Tarikan hiasan lampu malam di Dataran Tanjung Emas, Muar

Ena suka berkongsi apa ada di Muo sebab kenangan merantau di tempat orang. Mana lah tahu suami kena tukar tempat kerja nanti kan, dapatlah tengok gambar di Muo ni bila-bila masa di blog. hehe.. seronok duduk Muo ni sebab ena in love pada makanannya yang senang sangat nak dapat dari pelbagai negeri. tak payah pergi jauh-jauh. paling best mestilah Mee bandung Muo. Uwh ya kalau korang nak bercuti di Muo boleh survey senarai hotel di sini. Dan juga port makan sedap.

https://www.tinynasweet.com/2021/01/31-hotel-resort-di-muar-johor-2021.html

https://www.tinynasweet.com/2019/10/port-makan-sedap-di-muar-pilihan-blogger.html


Suka betul sumayyah datang Dataran Tanjung Emas ni sebab dia nak main playground. Memang bersih tempat ni. Tak risau sangat bawa anak bermain. Yang penting port gambar memang cantik-cantik.


Angkut sekali kawan setaman berjalan. Ena suka happy kan budak-budak. Jadi bawa lah sekali. Baru syok ramai-ramai kan. Biar anak aktif bersosial. Tak jauh pon dari rumah. Jadi 6 petang boleh bawa anak main sini.





Buat masa ni belum berani nak naik Muar River Cruise. Maklumlah tempat ni banyak orang mati bunuh diri dan lemas. erkkk... kenapalah otak ni fikir negatif. Tiba-tiba teringat tragedi kawan baik kami sendiri meninggal disebabkan lemas di sini. Sedih kisah tu dan menggemparkan Muo sebab anaknya yang tergelincir, kemudian ayahnya terjun nak selamatkan anaknya tapi...........Al-Fatihah buat kedua-duanya. :( Sebab itu ena masih takut nak naik. Nak bagi anak dekat dengan Sungai Muar ni pon takut. Minta dijauhkan.

Kat sini korang kena sentiasa pantau anak-anak sebab takde tebing yang cover sepanjang dataran ni. Open macam tu je. Boleh nampakkan sumayyah diri situ pon camne airnya. Bagi anak tengok kejap je pemandangan dari dekat.

Port cantik untuk bergambar dengan hiasan lampu warna-warni di Dataran Tanjung Emas






Kak Nona wanita yang sangat kuat di mata ena sebab dia kuat hadapi kehilangan anak sulungnya 4 tahun tak silap masa tu dan juga ibunya tak lama selepas itu sebelum sempat nak menyambut raya bersama. Ya Allah, semoga Kak Nona sentiasa tabah dengan segala ujian. Ena mampu happy kan akak dengan cara camni bawa jalan-jalan. Sebab itu selagi kita bernafas ni guna kan masa sebaik-baiknya gembirakan orang sekeliling kita. Tak susah mana. Cukup lah bawa anak ke taman permainan. Tengok mereka ketawa tu dah buat kita rasa bahagia. Masa tak kejar kita. Jadi gunalah masa kita dengan berkualiti.


Kat sini boleh bawa anak beriadah main bubble, berbasikal dan banyak lagi. Cuma sekarang terbatas tak macam dulu-dulu meriah ada senaman aerobik kat pentas. Jualan, layang-layang dan mini konsert artis di sini. Rindu sangat zaman sebelum Pandemik.

Post a Comment

1 Comments

Bila malam tempat ni auto lagi cantik dengan lampu-lampu