Jom sokong Projek #sidekicks Mengurangkan Risiko Stillbirth, Kematian Bayi Dalam Kandungan

Pengalaman kehilangan Bayi dalam kandungan sebanyak 2 kali

Ini merupakan gambar throwback kehamilan untuk berkongsi kisah yang ena lalui sendiri kehilangan bayi dikandungkan. Sejujurnya ia memberi kebimbangan yang tinggi di dalam diri semasa hamil kali ke-tiga dan ke-empat sebab trauma yang dilalui sebelum itu. Jadi doktor memberi suntikan "Duphaston" untuk kuatkan rahim. 

Setiap kali kandungan mencecah usia 15 minggu mesti ena susah tidur malam sebab pada usia itulah ena keguguran. Jadi amat penting buat para ibu untuk sentiasa alert setiap gerakan baby dan jika merasa tidak sedap hati, terus saje ke Hospital buat pemeriksaan perut. Ena tak dapat bayangkan perasaan ibu yang kehilangan anak baru dilahirkan. Sangat perit untuk terima hakikat.


Oleh itu, apabila ada kempen terbaharu iaitu #ProjectSidekicks sudah tentu ena sangat sokong kerana ena ingin semua ibu-ibu mempunyai kehamilan yang selamat dan sihat. Projek Sidekicks bertujuan untuk mengurangkan risiko 'stillbirth' untuk ibu bapa dengan menyokong kepentingan kesihatan mental yang baik di samping langkah-langkah yang perlu diambil, seperti posisi tidur di sebelah kiri dan mengira tendangan. 

"Stillbirth adalah bilamana bayi baru sahaja meninggal dalam kandungan termasuklah ketika dalam proses kelahiran bayi tersebut"

Projek #sidekicks dilancarkan pada 15 Julai 2020


Pada tahun 2018, sebanyak 105,000 kes kelahiran mati telah dicatatkan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini bermakna, setiap hari dalam 286 keluarga telah menerima berita buruk tentang kelahiran bayi mereka yang cukup bulan tidak dapat diselamatkan. Sedangkan, sebahagian daripada kematian itu dapat dielakkan.

Kerana itulah theAsianparent melancarkan Project Sidekicks. Kami ingin mengurangkan kadar kelahiran mati di Asia Tenggara sebanyak 10% dengan meningkatkan kesedaran dalam mengira pergerakan bayi, tidur mengiring ketika hamil, berhenti merokok, dan pentingnya mempunyai sistem sokongan kepada bakal ibu juga kepada ibu bapa yang pernah mengalami keguguran kandungan. 

Bantu ibu bapa dan bakal ibu bapa dengan memberi sokongan, berkongsi pengalaman dan menggalakkan 3 langkah penting ini untuk semua bakal ibu!

1. Tidur mengiring 
2. Kira pergerakan bayi 
3. Tidak merokok

Roshni Mahtani, Group CEO, theAsianparent

"Kesihatan mental sering diabaikan dan merupakan aspek yang penting untuk mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat, Di samping langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Bantu untuk meningkatkan kesedaran kempen ini dengan mempromosi dan berkongsi pengalaman anda"

Ketahui lebih lanjut di https://www.project-sidekicks.com/my/

Post a Comment

20 Comments

Sis Lin said…
Yang Sis pulak amalkan, masuk aje 7 bulan, makan kismis dan kurma.. memang tu je sepanjang mengandungkan tiga anak..alhamdulilah... tapi sekarang ni gaya hidup kita kena ubah, risiko tu tak memilih tempat, usia dan siapa kan..
Ruby said…
Masa hamil ni, paling waktu nebes mak mak. Ingat seronok aje mana bleh kan. Kesihatan dan diet kita amat penting tau. Kadang bila teringat pesan org tua dulu-dulu memang ada betulnya. Jangan lasak-lasak. Banyak membaca, mengaji. Sebab hamil dan bersalin ni kita kat satu situasi berbeza. Pastu nurse KKIA punya appointment jangan skip. Pesanan dari mereka juga memberi manfaat. Hehe.
ibu hamil memang paling risau kalau keguguran ni. ida sendiri pernah gugur sebanyak 2 kali. apa-apa pun jaga pemakanan, support family sangat penting
Para ibu mengandung sepatut mengambil cakna perkara ini dan suami kena sentiasa update kepada isteri. hehe
Kak Fas said…
Satu perkongsian yang harus dibaca oleh semua bakal ibu mengandung dan yg sedang hamil sekali pun.
Tekkaus said…
This is indeed a good campaign to help expecting mothers to be more prepared and aware of their life. Thanks for sharing.
Red Linda said…
Adoiii...selagi baby x lahir, mmg risau saja.. memang kena jaga makan, jaga kesihatan.

Masa tido mmg lebih selesa mengiring..
Zharif Azis said…
Uishhh takutnya baca tajuk. Banyak juga dengar kes bayi mati dalam kndungan. Seram betul. Elok2 happy nak dpt baby, dapat berita sedih pulak
Rawlins GLAM said…
Bagusnya ada gerakan sebegini sebab ianya membantu menyelamatkan banyak nyawa. Good job on setting up the support system.
Fadima Mooneira said…
This is a good project. I should roger my bff to participate. Thank you for sharing.
Nadia Johari said…
Memang waktu mengandung memang risau.. Kena jaga betul2.. Jangan angkat berat, makan makann yang sihat. Tapi kalau nak ditakdirkan terjadi sesuatu, Allah dah aturkan. Kkta ni kene bagibsokongan dekat mereka utk terus kuat terutama suami dna keluarga
Princesa3290 said…
memang kena jaga2 kan bila dah start pregnant,kena mula ambil supplement & jaga kesihatan diri. Projek sidekicks ni memang bagus untuk bg kesedaran kepada bakal2 ibu kan!
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this good project and also sharing your experience.
Aerill Hassan said…
walaupun saya belum berkahwin dan beristeri, tapi ya, memang kena jaga macam2 perkara ketika hamil. itupun lepas tengok kakak saya sendiri, macam mana dia mengandung, sehinggalah melahirkan.
Perkongsian yang bagus untuk bakal ibu dan ibu yang mengandung. Semoga menjadi panduan buat mereka.
mengandung ni memang memberi macam2 pengalaman kan..ada alahan, ada yang ok, macam2...bagus lah ada kempen macam ni
Zaza Azman said…
Baguskan projek sidekick ni.. Za pun terlibat sama utk kongsi pengalaman semoga kita dpt membantu rmai ibu2 di luar sana.
Syamimi Saad said…
Bila dengar diri mengandung memang seronok. Tapi saat mana bila baby makin membesar, satu perasaan risau selagi baby tak lahir.
Macam kta sendiri anak no 2 sejenis tak bergerak kuat. Risaunya.. dok pikir nak bersalin cepat je..
Ika.S said…
thanks for sharing semoga bermanfaat buat semua yang bakal bergelar ibu:)
mamapp said…
bagus.. kena bagi semangat keada mereka