Jangkitan kuman kat paru-paru, Pneumonia kesan daripada Long Covid

Tahun 2021 merupakan tahun yang banyak meninggalkan kesan trauma pada ena sebab kami sekeluarga asyik ulang-ulang sakit. Anak kerap jatuh sakit, kemudian sambung pada ena. Ibu kena kuat nak jaga anak tapi lastly ena tumbang juga masuk hospital. Kena Covid-19 sebanyak 2 kali dan Influenza pada tahun lepas memberi kesan lama batuk on off sepanjang 6 bulan. Tak sangka jadi tahap serious. Mujur suami banyak membantu jaga anak-anak sampai sihat di rumah.

Ena ambil insurans dengan Kak Linda seorang blogger juga. Tq Kak Linda banyak membantu proses sepanjang ena di wad.


Masuk KPJ Maharani Specialist Hospital dengan kos RM4+++ tapi semua ditanggung oleh AIA. Ikutkan ada deposit RM400 tapi masa tu tak minta pula. Agaknya AIAI respon cepat dalam sistem. So korang boleh rojer Kak Linda kalau nak buat medichal card. Ena siap ambil pakej Hibah.


Yang buatkan ena jadi teruk sebab kena tonsil. Plus demam panas tak kebah dan sakit tengkuk tak boleh nak baring telentang. Bisa dia tak boleh bawa bincang. Mujur doktor masukkan antibiotik yang serasi. Sebelum itu, ena dah ke hospital kerajaan tapi antibiotik tak serasi diserang cirit birit yang teruk dan muntah-muntah. Ni doktor drip terus dengan cecair. Nampak kan ada air warna kuning dekat gambar first tu. Itulah antibiotik Avelox. Sakit perut juga okeyy mengulas-ngulas je tapi doktor masukkan ubat sakit perut sekali. Badan ena kalah antibiotik.


Menu pula boleh pilih awal. Harini dah order untuk menu esoknya..


Scan untuk order makanan.

Waktu penutupan pesanan menu:

Breakfast/ Sarapan : 5.00am (7.45-8.30am)
Lunch / Makanan Tengahari: 10.00am (12.00-1.00pm)
Dinner/ Makan Malam: 3.00pm (5.30-6.30)


Barang asas yang diberikan KPJ seperti berus gigi, ubat gigi, sabun, syampoo, tuala mandi, cawan dan lain-lain.


Anak-anak tidak dibenarkan masuk tapi ikut budi bicara sampai jam 9.00malam. Barulah ibu selera makan tengok anak-anak depan mata.


Tq mertuaku pos kan Vitamin C ke Muar. Sampai sekarang masih amalkan. Sedappp tuang je dalam mulut dan hisap.


1 bilik ada 2 katil. Selesalah untuk ena menginap. Cuma tak tahan aircond sangat sejuk. Dah setting pon sejuk.. Pakai 2 lapis selimut.haha.. tula kurus sangat!

Alhamdullah lah selepas keluar hospital, ena susah nak jatuh sakit lagi. Syukur lah ubat di KPJ serasi, ena boleh bergerak aktif dan kurang penatnya.. Semoga ni last lah ibu stay hospital.huhu... ibu dah trauma operation 2 kali, beranak lagi.hehehe.. Harap lepasni ena sentiasa sihat hendaknya..

Aaaaamminnnn.....

Post a Comment

2 Comments

AzianKhalil said…
lepas covid memang kerap batuk sekarang ni, doktor kata paru paru jadi lebih sensitif
Allahuakbar! Semoga makin ringan sakit Ena dan disembuhkan sepenuhnya.