Servis Wiring & Repair, Aircond dan Plumbing Muar Johor dengan harga berpatutan

Servis Wiring & Repair, Aircond dan Plumbing Muar Johor dengan harga berpatutan | Bukan senang nak dapatkan technician yang boleh dipercayai sebab pernah kena sebelum ni servis dari orang lain. Harga yang agak mahal, buat kerja kelam kabut, tiada details kos pembayaran dan lost contact. Haishhh memang sakit hati bila kaum sendiri yang buat kan. Bila kita contact mintak resit macam-macam alasan dia bagi sehingga lenyap terus. Yelah kita ni kenal pon sebab buat rumah jiran. Tak sangka pula jiran pon terkena sama. Sejak dari itu cukup berhati-hati mencari technician yang jujur dalam melakukan kerja pemasangan ni.

Sebelum itu ena sharing contact tehnician yang boleh korang hubungi untuk area Muar.

1. Plumbing Repair - Mr Ravi 018-9194956
Mula-mula ingat tangki bocor sebab air melimpah setiap malam di atas bumbung. Ini dipanggil overflow (lebihan air tangki). Rupanya-rupanya injap pelampung dah rosak. Jadi ravi tukarkan pelampung tangki air di bumbung rumah RM100. Sekejap je buat tak sampai 30 minit. Pelampung tu murah je tapi baik kami panggil orang pasang je sebab satu hal nak naik ke genting. Rumah dah lah 2 tingkat. Gayat tengok suami panjat genting.

2. Servis, repair & pasang Aircond - Mr Syafiq 013-6415377

Syafiq bukan sahaja servis aircond tapi boleh juga buat wiring. Kalau korang nak beli aircond second hand pon ada. Ena dah grab aircond terpakai Panasonic Inverter 1.0hp RM700 termasuk wiring plug baru aircond. Dah pakai 2 bulan so far sejuk beku bilik streaming PUBG suami.hahahahha. Syok jugak ena menaip blog. Tumpang sekali uoolsss. Boleh rujuk entri ini tutorial servis aircond RM90 overhaul.

https://www.tinynasweet.com/2020/06/servis-repair-dan-pasang-aircond-murah.html

3. Pendawaian soket plug, water heater, lampu @ kipas - Mr Akmal @ Jepp 019-5940574
Pemasangan semua kelengkapan pendawaian seperti lampu, kipas dan penyelenggaraan peralatan elektrik ena akan cari Jepp sebab rumah dia dekat je satu taman.hehe. Servis tip top. Dia memang cover area Muar sehingga Melaka. Harga pon murah berbanding yang lain sebab ni cuma buat part time. Jadi standard lah kena booking bila offday sebab dia ada kerja hakiki wiring juga di kilang Muar. 

Tukar ganti peralatan pemasangan 


Punca kipas tak hidup

Jepp try troubleshoot dulu kenapa tiba-tiba kipas tak hidup. Dan ini jawapannya 
" Punca mula2 capasitor motherboard tu patah. Saya try beli kapasitor baru. Ikut nilai ohm yg sama pun tak boleh hidup jugak. Track motherboard tu ada burn sikit. Try resolder track baru untuk board tu pun tak hidup jugak. Mungkin spark api terjadi masa kapasitor tu patah masa kipas tengah hidup so motherboard tu burn. Terpaksa la beli kipas baru 😬😬😝"

Kos pemasangan baru, pindah kipas lama dan lajukan kipas

1. Pemasangan dan pindahkan kipas RM20
Kipas Deka lama ni asalnya di ruang tamu tingkat bawah tapi minta Jep alihkan ke bilik. Cas RM20 sahaja. Nak dijadikan cerita bumbung bocor habislah air mengalir pada plug dan terus kipas ni effect rosak. Jadi kena ganti baru. Almost technician suggest ambil brand KDK je. Kalau warna putih ni ena beli RM152. Untuk ruang tamu ambil lawa sikit color gold RM190. Kipas baru pon cas RM20. Haaa murah yee.. Kalau ikutkan cas anggaran RM50 tengok pada area.

Senarai upah dicas:
Pasang lampu RM20 
Pasang kipas 3 bilah RM20
Pasang kipas 4- 5 bilah RM35

2. Lajukan kipas RM5
Haaaa yang ni pon murah (tidak termasuk kapasitor kipas).. Kalau korang pandai pergi je kedai elektrik beli kapasitor kipas siling baru RM10. Sekarang beli online pon ada. Lepastu minta lah Jepp pasangkan. Kalau malas nak pergi beli, serahkan saje pada Jepp. Sebelum itu, bila kipas slow tu try bersihkan dulu kadang-kadang habuk yang terlalu tebal pada bilah kipas yang buatkan kipas jadi slow. Kalau tak ok juga baru tukar kapasitor. Lepastu lajulah kipas macam baru. Suami pandai pasang sendiri tapi renyahlah. Kesian tengok die berpeluh-peluh buat benda ni. Lebih baik upah pada yang pakar.

Pendawaian rumah baru
Distribution box (papan agihan utama)


"Kebiasaannya saya akan ikut spec Suruhanjaya Tenaga (ST) .. Gambar atas tu adalah contoh saya wiring. Litar kuasa dan litar pencahayaan saya akan asing kan dah letak ELCB sendiri. So maksud saya kalau andai kata ada berlaku trip @ litar pintas di salah satu litar kuasa, satu rumah litar kuasa . Kebanyakan litar kuasa ni yang menggunakan socket 13a. Ia tidak boleh digunakan. Tetapi litar pencahayaan @ lampu  rumah masih  boleh digunakan dalam keadaan biasa. Begitu jugak sebaliknya kalau berlaku litar pintas pada pendawaian lampu, lampu tidak boleh hidup tapi socket biasa @ litar kuasa masih berfungsi seperti biasa. Sebabnya tu fungsi ELCB untuk setiap litar. Ouh ye maksud ELCB ( Earth Leakage Circuit Breaker ).

Dan jika ada rumah pasang water heater, saya juga akan sarankan pasang ELCB. Terbaru ni ada kes kematian menggunakan water heater. Safety adalah salah satu punca. Jika pengguna memakai ELCB dengan bacaan amp yang rendah, jadi secara automatik jika berlaku litar pintas ELCB akan trip dan current tidak akan mengalir. Maka Kita akan selamat dari sebarang arus elektrik.

Selain itu fungsi ELCB pasang dekat watar heater, peranti tambahan untuk water heater amat penting kerana kawasan basah bukan sebab rosak baru rccb asal trip. Untuk elak bila berlaku sedikit sahaja faulty maka rccb tambahan tu akan trip kerana tahap kepekaan atau sensitivity dia memang khas"
Ujar Jepp secara menyeluruh.


Rujuk no.3 untuk spec ELCB

Hasil kerja pemasangan
(Rumah contoh dihasilkan oleh Jepp)






Sedikit sebanyak ena dapatlah menimba ilmu daripada technician. Hehe seronok berborak berkaitan teknikal ni. Kita sebagai wanita pon kena ambil tahu apa saje kerosakan di rumah. Sampaikan tombol pintu pon ena tengok Utube pasang sendiri.hahahahah. Mana yang rasa kita boleh repair sendiri ena buatlah. Tapi apa-apa rujuk suami. kang dia marah pula memandai repair. Next entri ena akan sharing kos membaiki bumbung bocor

Post a Comment

4 Comments

Atie Zieya said…
cntik nya ! lepas tukar smua...
Sis Lin said…
Ooo baru ku tahu ada untuk lajukan kipas ek..nanti nak tanya Suami heheheh..
Tu rumah baru ke Ena? Cantikkkk lapang..
Sunah Sakura said…
sama la...duduk rumah sewa ni memang semua pun repair sendiri kecuali yang memang kena panggil technician..macam peti ais mesin basuh tu memang kena panggil lah ha...ni tangki toilet lak bocor, macam nak kena panggil plumber gak lerr...
Unknown said…
Kalau bab2 letrik ni baik kita cari pakar tapi kita kena juga tahu sikit2 pasal letrik bagai.kan?? Senang kita nak cerita kat wireman apa problem sebenarnya.. Satu lagi tak la kena tiaw dengan wireman..hahah