Tema Raya Hitam Putih Kehidupan melengkapkan potret keluarga kami Part 4

Ena suka sangat dengan tema Hitam Putih Kehidupan ni. Terkejut masa tengok depan-depan set studio ni sebab barang almost betul ya dibalut dengan warna putih. Ingatkan semuanya lukisan 2D sahaja. Berbaloi betul lah datang ke The Empire Studio ni jauh-jauh asalkan dapat hasil yang memuaskan. Kesemua 4 set studio di sini sangat cantik dan kreatif. Please tahun depan buat lagi tema best-best.







Selain itu set ni ada tarikan pada budak. Jadi mudahlah nak tarik minat adik untuk bergambar dengan adanya mangkuk tingkat. Yang si kakak tertarik dengan telefon. Kami biarkan saje mereka posing secara natural. 







Seronok betul adik dapat biola.  Bijak cameraman gunakan peluang yang ada untuk abadikan potret adik. Cair tengok senyuman dia.




Masa ni mood kakak baru nak ok. Dia tak suka flash dari camera. Tapi kami cuba pujuk dia senyum sekejap. Rugilah kakak datang jauh-jauh tak ambil gambar awak kan.


Ayunya kakak dah besar ni.


Tetap dengan mangkuk tingkat.hehe..


Ruangan sudut tepi pon cantik. The Empire Studio pandai susun atur props supaya tidak nampak kosong di bahagian kanan dan kiri studio.




Alhamdulillah tercapai juga niat ena nak bergambar di studio raya 2022 ni. Nak kan kelainan tahun ni. Asyik bergambar di rumah kan. sekali sekala melaram di studio. Kita pon tak pening nak fikir props. Ena sangat berpuas hati dengan semua hasil tangan mereka. Walaupon candid spontan pon hasilnya cantik.  


Hasilnyaaaa... Dah siap frame kat rumah. Cantik sangatttttt.

.

.

.

Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Belum dapat lagi singgah bergambar di sini, cantik dah yaa studio dia..