Wonderpark Melaka salah satu tarikan menarik di Melaka

Dalam The Shore Shopping Gallery ada macam-macam tempat best rupanya 😂. Dulu dah pergi yang The Shore Oceanarium Melaka. Kali ni kami terjah Wonderpark Melaka pula sebelah je dengan Oceanarium tu. Lepasni boleh try The Shore Sky Tower pula. kalau korang datang dari jauh elok sangatlah staycation hotel situ pastu round semua tempat yang ena listkan ni. Tak payah dah keluar ke bandar. Puas hati lah jalan dalam mall je. Lepastu nak tengok view cantik waktu senja boleh pergi ke Melaka River Cruise yang hanya ambil masa 6 minit je. Dekat sangat!

Seriously best bawa anak-anak ke Wonderpark sebab sesuai untuk 1 family masuk. Sesuailah dengan tagline "Indoor Family Park 1 ticket 6 experiences 4 desserts". Menarik je bunyi kan?


Berjam dalam tu susah ajak anak balik.hehe.. Jangan risau para ibu bapa ya kalau bosan ada game juga untuk korang. Boleh lah rehat-rehat sambil tunggu anak main. Cafe dessert pon ada boleh redeem baucer tiket yang kita beli di kaunter.

🕺PLAY ALL YOU CAN
Turn into cartoon
Giant Kidzone
Basket Ball Freeplay
Time Travel Bicycle
Trampoline Jump
4D Max Coloring
Play PSS
Massage Chairs
Football Machine
Selfie Museum
Starlight Zone
Kids Ride
Free Vouchers


Ruang masuk pon dah cantik


Jangan lupa pakai stokin siap-siap dari rumah ya. Disini ada banyak locker kasut. tak perlu guna coin.





Masuk je ke dalam boleh start selfie dulu untuk dijadikan profile game.


Apa lucu benar muka sumayyah.haha.. siap berjoget.


Nanti keluarlah dekat skrin atas tu.


Playground besar so puas lah anak bermain.



Laluan ni bagi sumayyah main je. Adik main dekat belah lain.





Banyak halangan, takdelah budak bosan main kan. Kreatif.




Ena pon panjat juga atas.hehe. Mujur ringan.


Cute je rumah.



Ada banyak kiddy car di semua ruangan.




Ada banyak lagi ruang bermain ya tapi tak sempat ambil gambar pon. hehe... Busy tengok anak main jerrr..


So ini lah baucer yang akan kita dapat masa bayaran di kaunter.





Ni contoh menu yang ena sempat ambil.


Inilah yang ena grab untuk family. Sambil tengok anak bermain di sebelah boleh lah basahkan tekak di cafe. Toilet pon sebelah je..


So sambung lagi bergambar. Ni memang tempat favourite ibu-ibu ya.






Kalau anak mula nampak penat tu boleh lah ajak ke ruangan rehat sambil tengok gajah.hehe. Sini ada mini khemah. Rasa tenang je macam berada di dalam hutan.


Ni ruangan bapa-bapa yang nak main game tanpa gangguan anak.hehe..


Ada juga disediakan ruang kerusi urut. Yang ni kena bayar sendiri tidak termasuk tiket.


Haaa syok lah banyak bean bag boleh santai-santai baring sambil main phone. Safiyyah pon dah tersandar penat main.


So far berbaloi untuk dikunjungi. Anak-anak sangat teruja bermain sampai taknak balik. Banyak benda yang boleh terokai. Selamat dan bersih. Staff ada je rounder tengok kawasan.

💰Harga tiket:
RM25 dewasa & kanak-kanak (isnin-khamis) 
RM30 dewasa & kanak-kanak (jumaat-ahad)
**Percuma 3 tahun ke bawah & 65 tahun ke atas
** 50% diskaun untuk OKU

Tel : +6012-899-6928

🪅 Dibuka setiap hari 10.00 pagi - 7.00 malam (tutup hari selasa)

>> Lot 2F-2C, 2nd Floor, The Shore Shopping Gallery, 75100, Melaka
.................................................................................................


Post a Comment

0 Comments