Pisang Goreng Cheese Muar

Sedap tak terkata. Kerangupan pisang digabung pula dengan pelbagai topping, memang menaikkan selera. Ena saje test set Jumbo 32pcs sebab tak tahu perisa apa yang sedap. So ni komen jujur topping ena order ada 4 perisa iaitu :

1. Strawberry Nutella ( Recommended)
2. Cheese Milo ( Not Recommended kalau lambat makan sebab milo jadi keras bila sejuk & tak manis)
3. White Chocolate Oreo ( Recommended)
4. Chocolate Butterscoth ( Recommended)


So kalau order delivery panas-panas tu better makan terus untuk perisa milo. Masa ni makan lambat boleh nampak topping milo dah keras makan pon jadi liat nak gigit. Tapi 3 perisa lain tu super sedappp...


Ini contoh yang ada topping korang boleh rujuk. Next time nak try cereal pula. Nampak sedap.







Banyak pilihan kan? Memang rambang mata nak makan. Nak senang jumpa cari parking dekat dengan OCBC Bank Muar.

PISANG GORENG CHEESE MUAR


No 13-3 & 13-4, Jalan Sisi, Muar
(dalam kedai Manggo Float Royale)
Open dari 11.30am - 6.15pm

Untuk delivery just klik :

Post a Comment

3 Comments

Azhafizah MN said…
wow sangat goreng pisang dia. Terasa rasa kemanisan segala topping tu. Banyak pilihan menu yang ada. Menarik. Sesekali nak makan manis manis ni tak tahu nak pilih mana satu.
Mar Mansor said…
memang bebetul mabeles ni. saya belum pernah makan pisang goreng versi bertopping macam ni. biasa makan pisang goreng cheese je.
Nasir Hadi said…
Menarik juga dengan macam-macam perisa ada perisa coklat ada cheese pun ada