ツ Teman Tapi Mesra

Travelog Shah Alam I-City dan Seni Laman 7

Kalau entri sebelum ni ena share tentang HOTEL DE ART yang ena menginap, kali ni ena nak sharing port makan dan tempat kami bergambar. Port makan ni adik ipar yang bawa jadi kami follow je. Dia ajak kami ke kedai makan Wak Doyok Seksyen 7 sebab dah alang-alang nak ke I-City. Entah kali keberapa tetap nak pergi jugak sebab anak suka tengok lampu.

Dulang Mas Cafe Rasa Original Hatyai

Tapi kannn masa kami makan ni taklah best pon biasa je. Lepastu kannn tengah-tengah makan cik Li*** lalu atas meja. Kau rasa???? hahahah.. Yelah first time datang tiba-tiba terjadi macamtu. Tapiiii bila ena google rupa-rupanya Wak Doyok dah jual cafe ni pada orang lain dan owner tu taknak turunkan signboard lama. Patutlah tengok lengang je. Padehal kalau tengok FB tu dulu kemain ramai artis datang. Ena memang tak survey makan pon masa tu sebab tak terfikir nak makan luar. Ingat nak makan KFC deret hotel je


Cafe cantik tapi kebersihan kurang memuaskan.


Waiter cakap Nasi Dulang Mas ni signature cafe ni so ena try lah. Tapi tak sedap mane sebab rasa halia.hahahahaha.. Ingatkan dapat dulang besarlah sebab dia cakap ada sotong udang dan ayam. Bayangkan ada lah sambal ke tapi ni lah rupanya,


Nasi goreng USA bagi ena sedap lah


Haa tapi Fish & chip ni memang sedapp gilerrr lembut habis di dalam crunchy diluar cuma agak mahal sebab portion kecil dan sedikit je isi tapi harga RM13.50. Ni memang kali pertama dan terakhirlah ena datang.hahahaha..

I-City



Malas nak taip panjang sebab dah tulis sebelum ni hahaha



Kali ni jalan kat area bawah je sebab ada baby kan. Bawa kakak jalan kejap je sebab dah janji dia memang kena tuntut.





Muka merajuk tak dapat naik kuda haha.. Seram tengok laju. Last-last dapatlah upah naik Spacewalk harga RM20 dan senang sekarang bayar guna Kad Bank di Kiosk je. Teringat dulu parking pon mahal RM20 tapi sekarang dah RM3.




Next time teringin pula stay sini. Lagi syok nak jalan puas-puas.

Seni Laman 7


Lepas je check out kami terus ke Seksyen 7 untuk cari makan tengahari. Kedai Wong Solo full memang tak lah kami nak tunggu jadi kami pergi ke Selaman Biz Park. Haa bangunan besar ni macam-macam makan ada. Ena makan nasi campur je. Habis je makan kami terus ke Laman Seni seberang jalan. So senang parking depan Selaman Biz Park nanti korang nampaklah street art ni.


Umbrella Alley ni depan bangunan. So korang pergi ke belakang bangunan.
















Cuma sayanglah banyak lukisan dah berlumut tak terjaga. Gambar ena ambil ni mana yang ok je. Jadi lah buat kenangan.


Selesai jalan tu jangan lupa singgah beli Teh Ais Padu dari Pyorr Official ni. Memang sedap harga RM3. Bomboloni pon ada jual tapi bagi ena terlalu manis uuittt. Kalau korang jenis suka manis rasa ok lah makan kot. Memang sedaplahh ada macam-macam jenis tapi tak sempat snap kakak dah makan, itu sajelah ena sempat jelajah sebab masa tak banyak. Nak pergi Elmina Valley Park pon tak sempat. Next time lah terjah.

2 Chantiq Manis:

Diana Rashid said...

memang kecik sangat fish & chip dia. Harga mahal la. tu harga untuk portion besar kalau restoran biasa2 gini..

Atie Zieya said...

pernah pegi ICT skali je..tringin nak pegi lagi