Terharu betul tiba-tiba ada delivery ke rumah. Eh pelik apa besar sangat kotak. Sekali tengok.....ala suami ni. Saje nak buat kita touching. Memahami betul kehendak ena nak dapur gas baru.haha. Dari awal kahwin sampai dah dah 8 tahun baru ni lah tukar baru.
Alhamdulillah syukur sangat penutup tahun 2021 ni macam-macam hadiah dah dapat. Terima kasih suamiku belikan hadiah bermakna ni. Senyum tak habis masa memasak. Tak lupa juga terima kasih pada emak bagi hadiah rantai leher sempena anniversary kami. 10gram tu bagi ena cukup banyak. Mak kata anak perempuan sorang je tak pernah bagi barang kemas...Ala emak ni. Tak pernah minta emak barang kemas. Ni lah kali pertama dapat. Faham dulu hidup susah jadi tak pernah lah meminta-minta. Syukur sangat tahun ni banyak rezeki masuk. Dapat juga keluarga mertua yang sangat baik hati. Ayah mertua hadiahkan setiap menantu dengan ASB RM30K. Cucu-cucu dapat barang kemas. Tak terbalas jasa mereka banyak bersedekah.
Midea 2 Burner Glasstop Gas Stove (4.7kw) MGS-T211G
Lawa sangat colour hitam nampak premium tapi tengok harga tak sampai RM200 pon. Sebab tempered glass kan. Tak kan lah harga murah sangat. Masa ena survey kat kedai yang biasa pon RM189 gitu. Pandai betul suami carikan. Yang bestnya bab memasak ni cepat betul kuali panas. So far ok la guna. Barang pon dalam keadaan baik takde kerosakan. Ringan dalam 5kg je. Boleh tengok review produk di bawah.
1 Comments