Anak ibu dah darjah 1

Saje nak cerita sedikit berkaitan anak sulung ena, Sumayyah. Alahai dah besar anak ibu ni. Dah menempuhi alam persekolahan. Ibu dan ayah memang sibuk lah ikut turn hantar dan ambil anak. Sebab si kecik Safiyyah baru 2 tahun. Bila ayah keje shift pagi, maka ibu akan ambil anak. Mujur adik mudah di bawa. Cuma tak best bila kena q awal setengah jam nak tunggu akak keluar kelas. Bila dekat bandar ni masa habis kat jalan raya 1 jam. Padehal dekat je. Jadi memang ayah dia lah kena ambil naik motor lagi senang.


Sekolah Agama sesi pagi sebab sekolah rendah sumayyah sesi petang. Masa ni Program MUS (Minggu Ukhuwah Sekolah) Agama darjah 1. 


Ibu bapa pula mendengar taklimat serta Lafaz Ikrar ibu Bapa & Guru.


Habis orientasi. hehe. Seronok katanya sekolah.


Kelengkapan baju sekolah ena beli di Ten Ten jenama NEWBERY


Sekolah agama seminggu 2 kali je iaitu hari Isnin dan Rabu dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi.


Belah petang Sekolah kebangsaan Convent Muar jam 1.00 petang hingga 6.00 petang. Tapi sebab jalan ke sekolah mudah sesak. Ibu kena hantar awal jam 12 tengahari. Convent kena setiap hari tanpa penggiliran.

Selamat maju jaya anakku. Semoga peroleh kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

Post a Comment

2 Comments

Sis Lin said…
Waaa dah pakai uniform sekolah laa.. cepat membesar...
Wak Lat said…
selamat maju jaya.. aminn