Syukur padamu Ya Allah sesungguhnya ibu tak sangka sumayyah dapat Anugerah Mumtaz Pasti 6 tahun kawasan Muar. Majlis ini diadakan secara tertutup jadi ibu bapa memang tidak dibenarkan hadir untuk melihat penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pelajar. Bila sampai sekolah nak ambil anak terus cikgu bagi piala pada ena. Sumayyah merupakan pelajar terbaik keseluruhan untuk pelajar 6 tahun.
Terima kasih buat Pasti Ar-Rahmah kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada anak sehingga mampu menulis, membaca dan menghafaz surah. Pencapaian terbesar sumayyah bila mampu baca surah Al Mulk 15 ayat. Terangnya hati mereka. Sumayyah cakap hari-hari cikgu ajak baca surah ni sampai boleh hafal. Sejak dari itu ena akan amalkan di rumah untuk dengar sumayyah baca depan ibu supaya dia makin lancar membaca.
Macam mana galakkan dia cintai surah Al Mulk?
Ena cakap "tak nak kena seksa dalam kubur kan?"
Bukan niat takutkan dia tapi nak dia selalu ingat pada Allah. Sebab itu dia bersungguh-sungguh baca bukan sebab sekolah, tapi untuk diri dia sendiri. Percayalah bila anak rajin membaca surah ni hatinya terang, mudah belajar.
Mujurlah sumayyah dah habis kuarantin masa ni sebab sumayyah kena covid termasuk rakan-rakan yang lain sebelum itu. Masa ni pon ada yang tidak dapat hadir disebabkan masih kuarantin.
Ibu percaya ini semua atas usahamu sendiri. Ibu tidak pernah memaksa untuk jadi yang terbaik. Tapi cuba buat yang terbaik untuk diri sendiri.
Ibu terlalu gembira dengan pencapaian sumayyah jadi ibu pon nak bagi hadiah pada pendidik sumayyah. hehe. Harap mereka suka lah. Ilmu mereka berikan sangat mahal. Ibu betul-betul menghargainya.
Ena tak pernah letak harapan tinggi pada dia. Cuma nak dia enjoy moment di sekolah. Setiap kali balik sekolah ena mesti tanya dia happy ke tidak di sekolah. Ok tak? Ada gaduh tak. Makan tak? Soalan santai-santai je. Balik rumah terus mandi dan makan dulu. Bagi dia rehat, main dengan adik, tengok tv dan tidur. Bila mood dia baik baru lah tanya apa je aktiviti seharian. Masa tu mulut dia memang pot pet cerita pasal kawan-kawan sambil gelak.hehe. Ena paling gembira kalau anak dapat jadikan ena sebagai kawan rapat.
Tak garang ke?
Sure lah garang.. Tapi bukan merotan tapi lontaran suara ketegasan !
Sebelum berakhirnya sekolah, Pasti akan adakan Ujian Celik Minda iaitu peperikasaan akhir tahun. Ni contoh muka depan ujian sumayyah. Jadi korang yang nak tahu subjek apa akan keluar boleh rujuk sini.
2 Comments
Thaniah buat Sumayyah...