Gathered Cafe & Lounge menghidangkan masakan Western bertaraf 5 bintang

Gathered Cafe & Lounge menghidangkan masakan Western bertaraf 5 bintang | Cafe ini merupakan partner bisness bersama Utopia Workspaces Melaka yang berada di second floor tingkat paling atas. Sebenarnya tak sangka pon ada cafe cantik dan besar di Utopia ni. Memang teruja first time melihatnya. Apa lagi memang bergambar sakan lah. Instagrammable place sangat. Berbaloi betul ambil pakej sewa private office lepastu boleh lepak cafe dalam satu bangunan sahaja. Nak buat birthday party pon boleh taw! Siap ada background music yang romantis.

Suasana dekorasi bertaraf 5 bintang


"Slow down for a moment
and take a little time
to breathe at Gathered Cafe & Lounge"


Menghidangkan makanan Western sesuai dengan dekorasi yang moden ke arah barat. Dibuka bermula jam 11 pagi pagi sehingga 11 malam setiap hari kecuali hari Rabu dengan harga mampu milik tapi rasa bertaraf hotel 5 bintang. Cafe ini juga terbuka menerima tempahan untuk majlis seperti birthday, celebration atau private VIP room. Haaa kalau tak suka makan terbuka macam ni boleh je tempah ke private room. Nak tahu lebih lanjut boleh baca entri Utopia Workspace Melaka


Yummy food prepared with artisan

Hidangan western merangkumi minuman, sandwich, salad, pizza, special drinks, nasi, spaghetti, Daily Value set, snek, Cakes & desserts, kopi dan teh. Menurut kata Chef Lawrence semua masakan tidak menggunakan perasa tambahan,no MSG dan hanya menggunakan sos buatan sendiri untuk mengekalkan rasa masakan asli dan menu yang sihat.

Kopi - Americano, Caffe latte, Capuccino, Mocha, Caramel Mocha, Caramel Latter.

Teh -  Supreme Earl Grey Tea, Oolong Rose Tea, Oriental Jasmine Tea dan Pepermint Tea

Tidak berkafein - Coklat dan Matcha latte



Minuman signature cafe ini, Jasmine Raspberry (RM7.90)
Gabungan daripada jasmine tea, pati buah raspberry dan laici memberikan rasa fresh selepas minum. Ena memang love air ni. Manis buah je.


Iced Greyshake Chocolate (RM12.90)
Earl grey tea + chocolate whipping cream menentang tekanan, tinggi antioksida dan baik untuk pencernaan


Quake Espresso Oatmeava (RM7.90)
Diperkaya dengan rasa coklat dan espresso dengan taburan oat. Sumayyah suka minuman ni


Giant Prawn Cheese Spaghetti (RM38.00)
Kami suka menu cheesy spicy seafood spaghetti ini yang merupakan signature spaghetti cafe dan hidangan kaum cina tetapi chef mengubah resepi versi halal supaya Muslim dapat merasakan keenakan ni tanpa was-was.

Kena makan ketika baru dihidangkan panas-panas supaya dapat rasa keenakan cheese, kesegaran udang dan lala satu kombinasi yang sempurna.  Ini merupakan menu baharu dan korang patut cuba.


Smoked Duck Pizza (RM19.90)
Pizza topping dengan itik salai, sos tomato, capsicum, jagung dan mozzarella cheese


Beef Burger (RM28.90)
Rssa daging yang lembut, juicy dan cukup rasa !


Signature cakes & desserts cafe. Basque Burnt Cheese Cake (RM11.90)

Penutup lunch kami dihidangkan dengan cake yang sangat lembut dan gebu ditaburi dengan kisaran oat yang dipanggang dan krim vanilla satu kombinasi rasa yang superb ! Must try okey. Bila masuk mulut terus cair rasa macam di awang-awangan je kata suami.hahahah... Ena bagi 5 bintang !

Food delivery service atau self pickup
Order via Whatsapp : 06 - 2338000 / 016 - 6289361 (Ms Genie)
Delivery servis : Foodpanda, Lolol & Grabfood


Alamat :
28-02, Jalan Mutiara 3, Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam, 75350 Melaka

Post a Comment

22 Comments

Raz said…
nampak sedap2 makanan tu
Unknown said…
wah..Pizza dia..belum pernah rasa pizza macam tu.
Atie Zieya said…
terliurnya tgk jasmine raspbery tu....
ciktom said…
wow..paling menggoda yang iced choc tu..yummy!
nampak luas dan cantik la tempat die. wah...makanan die pun boleh tahan nampak sedap tu. Terliur plak tengok greyshake chocolate tu
Qeela said…
Waa sedapnyaa nampak semua makanan kat sana tuu! Ruangnya pun nampak luas dan selesa, cantik juga nak bergambar kan. Boleh masuk dlm list to try ni nanti hehee
Fadima Mooneira said…
Wow!!!!!! Cantik restaurant nie. Makanan dia pun nampak yummy-licious. Tringin pula nak dine kat restaurant nie. Hehehe.
Ummi said…
Tempat nampak eksklusif, tak sangka harga makanan sangat affordable. Thanks for sharing!
Sis Lin said…
Perghh smoked duck tu mesti sedapkannn...yumssss..
Nanti kalau nak ke Melaka boleh singgah ni..
Kitkat Nelfei said…
Cantiknya interior design cafe ni.. presentation makanan dia pun menarik dan sangat menyelerakan.. Boleh pergi la next time... Just nak walk-in dining boleh kan?
Marina Bashah said…
Nampak best je menu-menu dia ni. Cafe pon cantik dan besar.
LampuHijau said…
LH suka tempat macam ni. Nampak mahal tapi sebenarnya harga sangat berpatutan
Terliur tgk semua nampak sedap dan menarik. Rindu nak makan kat luar huhuhu
Cik Min said…
Bila baca artikel ni baru sedar yang betapa lamanya dah tak buat food review kat hotel2 huhu..moga covid cepat pergi
JMR said…
Kecur air liur tengok udang besar atas spaghetti tu. Berselera sungguh..
halimah muhiden said…
Tgk menu2 dia mmg sefap dan menarik, suka menu Giant Prawn Cheese Spaghetti wau.. npk sedap sangat
Rolling Grace said…
wow cant decide if i like the decor or the food better. both looks amazing! :)
Puan B said…
Wow wow wow.. Dah la deko dalaman classy.menu plak sihat bahan yg diguna. So good. Burger tu.. Mdm suka pattern tu rare. Sure all tastilicious.
HYPERGRAFIX said…
wowww.. suasananya nampak selesa dan sedap je mata memandang sekekliling cafe ni.. buat terbit selera nak makan kat sini je kalau tengok cafe cantik gini

- Tengkubutang
Slumber Lady said…
Mmg instagrammable sungguh. Menu menu dia nampak sedap.. Ada workspace lagi. Bestnya
Zaza Azman said…
Okla nmpk sedap. Menu - menu pun nampak menarik.. Boleh la pegi lpas covid
Mawardi Yunus said…
wah.. teruja pulak tengok Gathered Cafe & lounge ni.. cantik n tengok makanan tu sangat menyelerakan ya. habis covid boleh la gather2 ngn kawan kat sini kan.