Biar betul kos cecah sampai RM1300 rutin skincare malam je?

Biar betul kos cecah sampai RM1300 rutin skincare malam je? | Sebenarnya ena pon terkejut. hahahaha. sebab selama ni pakai tak kira pon berapa budget skincare ena pakai waktu malam je. Tiba-tiba nak kira pula sebab step malam ena memang banyak. 

TAPI....

Dari segi pemakaiannya tahan lama ya sampai 7-8 bulan. Yang cepat habis serum je dalam 4 bulan.  Jadi jika ena kirakan kos anggaran kasar sebulan hanya RM200 gitu total produk. Jangan pandang kos keseluruhan tapi perbelanjaan bulanan. 9 item ni kirakan dalam RM25 je. Haaa... baru faham kan kenapa orang terkejut tahu harga barang Mary Kay ni. Tapi orang tak tahu ia tahan lama.


Fuhh sekarang berani snap gambar tanpa filter dan makeup. Ni adalah asli selepas mencuci muka. Tak berapa nak flawless tapi ena suka sebab target tak nak jerawat pasir banyak. Zon T berminyak tu dah hilang dari kamus hidup! Syukur mimpi ngeri dah hilang. Jenuh tukar-tukar produk ni. Kesannya naik jeragat awal usia 20an. 

Sebabtu lah ena pakai Lumivie set untuk mengurangkan tampilan jeragat. Ini lah ena target sekarang. Eh sekali keinginan bertambah nak awet muda sekali. Haaa. Kira 2 in 1 ena nak.

Tak sangka berjaya disiplin kan diri untuk pakai banyak.huhu. Sebab bukan mudah nak setia dan konsisten. Bermakna ena mempunyai sifat "SABAR" untuk pakai Mary Kay.

Jom tengok step rutin skincare malam yang betul

1. Pencuci ( Pakai facial cloth Marykay lagi bagus)
2. Softener (Kulit ena jenis kering jadi ena tak gunakan kapas, hanya tuang dan dap dap pada muka)
3. Eye care
4. Serum (Seeloknya guna 2jenis serum dan start yang cair dulu) 
➡️ Timewise serum C+E
➡️ Lumivie intensive serum
5. Pelembab
6. Timewise gel mask
7. Lip Balm

**Boleh tengok tutorial video ena cara untuk memakai produk. Ada tambahan tools iaitu "Rose Quartz Facial Roller Massager"


Step 1. Lumivie foaming cleanser - RM 125


Step 2. Lumivie essence water - RM129


Step 3. Timewise Firming eye cream - RM150


Step 4. Timewise replenishing serum C+E - RM264


Step 5. Lumivie Intense serum - RM264


Step 6. Rose Quartz facial roller massager - Harga tak pasti sebab dapat FREE daripada promo serum. Dengar cerita dalam RM69. Digunakan selepas sapuan serum ke muka.


Syok ni bila sakit kepala pon ena roll je. Berkesan!


Step 7. Lumivie Moisturizing cream - RM 179


Step 8. Timewise Moisture renewing gel mask - RM110. Highly recommended sleeping masker ni untuk jenis jerawat pasir macam ena. Cepat kecut.


Step 9. Shea butter balm - RM42
In love lip balm ni sebab dulu bibir ena naik bintik hitam jadi gelap. Sekarang dah bersih.

Jadi bila totalkan kesemuanya dalam nilai RM1332.00. Satu kepuasan pada kulit ni dapat banyak nutrien selamat. Siapa belanja???? Ena tak guna duit suami. Duit ena?? Lagi lah kurang. hehe. Sebab itu best jadi Beauty Consultant ni. Daripada nak berjimat dapat beli murah tapi sekarang boleh pakai FREE je. Yang penting usaha.

Klik nombor tertera untuk lebih lanjut

Ena | Beauty Consultant | 0123942251

Post a Comment

2 Comments

N.K Ashadi said…
Waahhh, menangis la jugak tengok harga dia. Phew. bila fikir balik lama ... sabar sabar . Haha
Sis Lin said…
Mahal tapi berbaloi Ena dapat reward diri dengan titik peluh kita..
Nak berjaya kena laa 'penat'..

Wuu laju gilerr load blog yaaaa