ツ Teman Tapi Mesra

Utopia Workspaces Melaka Menyediakan Ruang Kerja Fleksibel Tanpa Kos Tinggi

Utopia Workspaces Melaka Menyediakan Ruang Kerja Fleksibel Tanpa Kos Tinggi | Sejujurnya ena tidak pernah tahu ada ruangan kerja (Co-working space) seperti ini. Kalau sewa bangunan biasa lah dengar tapi Utopia ni unik sebab terdapat banyak jenis ruang bilik khusus untuk mereka yang tidak mampu menyewa bangunan besar ataupun memerlukan ruang sementara untuk menjalankan perniagaan. Bukan itu saje, korang nak buat birthday party, reunion atau private majlis pon boleh taw ! Tidak terhad untuk sewa pejabat atau sewa bilik meeting. Memang menarik Utopia ni.

Utopia lebih dari sekadar Ruang Kerja


Untuk mereka yang mempunyai bisness secara kecilan pasti memerlukan modal yang besar untuk sewa bangunan. Antara kos lain yang diambil kira adalah kos pentadbiran, manpower untuk menguruskan mail dan parcel, maintenance, electricity, dan banyak lagi sudah tentu memerlukan budget yang besar. Tapi tahu tak kalau korang inginkan workspace sementara atau pun menunggu renovation, apa kata sewa dahulu di Utopia sebab harganya mampu milik serta pakejnya lengkap membantu mereka menjimatkan kos.

Utopia dibina untuk lebih lifesytle design dan bertaraf 5 bintang supaya tidak nampak bosan dengan pejabat yang konvensional dan kita akan rasa seperti berada dirumah. Itulah perasaan masa ena berada di dalam bangunan Utopia ni. Seriously CANTIK, MODEN & WORLD CLASS !

Mempunyai 3 tingkat dengan kapasiti 203 tempat duduk dan merangkumi lebih dari 65 jenis industri pekerjaan. Antaranya freelancer, graphic designer, agen insurans, gaming, photography, streaming live dan banyak lagi. ini tidak bermakna Utopia untuk freelancer atau peniaga kecil sahaja tetapi syarikat besar dialu-alukan untuk menubuhkan pejabat mereka di sini.

Antara kemudahan yang disediakan di Utopia adalah :

1. Security - Bilik diakses menggunakan QR door access system dan CCTV
2. Cleaning service percuma
3. High speed internet
4. Nap room (Bilik rehat katil double decker)
5. Pantri
6. Mesin fotostat akses via kad topup

Pilih workspace sendiri merangkumi 6 jenis di bawah :

Pelanggan boleh memilih workspace yang disediakan Utopia dibawah tetapi dalam masa yang sama pelanggan boleh customize sendiri dengan menggabungkan private office, reserved desk dan open hot desk.

1. Private Office
Ruang persendirian bermula dari sewaan untuk 2 hingga 6 orang 1 bilik. Pelanggan boleh menyewa ruang kerja bukan hanya untuk jangka pendek, tetapi juga jangka panjang. Utopia menyarankan penyewaan dalam jangka masa panjang seperti 6 bulan atau setahun.

2. Reserved Desk
Mempunyai meja tetap di ruang terbuka

3. Open Hot Desk
Boleh memilih dan berpindah ke meja lain tidak terikat di satu tempat. Sejenis yang suka mengubah mood tempat bekerja

4. Prepaid time pass 100 hours
Jika sukakan penjimatan atau tiada masa tetap untuk bekerja sesuai memilih pakej ini dengan konsep topup masa. Setiap kali kad digunakan, masa bekerja dikira mengikut jam

5. Day pass
Seorang freelancer? Ia sangat sesuai untuk akses on the spot serendah RM48 sahaja 1 hari dan minuman percuma

6. Virtual office (Urus mail & parcel)
Tidak memerlukan pejabat sementara tetapi memerlukan alamat tetap untuk urusan penghantaran barangan perniagaan. Jika risau tiada orang di rumah atau tiada pekerja tambahan menguruskan mail juga boleh menggunakan alamat Utopia dan mereka akan uruskan semua serendah RM88 bulanan

Pilih pakej berdasarkan workspace pilihan :

1. All in package
Mendapat manfaat untuk akses kemudahan yang disebutkan di atas mengikut terma dan syarat sesuai untuk pelanggan yang lebih suka bebas gangguan / kerumitan dalam satu perkhidmatan.

2. Mix & Match
Sesuai untuk pelanggan memilih siri yang mereka inginkan sahaja.

Ground Floor


Untuk mereka yang memerlukan ruang kerja kecil ataupun untuk persendirian boleh lihat contoh ruangan ini. Korang nampak tak ada bilik ruang bilik di hujung kiri gambar. Itu merupakan Private Office. Kelengkapan seperti meja, kerusi, rangkaian internet disediakan. Korang hanya bawa barang peribadi dan komputer sendiri. 

Bukan itu saja, kalau korang tak berminat private office, boleh pilih hot desk atau reserved desk. Haa korang boleh tengok ada contoh jacket sangkut kat kerusi tu. Bermakna dah ada orang reserved desk. Itu merupakan ruang dia bekerja. Normally yang tidak memerlukan banyak perkakasan seperti freelancer.


Meja custom designed memudahkan pelanggan menggunakan tenaga elektrik.


Ni kalau ena duduk menaip di Utopia rasa relax dan mencurah idea terus.hahaha. Ruang luas dan kemas. Mengutamakn ciri keselamatan dimana setiap bilik memerlukan kad akses untuk masuk yang akan diberikan oleh Utopia. Sebelum Pandemic, Utopia dibuka selama 24/7 beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk hari Ahad dan cuti umum.


Open discussion atau meeting yang lebih santai. 


Discussion room boleh memuatkan 2 hingga 3 orang di dalam bilik ini.


Ini merupakan contoh Private Office bagi seorang Photography. Jadi korang tidak perlu risau untuk menyewa kerana bilik ini tidak akan di akses oleh orang luar.


Private Office bagi seorang Agen Insurans


Private Office bagi seorang Bisness Online. Nampak tak Utopia ni memang menarik boleh sewa untuk pelbagai jenis pekerjaan. Ni sewa macam buat kedai sendiri. Tak terfikir langsung ada sewa ruang kecil macam ni.

First Floor


Sama konsep dengan Ground Floor tapi level ni ena tengok lebih banyak meeting room, discussion room dan private office dengan kapasiti yang lebih ramai sehingga 8 orang untuk 1 bilik.


Meeting room ini mampu memuatkan sehingga 8 orang dan boleh disewa setiap jam. Berikut merupakan harga pakej per hour

RM20 / hour (3 pax)
RM25 / hour (5 pax)
RM35 / hour (8 pax)

Meeting room juga boleh digunakan half day @ full day

Korang boleh lihat secara details kesemua ruangan di setiap level di last entry (Video) Memang terkesima dengan dekorasi setiap sudut.


Ruangan istirehat secara privasi juga disediakan. Rasa seperti bekerja di dalam rumah Utopia ni.

Second Floor


Level 3 ni memang meriah bunyi suara orang sebab ruangan ini khas untuk kapasiti yang ramai. Konsep level ini adalah Roof Top Conference dan Event Space.

Ada 4 jenis roof top conference di level ini dengan sewaan half day atau full day dan boleh menyewa bilik sahaja ataupun termasuk minuman dan makanan :

1. Dining Series
Maksimum 12 pax sesuai untuk workshop, project meeting, training, lunch/dinner reunion dan sign memorandum

2. Living Series
Maksimum 10 pax sesuai untuk perjumpaan secara kecilan atau brainstorming dan tidak memerlukan ruang besar

3. Reception Series
Maksimum 50 pax sesuai untuk lunch/dinner reunion, High tea gathering, celebration, breakfast meeting dan party.

4. Multipurpose Series
Maksimum 60 pax untuk sign memorandom, annual General Meeting, pelancaran produk, board meeting, seminar, training dan open talk.

Dining Series


Half day (RM300) & Full day (RM500) tanpa projector

Multipurpose Series


Half day (RM500 + 1 tea break & 1 lunch )
Full day (RM750 + 2 tea breaks & 1 lunch)


Reception Series A


Ruangan lebih kecil berbanding Reception Series B. Konsep yang lebih santai perjumpaan sambil minum kopi.


Bilik ini juga sesuai untuk mereka yang lebih suka meraikan party secara privasi seperti birthday atau reunion kerana ada set karaoke untuk berhibur

Reception Series B


Lebih besar dan ruangan meja lebih terbuka. Utopia menyediakan pakej hidangan makanan dan minuman terus kepada pelanggan konsep seperti di Hotel


Half day (RM400 + 1 tea break & 1 lunch )
Full day (RM600 + 2 tea breaks & 1 lunch)

Living Series

Ena tak dapat nak review bilik ni sebab full. Boleh rujuk contoh ruangan bilik.
Half day (RM300) & Full day (RM500)

Jadi Utopia merupakan ruang yang unlimited akses untuk semua industri. Satu revolusi yang sangat efektif, fleksibel dan menjimatkan kos. Banyak kelebihan bekerja di workspace berbanding work at home sebab tidak terganggu oleh faktor luar ketika bekerja. Masa bekerja juga berkualiti. 

Bagi ena orang Melaka sangat bertuah ada Utopia yang besar ini. Bayangkan di rumah ena ada 3 bilik tapi 1 bilik khas untuk setup meja gaming sahaja sebab suami aktif streaming live di Facebook. Memang berbeza.

Untuk membuat tempahan workspace yang diidamkan, boleh layari ke laman sesawang Utopia Workspaces Melaka


Alamat : 
No 28, 28-01, 28-02 Jalan Mutiara Melaka 3,
Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam, 75350 Melaka, Malaysia

Call & Whatsapp Number :
+6014-323 9885


View this post on Instagram

Bekerja dari rumah atau co-working space? Hai orang Melaka, korang tahu tak ada satu ruang kerja yang fleksibel tanpa guna kos yang tinggi? @utopia_workspaces merupakan ruang kerja pertama di Melaka menyediakan sewaan dengan harga mampu milik kepada lebih dari 65 jenis pekerjaan yang ada Korang nak private room, cafe, photocopy, pantri, bilik rehat tapi dalam masa yang sama nak lebih santai seperti berada di rumah?? Utopia piilihan terbaik. Tonton video ni untuk lihat pelbagai jenis bilik yang ada termasuk ruangan yang sesuai untuk seminar, training, celebration, reunion, dan banyak lagi! Semuanya boleh di Utopia #utopia #utopiamelaka #coworking #utopiaworkspaces #workspaces #privateoffice #privateroom #melaka #vlogger #vlogtinynasweet #jdtblogger

A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

14 Chantiq Manis:

Farrah MF said...

Macam-macam ye pakej yang ada. Tinggal pilih ikut kesesuaian kita je.

Atie Zieya said...

nampak tempat ni comfy betul

Cik Min said...

Sekarang mmg dah byk yg sediakan ruang workplace ni kan. Bagus sebenarnya sbb instead nak bayar sewa building mahal2 baik sewa ruang je

nurul aqidah azahar said...

besar dan cantik la kawasan dia. nampak selesa kalau nak adakan apa-apa meeting. pakej pun boleh tahan menarik harga nya. Berpatutan la dengan tempat macam tu

Bae Roslan said...

menarik gak pakej2 tu, boleh la bantu usahawan kecil yang belum mampu ada office tu kan.

Rawlins GLAM said...

Nie memang style untuk golongan milenia - memasing suka buka bisnes sendiri. Bila baru mula meniaga, memang tak mampu nak sewa ruang besar kan.

Sis Lin said...

Waaa cantiknya laaa ruang keje. Ini macam kalau keje tempat gini, memang selesa dan kerja lebih produktif laa kann..takde serabut sangat..

Kitkat Nelfei said...

Menariknya concept workspace macam ni. Makin banyak yang invest to setup business mcm ni... My friend kat Miri, Sarawak pun ada setup the same business juga.. Tapi small scale la..

Ruby said...

Fuhh besar betul tempat work space ni. Kat KL jarang ada terus satu bangunan camni. Kalau di KL akak suka pi Colony. Kalau ke Melaka, akak cari Utopia ni. Luas giler utk meeting. Rasa semangat nak berbisnes dan ada ejen. Tetiba kan. Hahaa

Zharif Azis said...

Wahhh menariklah ada ruangan sewa seperti ini. Dulu x pernah terfikir akan ada perkhidmatan seperti ini. Tp skrg, perhidmatan ruang sewa banyak dah.

Mahamahu said...

Sekarang ni orang buat business juta-juta tak perlu ad office tetap nak bayar sewa mahal yang penting kena ada internet laju tu jer kat rumah pun boleh buat business sekarang WFH hehehe.. Tempat ni nampak best dan selesa senang nak buat business online...

Sunshine Kelly said...

Wow tempat ni selesa and lengkap dengan kemudahan untuk meeting and kerja.

Nadia Johari said...

Cantik dan selesa tempat dia.. Besar pulak tu.. Memg bestla buat kerja dekat sini.serba lenakp.. Tennag je nak buat kerja

Mawardi Yunus said...

wah cantiknya utopia workspace ni.nampak complete dan sangat selesa tu kalau dapat kerja sini.