ツ Teman Tapi Mesra

31 Hotel & Resort di Muar Johor 2021

31 Hotel & Resort di Muar Johor 2021 | Senarai nombor hotel ini bukanlah ikut kepada yang terbaik atau termurah tetapi ena ikut huruf A to Z ya. Jangan salah faham taw. Sumber daripada Majlis Perbandaran Muar. Jadi mudah jika korang teringin nak staycation di Muo (Duduk Muar kena sebut Muo) sebab macam-macam ada terutama syurga makanan. Yang pasti rambang mata nak pilih hotel mana bila tengok senarai di bawah. Bermastautin sejak 2014 sedikit sebanyak dapat berkongsi idea dan pandangan untuk korang memilih hotel sesuai mengikut hobi korang samada kaki selfie, food hunter atau sukakan sejarah.

Ada pelbagai pilihan hotel, villa dan resort mengikut citarasa korang. Bukan itu saja, nak buat majlis seperti wedding pon ada sempena Pandemik Covid-19 ini. Memang banyak majlis perkahwinan di musim Pandemik kat Muo ni guna khidmat perhotelan. Kesemua senarai almost tak aktif website kecuali Facebook. Jika korang nak buat perbandingan harga dan review boleh cek di agoda, trivago, kayak, traveloka dan online deal hotel yang lain. Sumber gambar daripada hotel berkenaan dan google images. Tidak pernah stay sebab berdekatan rumah dalam 5 - 10 minit saje dari bandar.

Tapi sebelum itu kena survey betul-betul supaya family rasa selesa sebab certain cafe hotel dari founder dan pekerja cina. Boleh tengok pada Facebook hotel dan nilai sendiri. Ada yang secara terang-terangan tunjuk minuman keras. Jadi pilihan di tangan korang nak stay dimana. Lagipon tak susah cari makan sebab Muo ni syurga makanan.

Port makan sedap di Muo? Klik SINI 

Berikut merupakan senarai hotel dan resort yang masih dibuka di Muar Johor

1. Bei Boutique Hotel, Jalan Abdul Rahman


Dengan slogan "One Boutique, One Service...Your Life." menawarkan pakej dari Deluxe Room sehingga ke Executive XX Suite dengan rate RM185 - RM550++. Hotel ini juga menawarkan 'office space' untuk disewa berada di Level 2.

https://www.beiboutiquehotel.com/
https://www.facebook.com/BeiBoutiqueHotelMuar/
https://www.instagram.com/beiboutiquehotelmuar/
No tel : 06 - 952 8100


2. BMW Hotel, Jalan Haji Abdullah

Bagi ena hotel ni nampak biasa saje tapi sesuai untuk mereka yang mencari under budget RM100

https://www.facebook.com/bmwhotelbooking/
No tel : 06 - 955 5888


3. Citizen Hotel, Jalan Bentayan


Lokasi di bandar berdekatan dengan port makan famous di Muo. Cuma toilet jenis transparent. So kalau korang tak selesa nak jenis full cover better cek dengan staff sebelum menginap disini.

No Tel : 06 - 9517799


4. Classic Hotel, Jalan Ali


Ena pernah menghadiri majlis Dinner under PERKEP (Persatuan Keluarga Polis) dan hotel ini terkenal banyak badan kerajaan selalu hadiri majlis rasmi disini. Mempunyai 156 bilik dengan hiasan dalaman kontemporari klasik dan lokasi stategik bersebelahan dengan shopping mall Muo iaitu Wetex Parade. 

Banyak kemudahan makanan segera yang ada tanpa perlu menaiki kenderaan seperti Mc Donald's, KFC, Pizza Hut, Sushi King dan Big Apple Donuts & Coffee. Dikenali sebagai salah satu tempat paling ideal untuk mengadakan jamuan, majlis perkahwinan dan majlis korporat dengan kapasiti tempat duduk hingga 800 orang.


5. Desa Keroma Eco Resort, Jalan Junid, Parit Keroma Laut



Kalau sukakan kelainan suasana desa, korang kena datang menginap di sini. Haa kalau nak tahu resort ini masuk di dalam program travelog usahasama Tourism Johor iaitu 'Majestic Johor' yang kini sedang bersiaran di Astro Ria @ Ria HD setiap Jumaat bermula 11 Disember 2020. Bukan itu saje, menjadi lokasi penggambaran dalam Telemovie 'Mohon Hantuan' bersiaran di Astro Citra.

Menawarkan penginapan, seminar, mesyuarat, perkahwinan, Hari Keluarga danTeam Building. Ada pelbagai jenis rumah seperti seroja, cempaka, kenanga, kesidang, bilik mentari, family room dan villa bangau. Mengambil masa 15 minit ke pusat bandar. Buat tempahan awal kerana selalu full house. 

No tel : 016 - 241 1793


6. Dream Luxury Hotel, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh




Terpesona tengok tema di setiap bilik. Korang boleh membuat tempahan mengikut tema yang diminati dengan wallpaper bunga-bungaan seperti sunflower, rose, lavender, lily dan banyak lagi serta menyediakan mesin kopi Arissto. Rasai kediaman yang mewah seperti yang diidamkan.

No tel : 06 - 959 4424


7. Elite Hotel, Jalan Ibrahim


Dibuka sejak 2017 berkonsepkan reka bentuk moden dan artistik. Ruangan bilik sangat luas dan selesa jika menginap bersama keluarga. Lokasi strategik berdekatan Old Town White Coffee, Speed99 Super Market, Tanjung Emas dan Wetex Parade lebih kurang 10 minit sahaja.

No tel : 06 - 953 3480


8. Inn Home Hotel, Jalan Haji Abu




Pelanggan pasti puas hati kerana bilik cantik dan sangat luas mengikut kepada review. Nak lagi best mintak bilik 'interior view' jika nak tengok view malam yang akan nampak sempadan Muar - tangkak dari Sungai Muar. Harga murah dan berbaloi menginap dengan keluasan bilik ini. Kalau nak tahu ada satu gerai Mee Bandung sedap di seberang taw. Port favourite ena makan sambil tengok Sungai Muar. Boleh tengok disini GM-08 Kadir Mee Bandung Muar.

9. J Boutique Hotel, Jalan Bakri





Jika korang sukakan kelainan, warna warni dan kaki selfie ena cadangkan menginap disini. Terpegun melihat dekorasi bilik dan toilet. Ia juga mempunyai indoor playground untuk kanak-kanak. Cuma ia sedikit jauh dari pusat bandar.

No tel : 06 - 953 3332

10. Muar City Hotel, Taman Sri Maharani




Jangan terkejut jika masuk ke bilik hotel kerana ada pelbagai design welcome towel yang korang akan tengok seperti monyet, buaya, lobster dan pocong! Harga serendah RM78 sesuai untuk under budget.
No tel : 06 - 953 2212


11. Muarar 99 Hotel, Jalan Abdullah



Famous juga selain Classic Hotel. Ena pernah menghadiri majlis dinner under badan kerajaan. Ruang lobi penuh dengan sejarah Portugis dan kebudayaan di Muo yang menceritakan kisah Kesultanan Johor moden bermula dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar menaiki takhta Johor pada tahun 1862, selepas kemangkatan ayahandanya. Baginda diberi gelaran Datuk Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Ada sejarah yang berlaku di Muar/Kesang semasa pemerintahan Baginda. Nak tahu kena lah menginap disini.

No tel : 06 - 953 9899

12. Muar Traders Hotel, Jalan Petrie
Bersebelahan dengan Sungai Muar ini lokasi yang sangat dekat dengan pejabat kerajaan seperti Pejabat Tanah, Balai Polis, Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Daerah dan banyak lagi serendah RM148 untuk Deluxe Room. Hall yang besar sesuai untuk perkahwinan dan seminar. 

No tel : 06 - 953 8100

13. MUO Boutique Hotels, Jalan Petrie



Kalau korang suka bergambar di Muo Cultural walk , Umbrella Alley Muar dan makan Cendol Kampung Hulu, ena cadangkan menginap disini. Betul-betul di tengah bandar. Jalan kaki je nak cari makan. Port makan famous almost disekitar hotel ini. Keunikan hotel ini mempamerkan barangan antik. Wajib bergambar ni.


14. MUO Resort, Jalan Abdul Rahman


Jika sukakan suasana aman jauh dari bandar apa kata menginap di resort ini menyediakan mini zoo sesuai bawa anak-anak bercuti. Banyak juga port selfie yang korang akan suka.


15. MUO Villa, Jalan Meriam


 Banglo ini mempunyai 9 bilik yang luas dan besar yang boleh muat seramai 30 orang dilengkapi private Karaoke Room dan Swimming Pool yang besar

16. MUO Suites, Taman Jaya Baru, Jalan Bakri


Mempunyai 4 unit, 5 bilik yang selesa dan mewah, dan sistem karaoke yang lengkap untuk anda dan keluarga. Setiap bilik mempunyai tandas sendiri. Memiliki 20 bilik yang tersedia untuk 60 orang untuk tinggal pada masa yang sama sesuai untuk wedding selain staycation.


17. Nasuha Chalet, Jalan Muar - Pagoh



kalau nak menginap disini menggunakan Agoda, Trivago atau platform lain kena search "Nasuha Spices and Herbs Paradise". Boleh pilih nak 'garden view' atau 'nature view'. Lokasi jauh dari pusat bandar tetapi dekat dengan Tol Pagoh. Jangan lupa untuk menikmati nasi beriyani herba ayam di Restoran Herba Nasuha
No tel : 06 - 977 3231

18. Oasis Bay Eco Resort, Bukit Pasir


Kawasan seluas 20 ekar ini dikelilingi dengan kebun tropika yang subur jauh dari kawasan bandar sesuai untuk aktiviti seperti Jungle Trekking, Team Building, Flying Fox, Tree Climbing, Treasure Hunt, Motivation Camp, BBQ, Family Gathering, Annual Dinner dan banyak lagi. Family chalet boleh memuatkan seramai 30 orang. Jika impikan 'Garden Wedding' sesuai untuk memilih lokasi ini boleh memuatkan 400 tetamu. Manakala dorm memuatkan 130 orang.

No tel : 06 - 985 8500

19. PPT Container Hotel, Jalan Bakri




Hotel budget berkonsepkan 3-storey container. Jika anak-anak sukakan Transformer boleh bergambar disini. Jika datang dekat auto sensor bergerak-gerak.huhu. Dekat je dengan rumah datang semata-mata nak tunjuk sumayyah.
 
No tel : 06 - 953 9999

20. Riverview Hotel, Jalan Bentayan


Bagi kaum cina disini lokasi sesuai menginap sebab berdekatan dengan port makan famous masyarakat cina di Bentayan Food court. Selalu elakkan laluan disini sebab stuck parking ramai yang singgah makan dan kawasan courier service.

No tel : 06 - 951 3313

21. Sabak Awor Resort, Jalan Bakariah


Sabak Awor ni memang famous di Muo. Kalau family datang kami suka makan seafood dan ikan bakar disini. Harga sangatlah murah. Selain itu dekat dengan Donhu Jurrassic Park. Mainan dinasour pon lebih murah. Village Grill Muar antara port makan western pilihan ramai. Korang wajib singgah semua tempat yang ena sebutkan jika menginap disini. 

No tel : 06 - 954 1345

22. Singgah Inn Boutique Hotel, Jalan Khalidi


Berdekatan dengan Muar Art Gallery - Cafe Muar dan Asam Pedas JJ
No tel : 06 - 952 1411

23. Streetview Hotel, Jalan Ali


Ena suka lalu di Jalan Ali ni sebab bangunan disini cantik. Lokasi strategik di tengah bandar mudah jalan kaki ke Muo Cultural walk , Umbrella Alley Muar dan makan Cendol Kampung Hulu. Cuma agak sesak dan susah parking. Jadi sesuai untuk jalan kaki nak rounder kawasan.

24. Tanjung Villa, Jalan Meriam



Seriously kalau korang idamkan perkahwinan ala garden ada private pool sesuai sangat stay disini sebab konsep villa 'Glasshouse' memang moden dan sesuai untuk event space boleh memuatkan 200 tetamu disebabkan Pandemic Covid-19 seperti majlis Aqiqah, wedding, family gathering dan majlis lain. Siap jadi lokasi penggambaran telemovie lagi.  Lokasi 'Short gateaway' sesuai juga untuk korang yang nak lepak bersama BFF (Best Friends Forever) dan keluarga.

No tel : 012 - 679 4789

25. The Tree Hotel Muar, Jalan Bakri



View hotel kehijauan ini merupakan hotel budget menawarkan bilik serendah RM88 per night.

No tel : 010 - 512 5151

26. The Wood Boutique Hotel, Jalan Bakri



Bangunan hotel ini sangat unik. Jika inginkan kelainan boleh menginap disini.

No tel : 010 - 396 1678

27. Townview Hotel, Jalan Sisi


Jika sukakan shopping mall dekat dengan hotel sesuai menginap disini hanya beberapa minit ke Wetex Parade.

No tel : 06 - 951 1788

28. Tropicana Boutique Hotel, Kampung Kenangan Tun Dr Ismail (Pesta)


Di Pesta ini merupakan lokasi strategik dekat dengan Watson, Tealive, Mr. DIY, Mykori Dessert Cafe dan Mc Donald's. Walaupun bukan di pusat bandar tapi suka jalan di Pesta. Macam-macam ada !

06 - 951 9237

29. Secret Garden Warni Villa, Jalan Hang Tuah


Warni Villa ni ada lebih 10 homestay di sekitar bandar. Contoh yang paling menarik di 'Secret Garden warni Villa' ni ada 7 bilik dan 9 toilet mempunyai private pool dan mini pool kids sesuai untuk wedding, birthday party, celebration dan banyak lagi.

No tel : 012 - 365 4433

30. 52 The Grace Hotel, Pusat Komersial Sialin, Jalan Bakri


Berkonsepkan luxury hotel tetapi harga bilik mampu milik boleh menginap serendah RM88
No tel : 06 - 954 5585

31. 1060th Guest House MUAR, Taman Temiang Utama


Jika sukakan percutian dengan keluarga yang besar apa kata memilih guest house. Rumah berkeluasan 4600 m² dengan 6 bilik tidur dan 3 private toilet sesuai majlis birthday, wedding garden dan family gathering dengan menyediakan peralatan BBQ, karaoke dan banyak lagi kemudahan lain. Banyak review positif daripada pengunjung dan jumlah follower yang ramai.

No tel : 011 - 2114 1215

Jadi mana satu pilihan hati??? Pasti ada bilik yang buat korang tertarik untuk menginap. Apa kata tahun 2021 ni memilih percutian ke Muo kerana Bandar Pencen ini banyak keunikan dari segi budaya dan makanannya. Sekian....

3 Chantiq Manis:

Atie Zieya said...

design towel2 tu comelnyaa!! hahah

ctsuzie said...

wow..menarik..memudhkan org nak cari hotel..

Umi Nazrah said...

wah sangat bermanfaat, semua maklumat ada dalam 1 page ^_^