Lawatan sambil belajar Pasti Kawasan Bakri murid 6 tahun ke Melaka

Alhamdulillah penutup sesi 2022, meraikan pelajar 6 tahun dengan membawa pergi rombongan ke Melaka. Diberi kepercayaan sebagai PIC tempat, mencari tempat menarik untuk anak-anak Pasti Kawasan Bakri. Syukur semua dipermudahkan dari awal perjalanan 8.30 pagi smpai 7 malam. Anak-anak tak banyak ragam.

Disini ena buat rujukan kertas kerja lawatan serta quotation mungkin ada guru-guru atau pon family nak buat lawatan sambil belajar ke Melaka. Harga yang ditawarkan lebih murah daripada harga biasa dengan syarat minimum 30 peserta terlibat. Jadi surat rasmi permohonan quotation kena submit kepada pihak berkenaan melalui email rasmi. Untuk confirmation masa dan jumlah penyertaan perlu disahkan sebelum 7 hari lawatan.

Seramai 148 orang dengan menaiki 3 bas dan 1 van ke destinati:

1) Taman Rama-Rama dan Reptilia, Melaka

2) Masjid Selat Melaka

3) The Shore Oceanarium Melaka

Terima kasih kepada semua pihak memudahkan urusan kami. Semoga jadi kenangan buat anak-anak 6 tahun.


LAWATAN MURID 6 TAHUN KE MELAKA

Tarikh : 16 Februari 2023 (Khamis)
Masa  : 8.00 pagi hingga 6.30 petang

TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi             : murid berkumpul di check point.
8.30 pagi             : bas mula bertolak ke destinasi.
10.00 pagi           : aktiviti di Taman Rama-Rama Dan Reptilia.
12.30 tengahari   : bas bergerak ke Masjid Selat Melaka (Solat Zohor).
2.30 petang        : aktiviti di The Shore Oceanarium.
4.30 petang        : bertolak ke RTC Sungai Rambai utk makan petang.
6.30 petang        : bertolak balik ke Muar.

Pakaian Murid:
1.murid pakai Baju Sukan PASTI
2.berkasut
3.bawa extra pakaian yg sesuai
4.bawa tuala mandi saiz kecil
5.Facemask (wajib pakai masuk The Shore Oceanarium)
6.Stokin Extra (untuk murid perempuan nak solat)

**PIC setiap bas perlu sediakan plastik sampah, plastik untuk muntah dan first aid.


HARGA PENGANGKUTAN

Kanak-kanak (murid): 108 org
Dewasa (guru & unit amal): 40 org

Bas 1 44 org (RM700)
Bas 2 43 org (RM700)
Bas 3 44 org (RM700)
Van 17 org (RM550)
JUMLAH KESELURUHAN = RM2650

**Total 148 orang terlibat


  TAMAN RAMA-RAMA & REPTILIA MELAKA


Untuk driver bas dan van dapat masuk percuma serta makan percuma ya. Dan pembelian 10 tiket akan dapat percuma 1 tiket guru. Ikutkan kami cuma dapat 10 tiket tapi Puan Ju baik hati bagi kami 13 tiket. Tq Puan Ju sangat baik dan ramah. Mudah nak bekerjasama melalui WhatsApp. Korang boleh contact 016-3636537.

Kami ambil "Program pendidikan murid sekolah" sebab lagi berbaloi iaitu "Pakej Larva 1 jam 30 minit" tapi peruntukan masuk 2 jam termasuk makan nanti ya.

Menu pilihan kami:
Pelajar & Guru: Nasi Lemak + Telur Mata + mineral kecil
(Nasi lemak dia sedap taw lagi-lagi sambalnya)

**jika ada pengurangan pelajar/guru pada hari tersebut, pihak sekolah hanya perlu bayar untuk makanan sahaja

Untuk menu ni kita boleh pilih seperti dibawah :

Menu Makanan untuk pakej Imago & Larva:

Nasi goreng/Bihun goreng/ Mee goreng/ nasi lemak

Jika cikgu nak tambah ayam goreng/ayam masak kicap/ ayam masak sambal/ayam masak cili padi/ ayam masak rendang ,tambahan  RM2. Jika pilih Happy meals, tambahan RM3.


Kak Yasmin dan Kak Nabila guide kumpulan kami. Disebabkan kami ramai jadi pecahan kumpulan mengikut kenderaan.





Korang mesti nak tahu berapa lama hidup, makan apa je. banyak ilmu pengetahuan yang kita boleh tahu. So pergilah.hehe..



Burung kasih sayang sebab makan nak bersuap. Seronoklah sini sebab kita juga belajar pasal haiwan lain. Bukan hanya rama-rama taw. Buaya takde tangan pon ada. Burung paling bising iaitu burung nuri bila kami lalu tu sangat berdesing telinga dibuatnya. Ular pula besar-besar.


Ikan Pacu ni nampak muka suci tapi garang macam piranha ya.




Setelah penat explore, last sekali ada makanan. Toilet lah jauh sikit. Pastikan kerap bawa murid ke tandas sebab budak cepat penat dan haus banyak minum air.

MASJID SELAT MELAKA



Lawa masjid ni terapung. Mesra kanak-kanak juga. Mereka pon behave je solat dalam masjid.


Ada ruang permainan.


Ada ruang bacaan.




THE SHORE OCEANARIUM

Sampai je The Shore Shopping Gallery, kami turun di pintu depan kemudian pergi ke escalator belah KFC terus ke tingkat 2.


HARGA TIKET SELEPAS DISKAUN
Tiket dewasa RM28.00 (harga asal RM40)
Tiket kanak-kanak RM21.00 (harga asal RM30)

* Must wear a face mask during the visit time





Best masa ni. Time hujan, betul-betul ada hujan.haha... Time keluar ular betul-betul kaki kena libas. Terkejut je kami.





Tangkap ikan





Warnakan dan klik untuk dipaparkan pada skrin nanti









Untuk makanan petang, tempah awal dengan manager KFC Sungai Rambai dan kami berhenti makan dan solat di RTC Sungai Rambai. Ni contoh menu yang korang boleh pilih.



Alhamdulillah dalam jam 7 kami sampai ke Muar. :) tq reading.......

Post a Comment

2 Comments

Itinerary ni, bukan anak2 pasti je excited, acik pun nak gi macam ni.
Jamilah said…
Terima kasih guide info. Baru nk plan 2023