Pengalaman kehilangan Bayi dalam kandungan sebanyak 2 kali
Ini merupakan gambar throwback kehamilan untuk berkongsi kisah yang ena lalui sendiri kehilangan bayi dikandungkan. Sejujurnya ia memberi kebimbangan yang tinggi di dalam diri semasa hamil kali ke-tiga dan ke-empat sebab trauma yang dilalui sebelum itu. Jadi doktor memberi suntikan "Duphaston" untuk kuatkan rahim.
Setiap kali kandungan mencecah usia 15 minggu mesti ena susah tidur malam sebab pada usia itulah ena keguguran. Jadi amat penting buat para ibu untuk sentiasa alert setiap gerakan baby dan jika merasa tidak sedap hati, terus saje ke Hospital buat pemeriksaan perut. Ena tak dapat bayangkan perasaan ibu yang kehilangan anak baru dilahirkan. Sangat perit untuk terima hakikat.
Oleh itu, apabila ada kempen terbaharu iaitu #ProjectSidekicks sudah tentu ena sangat sokong kerana ena ingin semua ibu-ibu mempunyai kehamilan yang selamat dan sihat. Projek Sidekicks bertujuan untuk mengurangkan risiko 'stillbirth' untuk ibu bapa dengan menyokong kepentingan kesihatan mental yang baik di samping langkah-langkah yang perlu diambil, seperti posisi tidur di sebelah kiri dan mengira tendangan.
"Stillbirth adalah bilamana bayi baru sahaja meninggal dalam kandungan termasuklah ketika dalam proses kelahiran bayi tersebut"
Projek #sidekicks dilancarkan pada 15 Julai 2020
Pada tahun 2018, sebanyak 105,000 kes kelahiran mati telah dicatatkan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini bermakna, setiap hari dalam 286 keluarga telah menerima berita buruk tentang kelahiran bayi mereka yang cukup bulan tidak dapat diselamatkan. Sedangkan, sebahagian daripada kematian itu dapat dielakkan.
Kerana itulah theAsianparent melancarkan Project Sidekicks. Kami ingin mengurangkan kadar kelahiran mati di Asia Tenggara sebanyak 10% dengan meningkatkan kesedaran dalam mengira pergerakan bayi, tidur mengiring ketika hamil, berhenti merokok, dan pentingnya mempunyai sistem sokongan kepada bakal ibu juga kepada ibu bapa yang pernah mengalami keguguran kandungan.
Bantu ibu bapa dan bakal ibu bapa dengan memberi sokongan, berkongsi pengalaman dan menggalakkan 3 langkah penting ini untuk semua bakal ibu!
1. Tidur mengiring
2. Kira pergerakan bayi
3. Tidak merokok
Roshni Mahtani, Group CEO, theAsianparent
"Kesihatan mental sering diabaikan dan merupakan aspek yang penting untuk mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat, Di samping langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Bantu untuk meningkatkan kesedaran kempen ini dengan mempromosi dan berkongsi pengalaman anda"
Ketahui lebih lanjut di https://www.project-sidekicks.com/my/
20 Comments
Masa tido mmg lebih selesa mengiring..
Macam kta sendiri anak no 2 sejenis tak bergerak kuat. Risaunya.. dok pikir nak bersalin cepat je..