ツ Teman Tapi Mesra

Kebaikan Menggunakan Mamaway Baby Sling

Kebaikan Menggunakan Mamaway Baby Sling | Sebenarnya dah lama nak beli Baby Sling ni daripada hamil lagi tapi asyik tangguh je sampai dah bersalin.  Bukan takde Baby Carrier tapi besar dan tebal selepas digunakan tak boleh nak lipat kecil. Terus stop pakai masa anak pertama.

Berkenan tengok kawan share pakai mudah nak dukung anak kemana-mana. Masa mula-mula tu tak rasa penting sangat sebab anak first Sumayyah dah biasa duduk dalam Stroller kalau berjalan, tak pon ayah dia selalu dukung tapi bila masuk anak dua ni, dia punya penat lagi terasa sebab nak layan kerenah dua anak ni lain macam. Haha. 

Kakak pulak tangan nak dipegang je berjalan, ada adik ni lagi dia kuat cemburu. Mana nak pegang adik sebelah tangan lagi, jadi lenguh dibuatnya bila Safiyyah ni dah 7KG pada usia 6 bulan. Nak bawa stroller lagi lah malas sebab musim Covid-19 ni mana ada nak pergi shopping mall bawa anak. Setakat pergi pasaraya dan klinik untuk checkup. Jadi malas nak bawa stroller besar-besar masuk kereta dan keluar kereta. Banyak keje! Itulah luahan ena yang baru ada anak dua.hahahaha. 

Finally... ena jumpa Baby Sling yang sangat selesa dipakai. Sangat mudah dipasang, praktikal digunakan pelbagai cara dan sesuai digunakan kemana sahaja. Rambang mata betul tengok design, semua colour cantik-cantik. Tapi ena ni suka pakai color selamat boleh matching dengan semua baju.

Mamaway Baby Sling Perfect Baby Carrier from newborn to toddler


Apa yang ena suka adalah "HANDS FREE" Yeahh itulah yang ena suka tentang baby sling daripada Mamaway. Kain selendang yang panjang fit untuk semua saiz badan ibu-ibu. Sampaikan ada nurse tegur "ehh senyap pulak anak awak ye duduk dalam tu?" hehe...dia sukalah pandang muka ibu dia :) Takdelah tudung ena ni senget benget dikerjakan anak. Ia juga nampak bergaya sesuai dengan design yang kemas dan menarik.

Kenapa kena gunakan Mamaway Baby Sling?

1. N66 Double Rings
Tidak akan berpusing, membengkok, meregang, merubah bentuk atau mengalirkan haba kerana "Break test" telah dilakukan terhadap Ujian SGS dengan nombor report:  SGS-TW1186350 membuktikan yang kekuatan "Ring" mampu menahan beban sehingga 50 kg kerana "Ring" diperbuat dari 100% Nylon 6.6 bahan yang digunakan pada payung terjun yang lebih selamat.

2. Premium combed cotton 
Fabrik 100% kapas bernafas dan menyerap dimana ia lembut dan selamat pada kulit. 

3. Rekabentuk lebih selamat
Direka berdasarkan teori Spread Squat position (M&J) yang memberi manfaat besar untuk perkembangan pinggul dan kaki semula jadi bayi kerana ia juga diluluskan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk (Hip-Healthy) sihat pinggul.


M-Positon dengan peha tidak boleh dibiarkan tergantung di luar pembawa


Jockey Position dengan pinggul bayi dibengkokkan dan lutut sedikit lebih tinggi daripada punggung.


Logo Mamaway pada bahu dengan ciri reka bentuk keselamatan yang penting untuk memastikan pembawakan mudah.


4. Easy to pack & carry 
Reka bentuk poket simpanan tersembunyi mudah alih dan senang dibungkus. Logo yang korang nampak di bahagian hadapan manakala poket tersembunyi ini di bahagian belakang.  Cantik macam handbag. Dah selesai memakainya, just gulungkan semula dan masukkan ke dalam ruangan poket. Lepastu ena gantung di belakang pintu. Rasa nak pakai pon mudah je nak buka semula. Tidak perlukan banyak ruang untuk disimpan.


Jahitan sangat kemas, lihatlah kain selendang ini dijahit dengan lipatan ke dalam supaya bila ena pakai tidak nampak serabai atau bergulung. Senang cerita tak nampak pon renyuk ! Jadi ena nak bergaya pon takde masalah.

Masa ena pakai bawa Safiyyah cucuk 6 bulan sangat mudah dan selesa untuk berdiri atau duduk. Nampak tak muka Safiyyah selesa jerr dapat dakap ibu dia.hehe.. Ada 18 design yang menarik termasuk "Disney Collection". Confirm korang rambang mata tengok sebab lama juga ena nak pilih.haha. Ena memilih "Gingham Chunky Baby Ring Sling". Untuk melihat lebih banyak lagi design boleh klik link di bawah :


Jika korang berminat nak dapatkan barang kelengkapan ibu dan anak, boleh gunakan promo code ini "MAMABLOG-TINYNA" untuk enjoy RM15 diskaun bagi pembelian RM150 ke atas sah sehingga 30 November 2020.

MAMAWAY OFFICIAL MALAYSIA


17 Chantiq Manis:

Decamellia said...

Seronoknya baby bonding baik punya dgn ibu dia. Best kan guna sling. Rasa anak dekat sgt dgn kita

Wan Zawawi said...

senang la bila dah ada carrier ni

Shida Radzuan said...

baby nampak selesa..dan dekat dgn kita..bagus carrier nih :)

ciktom said...

best kan guna ring sling ni..akak pun suka..senang nak dukung anak..

Kak Fas said...

Nampak mudah dan selesa fapi berapa harganya? Nak syorkan kat anak..

Atie Zieya said...

nampak selesa ja baby duduk dalam tu, org dulu2 ikat kain but ni ready made... so senang kan

kisah si dairy said...

dulu teringin nak pakai macam ni.Tapi disebabkan dah ada jenis yang lain, pakai jelah.
Anak nampak selesa kan bila pakai ring sling ni

xulhlmi said...

uwauuu mudah disimpan ye, and tengok baby tu pun macam selesa je duduk dalam tu. best ni untuk bagi hadiah kepada kawan2 yang baru bersalin

Zharif Azis said...

wahhhh ini betul2 memudahkan hidup ibu2 di luar sana yang busy dengan kerja dan kerja2 rumah. lepasnie boleh dokong anak sambil buat kerja

AyuArjuna BiGoshh said...

baby pun nampak selesa dengan sling ni..nanti boleh dapatkan untuk anak sedara satu

Marina Bashah said...

Nampak selesa je baby pakai ni. Boleh bagitau kakak. Kakak baru dapat baby

CXopportunities said...

Senang sangat ada mamaway baby ring ring ni. Mudah nak gerak kemana pon bawa baby. Baby pom seronok je. Tidur pon mudah

Mahamahu said...

Cantik nampak and baby nampak selesa dalam dakapan ibu bapa bila gunakan mamaway ni hehehe kita tak ada baby bawa anak kucing boleh dalam tu wakakakak but good style....

JMR said...

Nampak selesa je baby dok dalam sling ni. Elok sangat la sebab kami pun sedang mencari barang2 baby ni..

Sofinah Lamudin said...

Comel je ni... hehehe... boleh saya recommend kat kawan kawan yang ada baby sebaya dengan anak sis Ena... saya baru tahu juga tentang posisi yang betul kena M position... bagus produk ni...

iena eliena said...

Cantik mamaway baby sling tu...mudah bawak baby pakai baby sling kan..kawan2 yg ade baby pun suka pakai baby sling mcm ni

mamapp said...

boleh pakai lama ni