Eskayvie Lancar Diffenz Junior Untuk Kanak-Kanak

Eskayvie Lancar Diffenz Junior Untuk Kanak-Kanak | Syukur tak terkata kita sekarang ni dah masuk ke fasa ke-4 pelan pemulihan negara. Pandemik Covid-19 telah meragut lebih 4.4 juta nyawa daripada lebih 200 juta mangsa yang dijangkiti virus itu dan dijangka angka ini akan semakin bertambah kerana masih belum ada ubat atau rawatan yang betul-betul menyembuhkan mangsa yang dijangkiti. Walaupun telah divaksin namun kita masih lagi boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

Hampir sebulan kita dah dibenarkan rentas negeri selepas Perdana Menteri umumkan kebenaran pada bulan lepas. Ramai yang balik kampung berjumpa ibu bapa tercinta dan Ena pasti ramai juga yang ambil peluang ni pergi bercuti kan?

Sedang kita seronok pergi bercuti jangan lupa kanak-kanak merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi terdedah dengan jangkitan kuman dan virus. KKM juga ada tegaskan untuk elakkan bawa mereka ni ke tempat yang sesak. Tugas ibu bapa adalah memastikan keselamatan mereka ini terjamin. 

Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Kanak-Kanak

Kali ni Ena nak kongsikan dengan korang semua satu produk yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak untuk memberikan mereka perlindungan sepanjang pandemik Covid-19 ni.

Baru-baru ni syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, di ibu kota.

Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik. 

Ya kita sekarang ni dah masuk ke fasa perlu hidup dengan Covid-19. Kerajaan pun dah tak boleh nak kurung lama-lama rakyat. Ramai di antara kita yang telah hilang pekerjaan, tutup perniagaan dan ada juga yang tertekan hingga sanggup bunuh diri. Pandemik Covid-19 ni telah mengajar kita banyak perkara dan di antaranya adalah menjaga kebersihan.

“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

"Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.

Walaupun Malaysia kini telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.

Justeru kanak-kanak ini berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.

"Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah," katanya lagi.

Dr Syid Ayob berkata, pihaknya  memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

Diffenz Junior Beri Perlindungan Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Diffenz Junior ini dirumus secara saintifik  menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Sementara itu,  Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

"Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.


Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai  produk Diffenz Junior ini, korang boleh layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan  media sosial berikut.

FB PAGE:

INSTAGRAM:
.
.
.
Pengenalan Produk Diffenz Junior oleh Dr. Syid

Post a Comment

1 Comments

fatihah said…
Jom dapatkan diffenz sekarang 🥰 pm tiha 0107070522