Pengalaman naik Melaka River Cruise

Alhamdulliah merasa juga naik cruise di Melaka ni.hehe. Mood suami baik nak jalan-jalan. Melaka ni dekat je dengan Muo tapi sejak melahirkan safiyyah musim PKP dari 2020 tu memang lama tak jalan Melaka. Start tahun lepas lah baru rajin turun Melaka. Beli jiwa anak semula yang tak merasa berjalan sangat ni.  


Excited betul budak kecik ni seboleh-boleh nak duduk depan sekali. Tapi ni kejap je taw, lepastu duduk kat seat semula sebab tak boleh mengganggu pandangan orang lain.


Kebetulan kami lepas masuk Wonderpark Melaka tak jauh pon 6 minit je perjalanan naik curise ni. So teruslah tunggu sini jam 6.30 petang nak tengok view senja. Boleh tahan ramai orang. Surau pon ada. Pusing selama 45 minit gitu. Bestlah memang tak rugi pergi. At least dapat kurangkan ketakutan anak nak naik. Mula-mula sumayyah takut, dah lama-lama baru dia seronok. Boleh nampaklah beza muka dia tu.hahahaha...

Pembuka tahun 6/01/2023 (jumaat) naik Melaka River Cruise.

HARGA TIKET :

RM25 x 2 orang dewasa

RM15 x 1 orang kanak-kanak (2 - 12 tahun)

Adik masuk FREE

Total RM65. Lepastu beli gambar dengan fridge magnet gambar keluarga RM40. Total perbelanjaan RM105.

MELAKA RIVER CRUISE

Mengambil masa 45 minit untuk menyusuri Sungai Melaka sepanjang 9 kilometer yang bersejarah menaiki Melaka River Cruise. Pada 11 November 2005 perkhidmatan Melaka River Cruise telah dirasmikan oleh Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang Di-pertua Negeri Melaka semasa beliau menjadi Ketua Menteri Melaka pada tahun 2005. Penubuhan perkhidmatan Melaka River Cruise selaras dengan aspirasi untuk melihat Sungai Melaka maju setanding dengan sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.

Pelayaran ini membawa anda ke bangunan bersejarah, rumah kedai lama, perkampungan melayu, tempat beribadah, muzium dan kafe tepi sungai dan banyak lagi lokasi yang hanya dapat dinikmati apabila anda menaiki Melaka River Cruise. Terdapat juga banyak seni lukisan mural di bangunan dan suasana indah yang sangat menarik.

Video boleh tengok di Instagram link di bawah :

https://www.instagram.com/reel/Cnyo40LNEcl/?utm_source=ig_web_copy_link

Post a Comment

1 Comments

aienienka said…
Wah bestnya naik Cruise. Macam dah naik harga dia ek.