Hadiah buat guru sumayyah sempena Hari Guru 2022

Pada 16/5/2022 telah diadakan majlis hari raya dan juga hari guru di Sekolah Kebangsaan Convent Muar. Untuk sekolah agama ada 5 guru dan SK Convent ada 8 guru yang mengajar sumayyah. Jadi total hadiah belikan seramai 13 orang. Ena sangat suka galakkan anak beri hadiah pada guru supaya dia menghargai jasa mereka mengajar anak sampai pandai. 


Pergi Mr.DIY boleh pulak banyak item dah habis. Tinggal pon tak sampai 13pcs. Laku betul ni ramai borong hadiah kot sempena hari guru. haha. sampai cari alat tulis dengan fail pon dah banyak habis. Last-last terpaksa asingkan hadiah guru sekolah agama dengan SK Convent lain barang sebab tak cukup.


Kemain sumayyah baju biru posing.hehe. kaki kena lentik. Siap bagi love. Gambar SK Convent je cikgu bagi. Jadi lah nak buat kenangan kan.

Terima kasih Cikgu Mizah sebagai guru kelas sumayyah yang sudi jaga dan didik anak. Semoga diberkati selalu. Aamin... 

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU!!!!

Post a Comment

2 Comments

Bola Katok said…
Selamat Hari Guru buat semua pendidik.
nona sani said…
Wahhhh.. kemain Sumayyah posingggg.. belajo ngan mak ehhh.... Happy Teachers Day buat semua guru...