Rawatan Rambut Mesra Muslim di MBH Haircare Johor Bahru


SPECIAL MEET & GREET YOUR HAIR WE CARE

Baru-baru ini ena telah menerima undangan ke satu program yang sangat best oleh pihak MBH Haircare JB. Memang taknak lepaskan peluang sebab banyak tanda tanya dalam kepala ni kenapa rambut selalu gugur dan gatal-gatal.

Antara program yang ada pada hari tersebut :

1. Pengenalan MBH Youth Hair Plasma
2. Demo rawatan MBH Youth Hair Plasma
3. Analisi rambut percuma
4. Rawatan percuma dan Cabutan bertuah

FAKTA ATAU MITOS ???

1. Kerap potong hujung rambut boleh cepatkan pertumbuhan rambut? - Mitos

2. Makan kerap makanan yang mengandungi MSG boleh menyebabkan keguguran rambut? - Fakta

CARA MUDAH NAK TAHU RAMBUT SIHAT ATAU TIDAK

Cabut sehelai rambut dan masukkan ke dalam air. Jika tenggelam bermakna rambut adalah sihat kerana boleh menyerap air. - Okey dah test tenggelam. hehe tu tanda rambut ena sihat.


7 JENIS MASALAH RAMBUT

Masalah rambut merangkumi:

Rambut bercabang, berminyak, gatal, berkelemumur, kering, keguguran rambut dan juga botak.

PUNCA MASALAH RAMBUT TERJADI

1. Fast food
2. Colour rambut
3. Ubat-ubatan
4. Hormon
5. Merokok
6. Stress.
7. Cuaca
8. Shampoo yang salah
9. Penggunaan haba (Hair dryer) setiap hari
10. Menyikat rambut ketika basah boleh menyebabkan rambut putus.
11. Kurang tidur. Oksigen tidak cukup dibekalkan ke kepala boleh menyebabkan rambut kurang sihat.
12. Genetik. Kena tengok keturunan secara bersilang. Contohnya macam ena kena tengok belah ayah ada tak masalah rambut. 

MBH HAIRCARE SET (RM226)



Rangkaian produk penjagaan rambut untuk masalah kulit kepala berminyak, berkelemumur, rambut gugur, kusut dan berbau.

Set lengkap merangkumi 
Hair Shampoo (RM59) 
Hair Conditioner (RM59) 
Revitalizing Hair & Tonic dan Hair repair (RM49) 
Silkening Serum(RM59) 

Tonic ni macam makanan tambahan. Kalau kita kurang makan makanan bersumberkan protein seperti negara India, mereka amalkan tonic untuk kesuburan rambut. Sebab kebanyakan mereka vegetarian dan tak makan daging. Pertumbuhan rambut kita ni antara salah satu faktor adalah daripada pemakanan. Sumber penting untuk kesuburan rambut melalui penyerapan protein makanan. Tonic sesuai untuk masalah rambut gugur.

Cara menggunakan Conditioner pula, perlu apply pada hujung rambut sahaja. Biarkan pada rambut selama 5 hingga 7 minit dan kemudian cuci. Haaa bab ni ena salah pakai. Ena lumur atas kepala sekali. Patutlah rasa gatal. Kesilapan yang ramai orang lakukan. 

Conditioner ni ibarat pelembab muka. Kalau skincare kita perlukan Pencuci + Pelembab. Sama juga dengan rambut. Shampoo + Conditioner. Conditioner ni penting kerana ada kandungan protein.

LATAR BELAKANG MBH HAIRCARE


Pengasas Spa, Puan Yaya Mohammad Sabtu, Pengarah Urusan MOHA Group Sdn. Bhd.


1. MBH ditubuhkan pada tahun 2008.
2. Merupakan salah satu anak syarikat MOHA Group & rangkaian MBH.
3. Mula beroperasi sejak bulan Julai 2017.
4. Satu-satunya pusat rawatan rambut berkonsepkan "Thrichology".
5. MBH Haircare dah ada 2 cawangan di johor dan Kajang.
6. Menggunakan produk sendiri dari kilang MOHA Biotech, Kulai Johor.

7. Ada 25 jenis rawatan untuk pelbagai jenis masalah rambut.


HAIR ANALYSIS & HAIR CONSULTANT (RM30)


Hair analysis merupakan mesin analisis rambut dan kulit kepala dan mampu memberi keputusan analisis dengan segera dengan membekalkan kanta yang sangat besar untuk mendapatkan kulit kepala dengan jelas dan tepat.

Ini penting dilakukan bersama Theraphy untuk mengetahui masalah yang dihadapi dan rawatan apa yang sesuai.


Dari mesin analisis ini, kita dapat lihat folikel rambut tumbuh secara normal atau tidak. Jika diperhatikan daripada gambar di atas menunjukkan folikel rambut tumbuh sihat dengan tebal dan tumbuh dalam 3 hingga 4 helai anak rambut. Haaa... Kalau rambut tu nampak jarang, kita akan nampak folikel rambut hanya tumbuh 1 hingga 2 helai sahaja.

So far rambut ena takde masalah. Punyalah risau sebab hari-hari keguguran rambut. Rupanya perkara normal jika rambut gugur di bawah 50 helai sehari. 

KELEBIHAN MEMBUAT RAWATAN DI MBH HAIRCARE

1. MBH HAIR GROWTH VITAMIN WASH
Ini adalah rawatan yang akan mencuci kelemumur yang telah menghalang pertumbuhan rambut. Jadi dengan menggunakan shampoo KHAS VITAMIN, kulit akan bersih sejurus cucian dilakukan . Proses memasukkan vitamin dalam pori akan merencatkan pembiakan kuman dan sekaligus masalah kulit kepala akan cepat dipulihkan. Rawatan mengambil masa 30 minit.

2. MBH SIGNATURE THRICHO
Rawatan ini merupakan asas kulit kepala untuk menghilangkan apa yang menjadi punca kepada keguguran rambut dengan menggunakan 11 langkah lengkap dengan menggunakan teknologi mesin Jerman & 9 herba terpilih. Rawatan ini paling lama jangkaan 2 jam.

3. MBH YOUTH HAIR PLASMA
Digunakan dalam pemulihan rambut secara semulajadi. Serum plasma (ambil dari darah pelanggan) akan digunakan pada bahagian kulit kepala yang kurang berambut. Faktor pertumbuhan dalam sel darah akan bertindak merangsang pertumbuhan rambut secara semulajadi. Tempoh dalam 45 minit sehingga 1 jam.

DEMO RAWATAN MBH YOUTH HAIR PLASMA

Sesuai untuk masalah gugur dan botak. Tiada pembedahan dan sakit, tiada bahan kimia, bukan rawatan invasive dan 100% semulajadi.


Menggunakan "Micro Needle Roller System" ini dibahagian rambut jarang atau botak.




Pelanggan akan diambil darah pada bahagian lengan tangan. Kemudian mengambil masa dalam 15 minit untuk "Proses Emparan" iaitu pengasingan darah merah dan juga plasma. Haa nampak tak dalam picagari tu bertukar warna kepada kuning. Itu lah serum plasma yang telah diasingkan. Rawatan ini menggunakan darah pelanggan sendiri taw untuk digunakan secara terus ke bahagian kulit kepala.


Contoh paling ketara bagi lelaki lihat pada dahi jika berbentuk "M" dan tengah kepala jarang itu menandakan kurang kesuburan rambut. Kalau wanita di bahagian tengah kepala sahaja.

PROSES RAWATAN



Selepas rambut di cuci untuk mematikan kuman atau bakteria pada rambut, kemudian kulit kepala akan dilukakan secara minor menggunakan jarum halus pada roda derma tersebut bagi merangsang dan meningkatkan sel darah baru ke folikel rambut. 

Generasi rambut dapat bertindak balas disebabkan difolikel menerima nutrien dari sel darah baru yang banyak. Jadi proses ini bergantung pada berapa banyak masalah berlaku. Contoh macam rambut pelanggan ni masalah rambut jarang tak banyak, jadi ambil darah separuh picagari sahaja. Kesan dia kulit akan kemerahan semasa rawatan. Sakit pon skala 1/5.


Rambut pelanggan mula jarang di bahagian tengah. Jika dibiarkan dalam jangka masa lama boleh menyebabkan botak atau orang panggil "pulau". Jadi roda derma hanya di "roll" di sekitar bahagian jarang dan dahi.

KELEBIHAN RAWATAN 

1. Tidak ada risiko apa-apa tindak balas alahan atau penolakan dari badan yang menjadikannya pilihan rawatan yang selamat.

2. Memberikan hasil yang berkesan dalam tempoh 1 - 3 bulan selepas rawatan.

3. Terapi PRP tidak memerlukan sebarang downtime atau pemulihan. Anda boleh pulang ke rumah dan kembali aktiviti harian seperti biasa. 

4. Merangsang pertumbuhan rambut dara yang sihat sekitar purata 3 helai rambut dalam 1 folikel.

5. Mengatasi masalah kebotakan, jarang-jarang dan masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki dan perempuan.

ANTIBACTERIAL SCALP LASER (RM39)


Mematikan kuman bakteria penyebab kelemumur, mengurangkan keguguran rambut dan meningkatkan peraliran darah ke folikel rambut. 

INFRARED SCALP TREATMENT (RM79)


Memanaskan urat-urat darah di kepala supaya folikel menerima nutrien yang cukup dan memberikan haba sesuai untuk pertumbuhan anak rambut.

MBH HAIR GROWTH VITAMIN WASH (RM79)


Disebabkan ena tengah mengandung, jadi tak sesuai melakukan rawatan di atas (Antibacterial Scalp Laser dan Infrared Scalp treatment). Cuma cuci rambut merangkumi daripada cucian rambut menggunakan shampoo, conditioner, tonic dan juga serum. 

Paling best tu ada urutan kepala sehingga ke bahu. Huiiiishh memang terlelap lah masa rawatan. Theraphy juga akan ajar cara yang betul menggunakan produk. Ena paling suka tonic tu selepas 3 hari rawatan kulit kepala takde rasa gatal-gatal.

CARA MENGATASI MASALAH RAMBUT

1. Pilih bahan produk berasaskan organik.
2. Jangan kerap basah rambut jika rambut jenis kering/normalHanya 2 hari sekali sahaja. 
3. Minum air masak secukupnya.
4. Membuat rawatan yang sesuai dengan dengan masalah rambut.
5. Makan makanan yang bernutrisi seperti protein.
6. Trim rambut.
7. Wajib pakai tonic untuk menguatkan akar rambut.
8. Jangan ikat rambut terlalu ketat.
9. Berhenti colour kan rambut & dan hair dryer. Biarkan rambut kering secara semulajadi.
10. Gunakan sikat bergigi jarang.

TIPS PEMILIHAN PRODUK YANG BETUL

1. Pilih shampoo yang jernih.
2. Pilih produk yang ada KKM.
3. Pilih shampoo yang sesuai. Jika ada masalah kelemumur yang ringan sahaja, digalakkan ambil shampoo jenis mild seperti damage. Jangan terus ambil yang untuk kelemumur.
4. Bebas Kimia seperti 
i) SLS - Menghasilkan buih dalam shampoo. Turut digunakan dalam produk pencuci enjin kereta.
ii) PARABEN - Pengawet dan bersifat menghakis. Biasa didapati dalam produk mandian & kosmetik.
iii) PEG - Sebatian Petroleum - Bersifat pemekat dan bahaya kepada kulit kerana terdapat bahan pencemar "Carsinogen".


VIP Customer juga turut serta dalam program ni. Banyak ilmu baru kami peroleh. Terima kasih Puan Yaya sudi sharing pelbagai informasi berkaitan penjagaan rambut yang betul.


Ena sangat recommend korang datang ke MBH Haircare sebab ada pengasingan bilik untuk lelaki dan perempuan semasa rawatan dilakukan. Jangan risau boleh je bawa anak. :)

MBH HAIRCARE MALAYSIA

CAWANGAN KAJANG | CAWANGAN JOHOR BAHRU

Post a Comment

28 Comments

Cik Nor said…
wah..jeles ni ngn ena..:)
Azhafizah MN said…
wah cawangan MBH dah bertambah kat JB pulak. Cambest je dapat buat rawatan rambut macam ni
Red Linda said…
bab masalah rambut ni, memang nightmare bagi perempuan. lebih lagi kalau keguguran rambut sampai hampir botak..especially lepas bersalin.

Dah Ada salon/hair spa mcm MBH ni, boleh la kalau nak rawat rambut sekali sekala instead of rawatan harian guna syampu biasa. tu..
Sis Lin said…
Ikutkan Sis nak pergi Ena, tapi teman anak buat Psio pagi tu so tak dapat nak join last minit...
Kalau ada rezeki bolehlah ke sana...
I am Vee said…
Thanks for sharing! I will also share with my muslimah friends! I bet they will be very interested in this place! Thanks !
sitirohaida said…
bestnya.. teringin nak buat rawatan rambut kat MBH. rambut dah banyak gugur ni
cc kak fas said…
Baru fau kalau nak test rambut masuk dalam air. Tq for the tips.
Rawlins GLAM said…
Rawlins memang suka memanjakan diri, especially kepala agar sentiasa tampil kemas dan bergaya. Balik nie nak kena buat test rambut la, nak tengok tenggelam ke tak. Neves plak.
Fadima Mooneira said…
Good information sharing. Sound like a good hair care product. X tahu pula saya fast food pun boley buat masalah rambut.
Nisa Kay said…
Menarik sangat nii! sebab nisa pun selalu ada masalah macam rambut kering dan gugur. boleh la cuba treatment rambut dekat sini.
mek yunie said…
Rasanya rambut mek tak sihat sebab tk tenggelam. Waaaa. Really kena guna produk ni.
Syafiera Yamin said…
wah menarik !! nak buat last test yang letak air dalam rambut tu.. rambut I pun banyak gak gugur tapi nak kata banyak makan msg tu tak la hahaa apa pun thanks for sharingggg
Aerill Hassan said…
menarik artikel kali ini. banyak jugak yang saya tak tahu pasal shampoo dan juga rambut. terima kasih atas perkongsian. lepas ni dah tahu nak beli produk apa.
Ziana Eunos said…
tak pernah lagi buat rawatan rambut ni. macam best jer
Hebat MBH Medispa sekarang dah buka cawangan kat Johor. Last BBL pergi waktu raya tahun lepas buat treatment muka.. nak raya mesti muka kena cantik berseri kan
Marina Bashah said…
Bestnye buat rawatan rambut kat mbh. Siap diagnose lg. Tk pnah diagnose rambut
Very informative blog indeed about hair care - I shall take note of the caring for hair tips from your blog, thanks!
Nadia Johari said…
Sana sini dengr pasl mbh mi.. Haishh kene pergi juga ni.. Menarik sangt ni.. Baru tau kepala pun guna dermaroller ye. Ingat muak je.. Hebat sangat ni
mrsliez said…
Teringin nak g pusat rawatan ramhut sebab nak tahu masalah rambut ni yang selalu gugur dengan banyaknya. Stress tengok rambut bertabur atas lantai
Hanny Abdullh said…
Memang nak sangat buat rawatan rambut sebab prob skrg rambut banyak sangat gugur, memang risau sangat ni. Nanti nak cari masa yang sesuai untuk buat rawatan kat sana
Faradidi said…
Bestnyaaa dapat buat rawatan rambut.. Tulah pemakanan sekarang kan banyak buat rambut gugur..
Bestnya rawatan2 rambut dia. Nampak sangat professional dan sangat berilmu. Jarang jumpa tempat rawatan rambut yg orang melayu buat. Menarik utk dicuba.
Kisah Tatie said…
suka pula tengok tengok dia scan kepala tu
Dunia Zumal said…
Rasa kena pergi buat rawatan rambut juga ni
Slumber Lady said…
sebenarnya rambut ni macam muka juga, kena ada penjagaan rapi. eh, semualah kena jaga dengan rapi, badan kita lagi kan. barulah sihat dan kita rasa konfiden.
Kk said…
Dulu selalu org kata potong hujung rambut boleh cepat panjang, tapi rupa-rapanya mitos je. Tapi ada bagusnya jugak potong hujung rambut tu sebab kalau dah lama rambut yang hujung selalunya akan rosak dan bercabang :)
Nad said…
Wahh nak cuba antibactrial scalp treatment tu. Gatal sangat rambut ni
Ardini Humaira said…
Baru dni tahu rupanya ada cara test rambut sihat ke tak. Nanti nak pi rendam rambut hehe