Tema photoshoot Raya Sampai Bulan Part 3

Dah tengok ke Part 1 dan Part 2 ??? Amacam cun tak semua gambar? Susahkan nak jumpa sekali shoot gambar boleh dapat hasil yang banyak dengan pelbagai set studio raya. Kali ni ena bawakkan tema Raya Sampai Bulan. Haa bukan biasa-biasa. Mimpi terus sampai ke bulan.




Potret keluarga yang amat bermakna bagi ena sebab bukan senang nak dapat berkumpul bergambar sambil melayan mood anak ni. Mujur ada cameraman yang cekap membuatkan gambar terhasil dengan cantik. Takdelah kau penat posing tapi hasil ke laut. Ni siap rambang mata pula nak pilih mana satu nak print. Kita rasa 15 minit tu sekejap sangat tapi kalau orang profesional yang snap gambar memang banyak dapat gambarnya. Laju kerja dan gambar boleh print on the spot. Terbaiklah bos.


Nampak macam senang je posing dan senyum tapi in real susah! Adik tak nak duduk kat bulan dan kakak pula tak nak turun dari bulan.hahaha. Adik kerjanya nak main awan. Eh berpeluh lah dibuatnya nak dapatkan 1 gambar. Tapi sekali grab je tangan diorang ni laju je cameraman ambil gambar. Tak perlu tunggu arahan. Masing-masing tahu nak buat apa.


Kembar ayah.hehe.





Alhamdulillah dapat merasa jejak ke bulan.hehe..





Mertua pon happy bergambar. Tak kekok dibuatnya berada di studio ni.





Budak paling susah nak bergambar. hehe. Mujur ada juga kenangan.
.
.
.

Post a Comment

2 Comments

Illya LeYa said…
Cantik-cantik gambarnya. Biasalah kalau ada anak kecik, memang macam² ragam. Salute photographer pandai ambil peluang dlm masa 15 minit tu boleh hasilkan photo yg byk
nona sani said…
Wahhh.. Menarik background...

Lama memang 15 minit tu kalau jenis bukan kaki posing..haha..Dapat gak gambar kenangan kan..