Gathered Cafe & Lounge menghidangkan masakan Western bertaraf 5 bintang | Cafe ini merupakan partner bisness bersama Utopia Workspaces Melaka yang berada di second floor tingkat paling atas. Sebenarnya tak sangka pon ada cafe cantik dan besar di Utopia ni. Memang teruja first time melihatnya. Apa lagi memang bergambar sakan lah. Instagrammable place sangat. Berbaloi betul ambil pakej sewa private office lepastu boleh lepak cafe dalam satu bangunan sahaja. Nak buat birthday party pon boleh taw! Siap ada background music yang romantis.
Suasana dekorasi bertaraf 5 bintang
"Slow down for a moment
and take a little time
to breathe at Gathered Cafe & Lounge"
Menghidangkan makanan Western sesuai dengan dekorasi yang moden ke arah barat. Dibuka bermula jam 11 pagi pagi sehingga 11 malam setiap hari kecuali hari Rabu dengan harga mampu milik tapi rasa bertaraf hotel 5 bintang. Cafe ini juga terbuka menerima tempahan untuk majlis seperti birthday, celebration atau private VIP room. Haaa kalau tak suka makan terbuka macam ni boleh je tempah ke private room. Nak tahu lebih lanjut boleh baca entri
Utopia Workspace Melaka
Yummy food prepared with artisan
Hidangan western merangkumi minuman, sandwich, salad, pizza, special drinks, nasi, spaghetti, Daily Value set, snek, Cakes & desserts, kopi dan teh. Menurut kata Chef Lawrence semua masakan tidak menggunakan perasa tambahan,no MSG dan hanya menggunakan sos buatan sendiri untuk mengekalkan rasa masakan asli dan menu yang sihat.
Kopi - Americano, Caffe latte, Capuccino, Mocha, Caramel Mocha, Caramel Latter.
Teh - Supreme Earl Grey Tea, Oolong Rose Tea, Oriental Jasmine Tea dan Pepermint Tea
Tidak berkafein - Coklat dan Matcha latte
Minuman signature cafe ini, Jasmine Raspberry (RM7.90)
Gabungan daripada jasmine tea, pati buah raspberry dan laici memberikan rasa fresh selepas minum. Ena memang love air ni. Manis buah je.
Iced Greyshake Chocolate (RM12.90)
Earl grey tea + chocolate whipping cream menentang tekanan, tinggi antioksida dan baik untuk pencernaan
Quake Espresso Oatmeava (RM7.90)
Diperkaya dengan rasa coklat dan espresso dengan taburan oat. Sumayyah suka minuman ni
Giant Prawn Cheese Spaghetti (RM38.00)
Kami suka menu cheesy spicy seafood spaghetti ini yang merupakan signature spaghetti cafe dan hidangan kaum cina tetapi chef mengubah resepi versi halal supaya Muslim dapat merasakan keenakan ni tanpa was-was.
Kena makan ketika baru dihidangkan panas-panas supaya dapat rasa keenakan cheese, kesegaran udang dan lala satu kombinasi yang sempurna. Ini merupakan menu baharu dan korang patut cuba.
Smoked Duck Pizza (RM19.90)
Pizza topping dengan itik salai, sos tomato, capsicum, jagung dan mozzarella cheese
Beef Burger (RM28.90)
Rssa daging yang lembut, juicy dan cukup rasa !
Signature cakes & desserts cafe. Basque Burnt Cheese Cake (RM11.90)
Penutup lunch kami dihidangkan dengan cake yang sangat lembut dan gebu ditaburi dengan kisaran oat yang dipanggang dan krim vanilla satu kombinasi rasa yang superb ! Must try okey. Bila masuk mulut terus cair rasa macam di awang-awangan je kata suami.hahahah... Ena bagi 5 bintang !
Food delivery service atau self pickup
Order via Whatsapp : 06 - 2338000 / 016 - 6289361 (Ms Genie)
Delivery servis : Foodpanda, Lolol & Grabfood
Alamat :
28-02, Jalan Mutiara 3, Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam, 75350 Melaka
21 Comments
Nanti kalau nak ke Melaka boleh singgah ni..
- Tengkubutang