Pontian Sea Side Public Park kini lebih menarik untuk dikunjungi

Pada tahun 2022 ni berpeluang berkunjung ke kampung halaman ena di Pontian. Kali ni lama lah lepak Sea Side Pontian ni sebab nak layankan budak-budak cuti sekolah. Tahun lepas pergi malam jadi takde lah ambil gambar sangat. Cuma ena ada create entri lama. Boleh tengok post di bawah

Holiday Johor Pontian Sea Side Public Park 2018

Datang masa jam 5 petang tu kira ok orang belum ramai lagi. Dulu ena pergi malam boleh tahan sesak jugalah. Siap beratur panjang nak masuk. hehe. Sejam memang tak cukup sebab 1 permainan ambil masa 15 minit juga. Belum lagi nak lepak main bubble kan. Banyak taw aktiviti kat sini. Kami main mana yang sempat je sebab petang sangat nak balik ke Simpang Renggam 1 jam dari Pontian.

Naik train ni kira kepala sebanyak 3 pusingan. Lama juga rasa bosan haha sebab slow je driver bawa. Kira ok lah tu 3 round je. Sumayyah siap baring haha.

Dewasa RM10

Budak RM7

Nak bawa kereta lagi lah macam-macam ada. Rambang mata kat sini. Budak-budak pon ada tapi tak pasti berapa harga. Ada 1 side lagi belah hujung kalau anak terlalu kecil boleh main.

RM30 / 15minit. Yang ni pon lama juga pusing sampai boleh tukar driver.haha. 

Tak padan kecik semua dia nak naik.


Disini ada gerai jual makanan ringan. Wakaf pon banyak siap boleh sangkut buaian spring lagi taw.
Nak bergambar dengan maskot ni bayar ikut ikhlas hati. Mereka baik belaka. Siap joget lagi bila kami minta.hehe..





Muka tak puas hati tak dapat main bubble hehe. Next time ya dik. Masa tak cukup nak main lama kat sini.

Post a Comment

1 Comments

Wak Lat said…
dh lama wak tak balik kampung jalan2 bandar pontian nih., ;p