Bersantai di Pantai Leka dan Parit Kedondong Laut, Parit Jawa, Muar Johor

Dapat juga jejak tempat viral, Parit Kedondong Laut ni. Kebetulan ada tugasan di Parit Jawa, jadi kami pon ambil peluang ni pergi melawat kawasan.hehe. Parit Kedondong ni jauh ke dalam taw. Kalau tak pasti memang patah balik dibuatnya. Sebab naik sampai ke benteng atas masuk pula jalan kecil. Siapa berani kan? Was-was nak ke depan tapi mujurlah kawan ni pernah datang jadi berani lah ena drive ke sana. Memang tak nampak. Sebab situ tengah tambak lagi. Kalau malam mungkin dah nampak. Katanya malam lagi lawa ada lampu.  Datang pada waktu matahari terbenam memang cantikkkk. Ena datang ni jam 12tengahari. Terik sangat. So malas nak lama-lama. Takut sunburn.haha.

Bergambar di ruangan Tomisstan Cafe


Kami cuma singgah bergambar je. Disini banyak tarikan. Kolam memancing dan cafe. Cuma cafe tu ena tak pasti ya sebab staff dia cina.


Boleh picnic dengan family.


Tak ramai orang jadi puas bergambar. Ada juga buaian tapi ikut nasib lah kalau full tak dapat bergambar.


Lawa tempat baru ni. Cuma kena sabarlah nak masuk ke dalam. hehe.. Kena redah jalan kecil.


Pantai Leka ni memang dah terkenal tempat port makan asam pedas. Cun lah bergambar dekat sini. Time sunset lagi lawa ni bergambar. Ada juga taman permainan ya.





Ok dah sampai ke sini. Ada lagi tempat lain macam Pantai Parit Penyengat Laut dan Pantai Mesra Sri Menanti. Belum sempat jejak lagi.

Post a Comment

0 Comments