Bagaimana 6 bahan nutrisi utama Eskayvie i-Qids boleh membantu anak-anak fokus dalam pelajaran?

Bagaimana 6 bahan nutrisi utama Eskayvie i-Qids boleh membantu anak-anak fokus dalam pelajaran? | Sebagai seorang pendidik pra sekolah, sejujurnya agak risau melihat perkembangan kanak-kanak yang masih ramai belum menguasai sepenuhnya membaca, menulis dan mengira seiring dengan usia. Ada banyak faktor yang menganggu prestasi mereka yang tidak mampu berdaya saing dan fokus dengan apa yang mereka belajar. Salah satunya sering jatuh sakit tidak hadir ke sekolah, menyebabkan ketinggalan silibus yang jauh. Nak paksa mereka belajar dengan cepat? Rasanya tak sesuai dan tak semua ya fast learner.

Bukan itu saje, disebabkan Covid-19 menyerang secara global, maka sistem persekolahan terpaksa dijalankan secara PDPR dan bila sekolah dibuka semula pada tahun lepas, anak-anak masih dalam keadaan tak bersedia dengan norma baharu termasuk para ibu bapa. Boleh dikatakan sampai sekarang masih ramai anak murid yang kerap jatuh sakit. Jadi agak sukar nak fokus belajar. Bayangkan umur 5 tahun pon masih ada yang pakai pampers dan tidak tahu memegang pensil. Mereka belum mampu sesuaikan diri di sekolah. 

Dan ena pon buat juga research kesan jangka panjang Covid-19 ni terhadap kanak-kanak. Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu ada ilmu pengetahuan untuk melindungi anak-anak dari awal.

Tahukah korang, salah satu kesan yang disebabkan oleh jangkitan C-19 adalah kabut otak atau brain fog. Brain Fog ni seperti yang diketahui ia merupakan salah satu komplikasi daripada COVID atau lebih dikenali sebagai Long COVID. Ia bukan satu penyakit. Sebaliknya, ia merupakan sesuatu gejala yang boleh berpunca daripada masalah fizikal dan mental. Ini boleh menyebabkan anak anda berasa seperti otak mereka jadi kabur atau blur, mudah lupa, susah fokus dan minda jadi letih.

⚠️BPA - Makanan Dalam Tin, Mainan 
⚠️BPA/PFCs - Bekas Minuman, Kuali Anti Lekat 
⚠️Racun Perosak - Racun Perosak Agrikultur 
⚠️Pthalates - Debu


Kesannya, perkembangan otak mereka akan terjejas :
1. Sukar nak fokus semasa belajar
2. Memori lemah daya ingatan
3. Cepat letih lesu kurang aktif
4. Tantrum / tak dengar kata
5. Slow learner / pelajaran merosot
6. Kesan lepas kena COVID 19 anak susah nak fokus

"Saintis telah mengumpulkan data-data dan didapati 𝟑𝟕% 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐢 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃 𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐭𝐨𝐦-𝐬𝐢𝐦𝐩𝐭𝐨𝐦 𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃. Daripada 37% yang mengalami Long Covid tadi, 𝟑𝟏% 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐁𝐫𝐚𝐢𝐧 𝐅𝐨𝐠, samada serius atau tak serius, lama ataupun sekejap. Dan bagi mereka yang mempunyai sejarah dijangkiti COVID serius pada tahap 3, 4 atau 5 sehingga masuk hospital dan sebagainya, didapati 𝟔𝟗% 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚."

Oleh sebab itu, sangat penting bagi ibu bapa untuk mengenal pasti setiap gejala yang ditunjukkan oleh anak-anak supaya ia tidak mengakibatkan kesan yang lebih serius. 

Nutrisi utama dalam Eskayvie i-Qids yang perlu diambil oleh anak-anak untuk amalan pemakanan yang sihat

Tips untuk mengatasi masalah brain fog di kalangan kanak-kanak adalah dengan mengamalkan Eskayvie i-Qids selain makan makanan seimbang. Antara formulasi penting di dalam i-Qids termasuklah Phosphatidylserine (Serine) dan Alpha Linolenic Acid (ALA) yang penting untuk struktur asas sel otak. 

i-Qids, vitamin booster minda yang lengkap dengan nutrisi terbaik yang diperlukan oleh otak seperti Phosphatidylserine (Serine), Alpha Linolenic Acid (ALA), 22 buahan dan  sayuran, Moringa, Prebiotik, Multivitamin dan juga Mineral. 

Kalau nak tahu, sebenarnya masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak kanak kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!

Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu sel sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individiu terdedah dengan pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.

Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.

Ikan sebenarnya mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.

Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan semulajadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan, namun akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.

Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber antioksidan utama dalam pemakanan harian kita.

Tetapi, lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi, termasuklah kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan?

Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam sayuran tersebut.

Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.

Moringa Oleifera adalah sejenis tumbuhan yang turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai'. ia merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.

Khasiat moringa yang anda perlu tahu:
1) 3x zat besi berbanding bayam
2) 4x kalsium berbanding susu
3) 3x potassium berbanding pisang
4) 7x vitamin C berbanding oren
5) Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.
6) Menyokong kesihatan organ
7) Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan

Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.

Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini.

Prebiotik merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.

Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus.

Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.

Mengikut kajian, sebenarnya ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak anda.

Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.

Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkap dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak.

Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh membantu.

Khasiat 6 dalam 1


Manfaat Eskayvie i-Qids kepada anak-anak

1. Merangsang sel-sel otak untuk berhubung
2. Menguatkan memori & daya ingatan
3. Meningkatkan fokus & daya tumpuan
4. Kebolehan minda & kebijaksanaan
5. Kesihatan mata, tulang & gigi
6. Memperbaiki mood dan mengurangkan stres
7. Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran
8. Melengkapkan keperluan nutrisi dengan 22 jenis vitamin dan mineral serta 22 jenis ekstrak buahan dan sayuran


Kelebihan Eskayvie i-Qids berbanding produk lain

1. Menggunakan bahan-bahan semula jadi.
2. Diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.
3. HALAL, selamat dan berkesan.
4. Sedap dan rasa coklat.
5. Mudah diamalkan.

Cara pengambilan




Pengenalan produk Eskayvie i-Qids dari Formulator | Dr Syid Ayob Al-Qudri


Lihat testimoni pengguna i-Qids

Mesti ramai yang tertanya-tanya keberkesanan produk ni dan betul ke ia boleh membantu perkembangan otak kanak-kanak? Jom kita tengok testimoni-testimoni pengguna dibawah.







Dari testimoni-testimoni diatas, kita dapat lihat ramai ibu bapa yang gembira dengan perubahan positif anak mereka lepas cuba Eskayvie i-Qids. Dari yang hyper, susah dikawal dan tantrum kini semakin terkawal dan semakin rajin buat kerja sekolah. Anak juga semakin ceria dan rajin ke sekolah. Dari yang tidak berselera makan kini semakin berselera makan dan bermacam-macam lagi reaksi positif dari ibu bapa.

Korang kat luar sana tunggu apa lagi? Jom dapatkan yang terbaik untuk anak-anak korang.

Dapatkan segala informasi daripada laman web rasmi Eskayvie Malaysia

| Eskayvie Malaysia |

Post a Comment

2 Comments

AzianKhalil said…
boleh la bagi anak cuba nanti
Kak Lin Ezyklik said…
berbaloi sgt dgn khasiat yg byk dlm 1 tablet rasa coklat yg sedap sesuai utk anak saya yg picky eater, x mkn sayur dan buah. nampak lebih cerdik