Private pool di RR Homestay Simpang Renggam, Johor

Wahh tak sangka betul dekat Simpang Renggam ada pool. Bertahun ulang alik rumah mertua baru ku tahu.haha. 5 minit je dari rumah. Kalau masuk dari Tol Simpang Renggam rasanya dalam 20 minit je. Tak jauh pon. Jalan nak menghala ke Kluang. Apa lagi masa cuti sekolah haritu kami booking lah pool. Itu pon nasib baik ada kosong. Full memanjang. Sebab ada slot terhad tak boleh ramai-ramai.


De’ RR Cottage dibuka bulan Februari 2022. Masa datang masih under renovation. Tapi ada je homestay lain ya. Kena booking awal.

a) Cottage nadira= RM220 untuk satu malam
b) Cottage syakira=Rm220 untuk satu malam

Kesemua lot lengkap dengan keperluan sepertimana di rumah anda.
1. Setiap ruang tamu dilengkapi pendingin hawa.
2. Dapur basah/dapur kering
3. Disediakan mesin basuh untuk kemudahan.
4. Taman permainan kanak kanak
5. Cafe makanan panas+western food/ruang santai
6. Dewan event venue
7.Ruang parking yang mencukupi


* HARGA MANDI SIANG *
RM5 dewasa 
RM3 kanak2 bawah 10 tahun
FREE kanak2 bawah 2 tahun

* WAKTU MANDI *
sesi 8 pg-11 pagi
sesi 12tghhari-3ptg
sesi 4ptg-7ptg


haha. Tengoklah sumayyah tak tahan kesejukan. Kami dapat slot tengahari. Tak boleh bawa makanan. Kami bawa air kosong je. Rajin atuk dengan wan melayan cucu mandi. Lagi 2 orang sepupu sumayyah kami pinjam sebab mama dia tengah tunggu masa bersalin.


Ok lah kan takdelah besar sangat tapi cukuplah kami 1 keluarga mandi. Then tak ramai. Untuk pengunjung yang stay homestay ada juga pool sebelah hujung. Macam kami cuma singgah mandi je. 3 jam tu lama juga mandi sebenarnya. Sempatlah ena balik dulu sebab safiyyah nak tidur pula. yang lain memang taknaklah keluar awal. Guna masa sebaik-baiknya.




Ada pool orang dewasa disebelah je. Boleh lah kalau nak berenang. budak-budak pakai pelampung. Kat situ ada kedai jual ikut size. Yang kecil RM8. Sederhana tak ingat berapa dalam RM10-11 macam tu. Nak besar unicorn RM18.


Macam ni lah rupa pool. takdelah besar sangat tapi cukuplah untuk korang 1 family. Kalau nak booking untuk family korang saje guna 1 hari harganya RM100 tapi better ramailah baru berbaloi ambil harga tu. Kalau setakat berapa kepala je baik bayar by pax.


Haaa sebelah pool je ada pelampung. Makanan pon ada jual. Tak payah jalan jauh. Tandas pon depan pool.


Safiyyah tak tahan sejuk air so ajak main kat luar. ada lah buaian disediakan.


Playground pon ada. So kalau nak keringkan badan or rehat kejap tak tahan sejuk boleh lepak luar ni. Cafe sebelah tu je. Tapi buka jam 4 petang.


Inilah gambar keseluruhan pool.


Boleh juga buat event taw. Tak pasti harga berapa. Birthday party, family day dan macam-macam lagi boleh buat.


Cafe dibuka jam 4 petang sehingga 11 malam 

Ada menu shell out, sizzling, western, pasta dan goreng-goreng.




puan ika

https://wa.me/message/BR7SGNJ5DY4KN1

puan noni 

www.wasap.my/60167815642/kolam mandi 

location 

https://goo.gl/maps/D7NUyAswW4MGahYA7

Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Pernah nampak kawan ada share dulu.. pastu tak silap tutup kejap pandemik.. nanti bolehlah bawak anak sedara ke sini...