketul macam ni




Taraaa... Siap sudah

Bagi ena boleh tahanlah tapi still tak kick mungkin sebab ena tak cukup bahan juga. Ataupon mungkin dah biasa makan pes lain..hehe. So far ena bagi 3.5/5 bintang untuk pes ini. Lain tekak lain pendapatnya. Tunggu next entri ena share kuih sedap di Muar. Stay tuned....

22 Chantiq Manis:

Atie Zieya said...

Ya Allah, lamanya tak makan mee bandung.. tgk daging dlm mee too.. terliur...
thank you kongsi resepi

sheayang said...

Tak pernah lagi try masak mee bandung.
Boleh la try nanti dengan pes ni.
Nampak mudah je.

Einaangel Network said...

OMG!!!!! Terliurnya tengok.. Okay..nak buat!
Thank you share taw darling! Yeayy

nurul aqidah azahar said...

dah lama tak makan mee bandung, wah..senang la kalau ada pes macam ni. taknyah pening2 dh cari resepi kan..

LampuHijau said...

Sedap mee bandung. LH suka jugak makan mee bandung ni nak-nak lagi kalau part telur dia tu goyang

sophea ◇ said...

baca resepi sambil telan air liur lah nampak nya , sedap . bahan bahan pun mudah nak beli kat mana mana .

Huda Halid said...

Sedap yer mee bandung. So far rempah meebandung yang huda dah cuba Mak Pon, brand lain kureng sikit.. haish, rindu yer my hometown Muar...

Nadia Johari said...

Sedapnyaa tengok.. Kene ada pes tu dulu baru boleh buat.. Tapi kalau ade org buatkan lagi best.. Heehe

AyuArjuna BiGoshh said...

ya ampun hari tu baru berkira-kira nak makan mee bandung ni..nampak entri ni terus terliur

Marina Bashah said...

Perut kelaparan tengok mee bandung. Senang nak masak ada perencah ni kan

Unknown said...

Aduhai...kebetulan tengah lapar ni. Bolehla Sal try nanti . Benda mudah ada tak perlu nak susah bagai sediakan bahan ye tak ??

SalinaJohari said...

Suka jugak kalau ada pes ni. memudahkan urusan nak masak. Kalau tak nak kena sediakan bahan tu satu persatu . Jenuh ...hehehe

Fadzil Ahmad said...

Sedapnya mee bandung. Lama giler tak makan. Teringin pula tgk mcm simple je resipi dia. Nanti free nak jumpa dekat rumah la

ciktom said...

sedapnya mee bandung ena masak..terliur plk tgok..rasa lapar pun ye ...hehe

Zharif Azis said...

mudahnya sekarang nak buat mee bandung. guna pes segera je. tak perlu pergi kedai lagi untuk beli kan. nak buat jugaklah

Mahamahu said...

Nampak gayanya lepas ni makin mudah nak buat juadah hidangan buat tetamu datang hidang Me Bandung dengan pes dari Tok Ayah ni hehehe best lah sedap lak tu...

Rawlins GLAM said...

Mudah je rupanya ye. Boleh la Rawlins share dengan my sis agar dia boleh try hehe

Izaramli said...

Sedapnya mee bandung! Fav iza ni. Resepi and cara nk buat nmpk senang je. Boleh try ni.

Ruby said...

Dulu mengidam mee bandung, memang cari pes lagi mudah nak sediakan mee bandung pure Muar. Jimat masa pula tu.

Galaksi Viral said...

Sedapnya mee bandung kak. 3.5/5 ? okey la tu kak. huhu

mamapp said...

yum.. yu sedapnya.. tetiba lapar mee bandung la plak

AlongMurni said...

Lapar tgk mee bandung mlm2 nie.. esok ptg nak pi cari mee bandung gak la.. nak masak mee bandung kena tggu hujung mggu le gamaknya..