Travelog Shah Alam | Elmina Valley Rainbow Bridge

Akhirnya dapat juga jejak 🌈 Elmina Valley Rainbow Bridge dan 🌈 Elmina Orange BridgeSimple je park ni. Kebetulan takde orang, Puaslah kami posing. 2 tempat ni berasingan taw. Datang tu kalau pertama kali memang keliru. Kalau nak pergi yang Elmina Orange Bridge kena ikut bulatan sebelum Elmina Rainbow Bridge ni belok kanan. Tak faham sila buka maps.huhu.

Adik takde mood bergambar dia main sorang-sorang.


Ni penangan opening montage Cinta Sekali Lagi. Ada yang panggil Elmina Valley Park. Tak sangka dekat je rumah anak sedara mertua. Selalu bermalam tapi tak tahu pula tempat ni dekat je. Lepas viral baru lah pergi.






Tak turun. Parking tepi jalan je sebab nak kejar trip ke KL pula. Trip ni Menantu vs Mertua je.hahahaha. Suami masing-masing ada kerja. Untung dapat mertua sporting ni layankan je menantu nak jalan kesana kemari. Kalau tak, rasa belum pasti sampai.

I-City dan Seni laman 7 korang boleh tengok details di entri lama bawah ni.




Kalau turun Shah Alam, ni dah jadi 1 tempat wajib melawat dari zaman ena belajar lagi.hehe. Budak-budak suka tengok lampu.



Muka penat masing-masing melayan budak-budak nak main je. Mujur dulu-dulu datang puas explore. So kali ni santai-santai je.

Post a Comment

0 Comments