Program cuti sekolah di Wonderpark Melaka dan Malaysia Heritage Studios

Malaysia Heritage Studios, salah satu tarikan menarik di Melaka budaya perkampungan dan warisan yang ada sebanyak 13 rumah mewakili negeri di Malaysia di Taman Mini Malaysia ini tak jauh dari Tol Ayer Keroh. Tak sempat masuk pon masa ni sebab nak kejar masa ke tempat lain plus masa ni musim hujan. Konon nak pergi Taman Rama-rama tapi faktor hujan tak sesuai nak bawa anak-anak berjalan. Kami singgah makan nasi ayam je. Korang kena try taw nasi ayam sini sedap sangat. Makan 1 pinggan pon tak puas. RM7 murah dan siap tambah order lagi.hehehe...

Next time ada rezeki kena pergilah tengok sendiri monumen gergasi yang boleh bergerak dan berbunyi macam Sang Kelembai, mawas, gajah, naga Tasik Chini. Boleh tahan lawa lah nak bergambar kat dalam Tiktok banyak review.

Tiket dewasa adalah RM45, warga emas dan kanak-kanak berharga RM35 dan OKU pula berharga RM30.

BELI TIKET ONLINE :

https://www.ticket2u.com.my/mhs/book


Masa ni hujan renyai ya. Gambar cepat-cepat masuk kereta semula.huhu.. Dekat tepi tu ada kedai makan. Haa jangan tak singgah makan nasi ayam taw.

Wonderpark Melaka

Baru lagi pergi jadi nak baca details boleh baca kat entri lepas.

https://www.tinynasweet.com/2023/02/wonderpark-melaka-salah-satu-tarikan.html


Kali ni bawa keluarga mertua pula jalan. Janji dapat beli jiwa anak-anak. Kita pon dah seronok diorang puas main. Berbaloi lah beli tiket nak bagi anak main puas-puas. Beli tiket untuk 5 orang je RM30/orang. Mama dan safiyyah masuk free.


















Post a Comment

0 Comments