True Arabian Ramadan Buffet 2023 terbesar di Malaysia by Zaituna bakal berlangsung di Persada Johor

Tak lama je lagi nak masuk bulan Ramadan, maka penuhlah iklan buffet Ramadan lalu lalang di sosial media. hehehe.. Haaa apa lagi korang dah boleh survey dah nak berbuka di mana. Salah satu tempat yang ena nak cadangkan pada korang ialah True Arabian Ramadan Buffet terbesar di Malaysia  pada bulan Mac 2023 ini dibawah Zaituna Restaurant Buffet Ramadhan.

Dimana lokasinya?

Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru. Besar dan luas tempatnya. Haaa. tak perlu makan di luar tapi makan di dalam dewan yang boleh memuatkan sehingga 1000 orang. Ramai kan?


Hidangan secara buffet dengan pelbagai pilihan seperti menu utamanya Nasi Arab, Ayam, Kambing, SeaFood, Arab BBQ, Pizzas, Appetizers, Fruits, Home made Dishes  sempena Ramadhan 2023 dengan harga yang istimewa untuk anda.


Ada tiga jenis nasi iaitu Nasi Mandi, Maklouba & Kabsa. Favourite ena Nasi Mandi. Favourite suami pula Nasi Maklouba. Ayam dan kambing tu sangat lembut dan juicy. Nasi dimakan kosong pon sedap taw. Cukup rasa! Padu habis.


Lebih daripada 55 hidangan paling lazat di Malaysia yang disediakan. Kambing BBQ juga ada dibakar, kuih-muih Arab tersusun cantik terliur rasa, dessert yang menarik pembuka selera.


Kunafa yang viral ni memang wajib try lah kalau datang. Ena suka makan sebab tidak terlalu manis. Makanan popular di Turki. Tekstur lembut, manis dan berlemak di dalam tetapi rangup di luar. 



Bukan kunafa saje, korang kena try manisan lain seperti Baklava sejenis manisan popular dari Turki ini menggunakan lapisan filo pastri dengan isian kekacang di siram dengan sirap manis.

Sajian dessert ini dipanggang sehingga garing diluar dan mempunyai pelbagai isi dan bentuk berbeza. Kemudian dipotong kecil dan disiram dengan sirap manis. Manisan arab ini menggunakan isian kekacang seperti pistachio, walnut, hazelnut & almond.



Dah macam pergi kenduri kahwin kan.hehe.. Betul-betul meriah tahun lepas. Tahun ni mesti sama juga meriah kan. Zaituna ni sangat terkenal di JB. Sudah tentu ramai pelanggan setia yang akan datang. Uwhh ya, cawangan Zaituna lain buka seperti biasa ya cuma hidangan menu secara ala carte.




JOM BERBUKA PUASA 🌙

🌙 💫 Zaituna Restaurant Buffet Ramadhan 💫 🌙 

Biggest True Arabian Buffet in Malaysia,
Di JOHOR INTERNATIONAL CONVECTION CENTER , PERSADA JOHOR.

Joooommmmm !!

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi kami di :

📱 whatsapp: >>>> https://go.wa.link/zaitunajb
                    >>>> http://wa.link/zaituna

☎️ No tel : 07-213 3577

Harga :
RM79 / Dewasa
RM39 / Kanak-kanak (6-12 Tahun, 5 bawah free )

⭐️ SPECIAL DISCOUNTS FOR GROUPS and CORPORATE BOOKINGS ⭐️ 

🗓 Tarikh :25 Mar – 21 Apr 2023
⏰ Masa : 6.00pm – 9.00pm

**Ruang solat disediakan

Post a Comment

1 Comments