Jika sebelum ini ena ada share pelbagai resepi menggunakan roti putih, kali ni ena tambah lagi menu yang mudah juga bila makan krup krap macam keropok.
Entri lama >>> resepi sarapan pagi mudah guna roti putih
Tersangatlah mudah guna 3 bahan je. 7 keping roti cukup kenyang makan untuk 2 orang dewasa dan 2 0rang kanak-kanak. Tu pon ada lebih. Sebab kandungan roti, telur dan cracker tu dah cukup buat perut kita kenyang pada waktu sarapan.
7 keping roti putih (1 keping belah 8pcs)
3 biji telur gred B (Pecahkan dan pukul rata sampai kembang)
10 keping biskut cracker dihancurkan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dengan kuantiti lebih kurang macam goreng ikan
2. Untuk kuali 24cm muat masak 8pcs roti. Jadi celup lah 8pcs dulu dengan telur yang sudah dipukul kembang.
3. Ambil 1 per 1 roti tadi dan gaul dengan biskut cracker.
4. Bila kuali sudah panas boleh masukkan 8pcs yang siap digaul rata. Api sederhana sebab cepat masak. Terbalikkan dan setelah masak boleh angkat untuk dihidangkan. Sangat mudah....
2 Comments